Pembaca Setia

Rabu, 4 Oktober 2017

AL-KISAH MERAWAT PESAKIT ANXIETY

Kali ini saya kongsikan kisah merawat pesakit yang kerap berdebar-debar dan doktor yang merawatnya klasifikasikan anxiety.

Saya meruqyah pesakit dengan ayat bismillah 5 3x dan al-isra 82 21x.Saya syorkan juga beliau minum air ruqyah 3 hari berturut dan mandi ais 3 hari juga,amalan istighfar 1000x setiap hari turut saya berikan.

Alhamdulillah selepas seminggu beliau menghubungi saya yang masalah berdebar-debarnya telah selesai.

Teknologi ruqyah dan teknologi zikir jika digabungkan sebenarnya mampu merawat 1001 penyakit manusia baik sihir/kejiwaan/klinikal.. insyaAllah.