Pembaca Setia

Rabu, 17 Januari 2018

MERAWAT DENGAN TAUHID

Kesilapan ramai perawat islam sekarang ini beramal dengan banyak dan mengharapkan aura amalan atau jurus amalan mampu memusnahkan sihir pesakit.Silap sangat tu...

Kita beramal dengan banyak sebagai taqarrub kita pada Allah SWT supaya doa/ruqyah mudah maqbul.

Dan bila merawat dihadapan pesakit kita perlu kosongkan/leburkan diri dari segala aura/jurus amalan.Bacalah ruqyah tanpa sentuh pesakit dan nafikan diri kita sekosong yang mungkin dan isbatkan pada kekuasaan Allah SWT segala-galanya.

Adalah tidak patut perawat lelaki mengerumuni pesakit wanita dan memicit-micit badan mereka dengan niat untuk keluarkan jin.Akhirnya berjam-jam pesakit kerasukan tapi jin masih tak keluar juga.Tiada penafian diri disitu wahai perawat islam sekalian..

Leburkanlah diri dahulu wahai perawat sekalian sebelum meruqyah insyaAllah segala Jin ifrit/Syaitan/Bomoh akan kalah akhirnya.

Fahamkan maksud LAHAULAWALA QUWATA ILLA BILLAH HASBINALLAHU WANIQMAL WAKIL..insyaAllah diri kita mudah lebur kelak...Itulah TAUHID PERAWAT sebenarnya...