Pembaca Setia

Ahad, 30 April 2017

HATI-HATI DALAM BERAMAL

✔Janganlah beramal kerana mencari hebat/kelebihan dunia kerana ia adalah jalan sukar mencari IKHLAS.

✔Pulangkan saja sifat HEBAT tu pada Allah swt kerana Allah swt jualah pemilik sifat yang maha HEBAT.Jasad dan rohani manusia serta ilmunya hanya pinjaman sahaja.Kita nie asalnya dulu tiada apa-apa.

✔Bila ada sekelumit perasaan hati tiada NAFI lama-lama menuju kearah syirik khafi.

LAHAULAWALA QUWATA ILLA BILLAH

ILMU BERKAT KERANA ADAB

Rezeki yang barokah datang dari ilmu yang berkat..

Ilmu yang berkat datang dengan adab..

Bila biadap terputus sanad..

Hidup bermasalah sepanjang hayat..

JANJI ALLAH ITU PASTI

Jumaat, 28 April 2017

AMALAN PENYEJUK RUMAHTANGGA

✔Bagi mereka yang kerap bergaduh hal rumahtangga syor buat amalan zikir pelembut hati.

✔Salah seorang dari pasangan atau keduanya amal istiqomah zikir Ya Latif 313x dan selawat 313x tak kira masa hari-hari.

✔InsyaAllah rumahtangga kembali sejuk dan tidak mudah panas lagi.

MENGAPA TERJADI KERASUKAN KETIKA RAWATAN

✔Aura bacaan ruqyah perawat mantap.
✔Rohani pesakit yang lemah.
✔Jin penggangu tidak tahan sakitnya ruqyah.

Khamis, 27 April 2017

AMALAN MELIHAT DOSA

✔Sebelum kita melihat Allah swt kita perlu melihat dosa kita terlebih dahulu.
✔Bangun pukul 1pagi keatas.
✔Solat taubat 2 rakaat kemudian niat Allah swt perlihatkan dosa-dosa kita.
✔Kosongkan fikiran kemudian wirid istighfar 313x selawat 313x dan lailahaillallah 313x juga.
✔InsyaAllah akan diperlihatkan dosa-dosa silam seperti "slide show".
✔Jika kita menangis petanda amalan ini memberi kesan positif pada rohani kita.
✔Jika tak menangis (hati keras) petanda rohani kita bermasalah,teruskan amalan ini istiqomah.


Selasa, 25 April 2017

KURSUS ASAS BEKAM RM290 10PAGI PUSAT TERAPI SYIFA SECT 7

✔Teori dan praktikal asas bekam.
✔Nota,sijil,barang-barang bekam diberikan percuma.
✔Ilmu kerezkian percuma.
✔Ilmu FB marketing percuma.
✔Ilmu asas ruqyah merawat gangguan percuma.
✔Strategi biz bekam homespa dan biz bekam mobile turut didedahkan.
✔InsyaAllah boleh menjana pendapatan sampingan hingga RM3K sebulan sebagai jurubekam.

👍Sebarang pertanyaan sila wasap
019 3079883
019 3079883
019 3079883

#kursusbekam
#janapendapatan

PROSEDUR SELEPAS RAWATAN RUQYAH

✔Pesakit dinasihatkan minum secawan air ruqyah sehari selama 3 hari berturut lepas asar keatas.

✔Pesakit mandi setengah baldi air paip + 2kg ais + secawan air ruqyah.Lakukan selama 3 hari berturut selepas asar keatas.

✔Pesakit amal hari-hari istighfar dan selawat 100x supaya penyakit/jin/sihir mudah keluar dari badan

PROSEDUR SEMASA BACAAN RUQYAH PERAWAT

Pesakit melunjur kaki dan pejamkan mata,kemudian perawat membacakan ayat ruqyah al-quran.Pesakit disyorkan wirid istighfar ulang-ulang dalam hati supaya Allah swt meringankan beban sebarang penyakit gamgguan.

BERAPAKAH BAYARAN RAWATAN RUQYAH GANGGUAN JIN ???

Bayaran ikhlas hati.

