Pembaca Setia

Sabtu, 30 September 2017

AMALAN RINGAN JODOH

✔Solat tahajud 2 rakaat istiqomah 3 pagi keatas.
✔Wirid YA RAHMAN YA RAHIM 313x.
✔Doa.

InsyaAllah dipermudahkan jodoh..

Khamis, 28 September 2017

AMALAN UNTUK ELAK DITIPU & KEBERANIAN

Amal istiqomah setiap hari zikir YA HAYYU YA QOYYUM 1000x  insyaAllah sebarang urusan tidak kena tipu serta menjadikan kita seorang yang berani.

Rabu, 27 September 2017

MUSIM MELEPAS SANTAU SUDAH TIBA

Mulai bulan Oktober ini pengamal-pengamal santau Malaysia akan mula melepaskan santau secara rawak di tempat makan umum.Perkara ini lumrah setiap tahun.

Sebelum menjamah minuman/makanan diluar sana bacalah ayat penggerak dibawah ini 7x,jika lancar teruskan.Jika bacaan sangkut-sangkut/ada halangan maka jangan teruskan makan/minum.

Bagi mereka yang mengalami gejala batuk yang berterusan,syor minum sesudu madu 3x sehari serta elakkan minum air limau.

TESTIMONIAL RAWATAN JARAK JAUH

Kisah rawatan jarak jauh kali ini mengisahkan seorang wanita terlalu kasihkan teman lelakinya macam seolah-olah kena pukau.Serba serbii jadi pak turut tanpa bantahan...Dia menghantar ke wasap gambar dirinya serta teman lelakinya untuk dirawat.

Saya syak macam terkena minyak penunduk/pengaseh..

Rawatan solat hajat dan ruqyah gambar diteruskan macam biasa..

Sebarang pertanyaan sila wasap ke 019 3079883.

Selasa, 26 September 2017

TESTIMONIAL RAWATAN JARAK JAUH

Kisah pelanggan rawatan jarak jauh solat hajat untuk permudahkan jodoh..

*Perawat hanya berikhtiar,Allah swt jualah maha penyembuh dan mengabulkan hajat.

📞Sebarang pertanyaan sila wasap ke 019 3079883.

Ahad, 24 September 2017

PETANDA SIHIR RUMAHTANGGA

✔Kerap bertengkar suami isteri hal remeh temeh.
✔Kerap sakit tulang belakang/pinggang lepas asar keatas.
✔Rindu bila berjauhan dan panas bila berdekatan.
✔Adakalanya melihat muka pasangan berwajah hitam.
✔Gagal melakukan hubungan kelamin.
✔Sakit kepala lepas asar keatas.
✔Melihat kelibat dirumah/bunyi guli diatas syiling.
✔Sering bermimpi seram/binatang berbisa.
✔Sikap berubah mendadak.

📞Sebarang rawatan jarak jauh sila wasap gambar ke 019 3079883.

Khamis, 21 September 2017

DALIL RAWATAN JARAK JAUH SOLAT HAJAT

KAEDAH SCAN JARAK JAUH

Perawat akan membacakan 7x ayat kursi pada gambar yang dihantar melalui wasap,jika ada banyak tindak balas baru boleh pesakit tersebut dikatakan ada unsur gangguan.Jika tiada tindak balas bermakna tiada unsur gangguan terlibat.

Perawat ruqyah diluar sana pun boleh melakukannya jika istiqomah amal zikir asma ul husna Ya Batin 10000x sehari.

Sebarang pertanyaan wasap ke 019 3079883.

Selasa, 19 September 2017

AMALAN AMPUH RAWATAN JARAK JAUH

Perawat perlu istiqomah amal zikir asma ul husna Ya Batin 10000x setiap hari.

InsyaAllah ampuh solat hajat dan bacaan ruqyah pada gambar.

Ahad, 17 September 2017

KAEDAH SOLAT HAJAT AMPUH

✔Bangun 1 pagi keatas solat hajat 2 rakaat.

✔Wirid YA-LATIF 14,641x sekali duduk.

✔Berdoalah sebarang hajat yang besar-besar.

✔Sebaiknya buat 7 malam berturut.

INSYAALLAH MAKBUL

Khamis, 14 September 2017

Rabu, 13 September 2017

TESTIMONIAL RAWATAN JARAK JAUH

Sebarang pertanyaan wasap ke
019 3079883
019 3079883
019 3079883

Isnin, 11 September 2017

PUNCA MASALAH DIRI

Antara punca 1001 masalah diri ialah berpunca dari sikap diri orang itu sendiri..

✔Tak jaga solat.
✔Suka cari pasal.
✔Riak dan menunjuk.
✔Suka sakitkan hati orang.

Solusinya mudah saja..

✔Jaga solat 5 waktu.
✔Istighfar sehari 1000x.
✔Muhasabah diri.

Dalam seminggu anda akan rasa perubahannya..insyaAllah 1001 masalah anda selesai sedikit demi sedikit.

