Pembaca Setia

Sabtu, 26 Ogos 2017

PERAWAT ILMU HIKMAH ITU WUJUD

✔Satu cabang ilmu ulamak nusantara.

✔Sebelum pengisian ilmu hikmah,para pengamal hikmah perlu menguasai 3 ilmu asas iaitu ilmu tauhid,ilmu penyucian rohani dan ilmu pembuka alam ghaib.

✔Ahli hikmah kena juga istiqomah riadah amalannya 3pagi-5pagi setiap hari.

✔Amalan ilmu hikmah kategori amalan berat kerana amalannya yang banyak,perlu kesabaran yang tinggi dan sentiasa merendah diri (nafi).

✔Bila ahli hikmah yang sudah mengusai ilmunya bertahun lamanya,apabila meruqyah pesakit kerap kali kita akan melihat perkara pelik-pelik seperti keluar paku,rambut pada anggota badan pesakit dan barang-barang sihir juga akan timbul sendiri keluar daripada tanah.

✔Ilmu hikmah adalah kategori ilmu batin yang sangat dalam dan tidak hairanlah ramai perawat ruqyah biasa tidak mampu sabar dalam menempuhi riadah ilmu sebegini.

✔Ada sahabat saya yang beramal ilmu hikmah selama 30 tahun barulah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk merawat sihir pada masyarakat.Alhamdulillah ramai sungguh pesakitnya setiap hari..