APA BARANG YANG PERLU DIBAWA SEMASA DATANG BERUBAT ?

Bawa sebotol air mineral 1.5liter sahaja.

Isnin, 24 April 2017

KHASIAT ISTIGHFAR MUDAH SEMBUH PENYAKIT

Bagi mereka diluarsana yang dihinggapi pelbagai penyakit gangguan,penyakit klinikal mahupun penyakit hati,istiqomah istighfar 313x setiap hari moga disembuhkan olehNya.

Ahad, 23 April 2017

TAMBAH PENDAPATAN DIMUSIM GAWAT INI

✔Orang ramai disyorkan melakukan kerja sampingan khidmat rawatan tradisional dirumah/kerumah pelanggan.

✔Dapat menambah pendapatan dimusim gawat serba inflasi ini.

✔Jalani kursus rawatan tradisional dengan saya seperti KURSUS URUTAN,KURSUS BEKAM dan juga KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH.

✔Setiap kursus ditawarkan berharga RM290 dan akan diberikan nota,sijil,peralatan,teori &  praktikal,ilmu kerezkian dan juga fb marketing.

✔Kursus diadakan setiap hari 6 hari seminggu bertempat di Pusat Terapi Syifa Section 7 Shah Alam.

✔Anda sendiri tentukan tarikh untuk menjalani kursus.

✔Sebarang pertanyaan wasap terus ke
019 3079883 Muallij Ahmad (CEO PTS)
019 3079883 Muallij Ahmad (CEO PTS)
019 3079883 Muallij Ahmad (CEO PTS)

#kursusbekam
#kursusurawatanislam
#kursusurut
#janapendapatan

Sabtu, 22 April 2017

AMALAN PESAKIT SUPAYA MUDAH SELESAI MASALAH GANGGUAN JIN

Setiap pesakit yang pernah menjalani rawatan ruqyah dengan perawat pusat terapi syifa,kami akan bekalkan amalan istighfar 313x istiqomah supaya sebarang masalah gangguan/kekusutan diringankan Allah SWT.

APAKAH BAHAN ASAS RAWATAN RUQYAH ?

Bahan asas yang diperlukan untuk rawatan ruqyah ataupun rawatan sihir/saka adalah sebotol air 1.5liter.Semasa perawat memulakan rawatan ruqyah,air tadi dibuka penutupnya untuk membolehkan roh-roh air merakam bacaan ruqyah perawat.

Jumaat, 21 April 2017

BAGAIMANA SERANG BALAS DARI BOMOH ?

Bagi meruqyah kes sihir berat/sihir puja, memang akan berlaku beberapa serang balas terhadap perawat dari bomoh/jin/syaitan..

✔Perawat mungkin menemui ajal.
✔Perawat sakit kepala.
✔Perawat rasa murung dan lesu.
✔Perawat terkena batuk dan bisa sendi badan.
✔Perawat akan mengalami miang-miang badan.
✔Ahli keluarga perawat juga akan mengalami sakit-sakit badan.

Untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara diatas,perawat perlulah membaca set ruqyah al-quran yang panjang dan amalan kerohanian yang mantap.

Saat kisah ini ditulis ada seorang sahabat saya seorang perawat sedang terlantar sakit akibat serang balas bomoh,sahabat saya nie agak bermasalah dalam amalan kerohanian.Saya sudah puas nasihati dulu jangan meruqyah kalau ilmu didada belum cukup,nanti pesakit pun tak sembuh-sembuh dan kita pun akan jatuh sakit sekali.

FAHAMI HAKIKAT NUR MUHAMMAD

✔Bila kita pelajari sedikit demi sedikit hakikat Nur Muhammad barulah kita faham usul Rasulullah Saw dan usul kejadian alam semesta.
✔Lalu kita pun akan faham hakikat syahadah.
✔Lalu kita pun akan faham hakikat selawat.
✔Lalu kita pun akan faham hakikat fatehah
✔Lalu kita pun akan faham hakikat tawasul.
✔Lalu pun kita akan faham usul penciptaan bomoh,jin,syaitan,sihir puja dan sebagainya.

