Pembaca Setia

Selasa, 19 Disember 2017

ADAB PERAWAT ISLAM

✔Perlu berguru dengan guru muktabar teori dan praktikal sekurang-kurangnya setahun untuk menjadi perawat islam.

✔Perlu belajar mencari guru syariat tarekat hakikat makrifat.Ilmu islam itu turun secara menyeluruh,janganlah hanya belajar satu maqam agama sahaja sampai bila-bila.

✔Perlu merawat dengan kaedah ruqyah syariyyah kerana Rasulullah SAW menggunakan kaedah tersebut 1400 tahun dahulu dengan ayat ruqyah manzil ketika merawat pesakit kerasukan.

✔Pelajari juga ilmu hikmah dari ulama nusantara/pondok kerana ilmu tersebut bersusur galur juga dengan keilmuan wali nusantara/wali songo.

✔Lakukan amalan istighosah setiap malam dengan solat sunat,zikrullah dan bacaan yasin,janganlah berkira nak buat istighosah malam jumaat sahaja.

✔Sebelum bacaan ruqyah dimulakan,hadiahkanlah al-fatehah pada Rasulullah SAW,keluarga dan sahabatnya disertai selawat pembuka dan penutup 7x.Berkat tawasul dan selawat insyaAllah sihir-sihir berat mudah terbatal dan tiada serang balas juga pada perawat/keluarga.

✔Hindari diri dari terjebak dari kancah syirik khafi iaitu sifat riak,ujub,sombong dan takbur.Kerana dengan sifat tersebut akan membuatkan bacaan ruqyah tumpul sama sekali serta kita pasti akan terkena serangan balas bomoh kelak.

✔Hadiahkan juga 33x tiap-tiap lepas solat zikir "astagfirullah li ustazi" pada semua guru-guru kita.Asbab berkatnya ilmu kerana terjalinnya adab rohani murid dengan guru.Jika tiada adab rohani dan terjadi pula derhaka maka amalan dan rawatan ruqyah kita tiada lagi berkah malah akan menjadi musibat pada diri kita kelak.

JAGALAH ADAB PADA ALLAH SWT,RASUL & SELURUH UMAT ISLAM.