JOM KURANGKAN BALA NEGARA

✔Dua tahun kebelakangan ini negara kita mengalami ujian ekonomi yang agak hebat.

✔Kalau dapat 1 juta umat islam bangun malam istiqomah tahajud 1 pagi keatas sambil wirid "astaghfirullah hal adzim lil muslimin wal muslimat" 313x.

✔InsyaAllah akan diselesaikan sedikit demi sedikit masalah rakyat M'sia.

✔Allah SWT jualah maha pemberi nikmat,pemberi bala dan juga tempat kita meminta pertolongan.

✔Amalan wirid memohon keampunan adalah amalan mustajab untuk mengurangkan bala/ujian lebih-lebih lagi di waktu tahajud.

Ahad, 10 September 2017

PARA PERAWAT WAJIB ADA ILMU REZEKI

Dimusim kegawatan ekonomi ini ramai perawat islam mula bersara seorang demi seorang.Para jurubekam juga mula menjalankan aktiviti buang harga dan sebagainya.

Kuasailah ilmu kerezkian dengan bersungguh-sungguh untuk survival dimusim gawat ini.

ILMU JEMPUT REZEKI

✔Tahajud pukul 3pagi keatas kemudian baca al-waqiah 1x istiqomah.

✔Dhuha 2 rakaat istiqomah.

✔Lazimkan sedekah setiap hari walaupun RM1 istiqomah.

✔Lazimkan istighfar sehari 1000x tak kira masa.

✔Doakan ibu-bapa setiap kali lepas solat fardhu dan sunat istiqomah.

INSYAALLAH REZEKI DATANG TAK PUTUS

Khamis, 7 September 2017

JANGAN KELIRU

Jangan keliru dengan perubatan kaedah ilmu hikmah dan kaedah khadam jin.

Kaedah perubatan khadam jin ini selalunya terlalu mencarik adat dan sangat bombastik sehingga ramai masyarakat terpesona.Dalam bangsa jin memang ada yang jenis pandai mengubat dan juga pandai membakar macam-macam (jin majusi @ jin penyembah api).

Kaedah perubatan ilmu hikmah nie pon leh tahan juga hebatnya tapi si pengamalnya takut untuk upload video untuk mengelak riak/bangga diri/fitnah/sanjungan dan sebagainya.

Diakhir zaman ini teknologi FB boleh mempopularkan anda sepantas kilat dan jika tersilap percaturan ia juga boleh menjatuhkan anda sepantas hujan turun dari langit.

*Ilmu Allah swt tu luas tapi tetap juga ada batasannya dalam perubatan islam.

*Kaedah berubat berdamping dengan jin walaupun ia jin islam tetap haram hukumnya kerana akan membuatkan bangsa jin di alamnya makin bertambah sombong.

Rabu, 6 September 2017

SIAPA PANGLIMA HITAM ?

Tulisan ini adalah pendapat peribadi saya sahaja..

Panglima hitam dari pembacaan saya di internet adalah 6 bersaudara dari bugis yang berhijrah ketanah melayu 200 tahun dulu turut sama memerangi Belanda dan menjaga keselamatan sultan-sultan di tanah melayu demi tegaknya syiar ISLAM.

Pahlawan-pahlawan bugis ini terlalu handal dalam ilmu silat dan juga kebatinan serta sering memakai pakaian hitam lalu digelar PANGLIMA HITAM.

Ilmu kebatinan yang bagaimana hingga mereka jadi terlalu handal sehingga ramai sultan melantik mereka menjadi laksamana dalam istana.

Andaian saya mereka ini selain menguasai ilmu beladiri,mereka juga menguasai ilmu tauhid dan ilmu zikir serta ahli pertapa sejati.

Ahli zikir yang istiqomah lebih-lebih lagi sudah mencapai makam HAKIKAT dengan disertai perjuangan kental melawan penjajah dalam menegakkan syiar islam sudah tentulah pertolongan Allah sentiasa ada pada mereka.

Ahli zikir bangsa bugis andaian saya mungkin mereka mengamalkan riadah ayatul kursi 500x atau 1000x setiap hari.
Amalan yang diniatkan untuk berjuang demi agama insyaAllah sentiasa ada pertolongan Allah,jika sebaliknya niat untuk jadi hebat/keduniaan akhirnya boleh mengundang gila isim.

Jumaat, 1 September 2017

PETANDA UMUM GANGGUAN JIN

✔Kerap mimpi jatuh dari tempat tinggi.
✔Kerap mimpi binatang berbisa seperti ular.
✔Kerap sakit kepala/dada/pinggang/tulang belakang lepas asar keatas.
✔Sakit anggota badan tertentu lepas asar.
✔Kerap bergaduh suami isteri hal remeh temeh.
✔Sikap berubah mendadak.
✔Sayang melampau pada orang yang baru dikenali.

📞Sebarang rawatan jarak jauh sila wasap gambar ke 019 3079883.

#rawatanjarakjauh