Pembaca Setia

Khamis, 8 November 2018

KAIFIAT INFAQ MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Sebentar tadi saya infaqkan RM100 sebahagian wang infaq pesakit jarak jauh saya ke tabung anak yatim Ulin Nuha shah alam.

Moga asbab infaq tersebut semua pesakit jarak jauh saya disembuhkan/diselesaikan segala masalah olehNya aaminnn....

👍Kelebihan bersedekah...

✔Menguatkan iman dan tauhid.

✔Dapat ganjaran pahala yang banyak.

✔Menambah rezeki dan keberkatan.

✔Menyembuhkan penyakit dan meleraikan kekusutan hidup.

✔Menolak bala.

✔Ketenangan hati.

✔Melahirkan rasa syukur.

✔Terhindar dari sifat bakhil.

✔Melatih berfikiran positif dan adil.

✔Terhindar dari sikap materialistik.

✔Terhindar dari sikap sombong dan bongkak.

✔Amalan yang sangat diinginkan ahli kubur jika diberi peluang kembali kedunia semula.

✔Mendapat maqam tertinggi dari Allah swt iaitu maqam redha.