Pembaca Setia

Khamis, 7 September 2017

JANGAN KELIRU

Jangan keliru dengan perubatan kaedah ilmu hikmah dan kaedah khadam jin.

Kaedah perubatan khadam jin ini selalunya terlalu mencarik adat dan sangat bombastik sehingga ramai masyarakat terpesona.Dalam bangsa jin memang ada yang jenis pandai mengubat dan juga pandai membakar macam-macam (jin majusi @ jin penyembah api).

Kaedah perubatan ilmu hikmah nie pon leh tahan juga hebatnya tapi si pengamalnya takut untuk upload video untuk mengelak riak/bangga diri/fitnah/sanjungan dan sebagainya.

Diakhir zaman ini teknologi FB boleh mempopularkan anda sepantas kilat dan jika tersilap percaturan ia juga boleh menjatuhkan anda sepantas hujan turun dari langit.

*Ilmu Allah swt tu luas tapi tetap juga ada batasannya dalam perubatan islam.

*Kaedah berubat berdamping dengan jin walaupun ia jin islam tetap haram hukumnya kerana akan membuatkan bangsa jin di alamnya makin bertambah sombong.