Barulah kita boleh meruqyah kes sihir berat/sihir puja kerana kita sudah tahu kelemahan kuasa ilmu hitam mereka.

SYARAT MERAWAT KES SIHIR BERAT

Pesan guru saya untuk perawat ruqyah bagi merawat kes sihir berat/sihir puja..

✔Set ruqyah perlu ada kepalanya,iaitu doa pembuka dan tawasul.
✔Set ruqyah panjang yang bersanad.
✔Doa penafian dan sandarkan semuanya pada kekuasaan Allah swt.
✔Bawa ruqyah dengan 5 jalan ilmu iaitu syariat,tarekat,hakikat,makrifat dan iktikad.

InsyaAllah sukses dalam meruqyah kes sihir berat/sihir puja.

Ahad, 16 April 2017

APA YANG PERLU TAHU SEBELUM BERBEKAM ?

Fahami khasiat-khasiatnya terlebih dahulu..

MENGAPA SAYA KENA SIHIR ?

✔Tak menjaga lindah (cakap lepas).
✔Hati busuk.
✔Suka khianat orang.
✔Lalai dalam ibadat.
✔Kifarah dosa.
✔Ujian dari Allah untuk menaikkan maqam.

Sabtu, 15 April 2017

MINGGU SUNNAH BERBEKAM

Tarikh sunnah berbekam kembali lagi dan bulan ini jatuh pada 17/19/21 Rejab.Sama-sama kita berbekam dimana pahala bekam pun dapat dan pahala tarikh sunnah pun dapat juga.

Sebarang rawatan/pertanyaan bekam sila wasap
019 3079883
019 3079873
019 3079883

KISAH YAHUDI MENYIHIR RASULULLAH SAW

Peristiwa Yahudi menyihir Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam dan turunnya kedua surah serentak (Surah Al-Falaq dan An-Nas) tatkala Rasulullah SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar, maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq,bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi,mereka telah mencuri sikat rambut Nabi beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.

Bersama bahan-bahan tersebut dibuat patung berupa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan.
Maka di takdirkan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun terkena sihir selama 40 hari.

Pada suatu hari ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Disebut dalam banyak hadis sahih,seperti riwayat daripada Ibnu Abbas,Ibnu Abbas r.a., Ibnu Majjah,Muslim,An-Nasai r.a. dll.

Daripada Syaidatina Aisyah r.ha. menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengalami sakit tenat,sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya.

Perkara yang telah dilakukan,Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam merasa ragu-ragu samada sudah dilakukan atau tidak dan Baginda merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya.

Kerana itu pada suatu hari atau suatu malam Rasulullah berdoa,kemudian berdoa dan berdoa lagi.

Lalu datang dua malaikat berupa dua orang laki-laki menemui Nabi  Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Baginda sedang tidur.

Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Malaikat yang berada di sebelah kaki bertanya kepada malaikat yang berada di sebelah kepala Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam: “Apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?”

Malaikat yang di kepala: “Thabb.”

Malaikat yang di kaki: “Apakah Thabb itu?”

Malaikat yang di kepala: “Sihir.”

Malaikat yang di kaki: “Siapakah yang menyihirnya?”

Malaikat yang di kepala: “Lubaid Al A’sham, orang Yahudi.”

Malaikat yang di kaki: “Dengan apa disihirnya?”

Malaikat yang di kepala: “Sikat dan rambut yang gugur beserta mayang kurma kering.”

Malaikat yang di kaki: “Di manakah sihir itu diletakkan?”

Malaikat yang di kepala: “Dalam bungkusan daun tamar di bawah batu besar dalam telaga keluarga Zarwan.”

Malaikat yang di kaki: “Dengan apakah kita akan merawat dan memulihkan Muhammad ini?”

Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah ‘Mu’awwidataini’ (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas)..

Nabi Muhammad  Sallallahu Alaihi Wasallam kemudiannya terjaga dari tidur,lalu mengutus Saidina Ali,Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut.

Sesampainya di sana,mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai,kemerah-merahan darah warnanya,manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan.

Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui ‘bungkusan berikat’ tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu.
Seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut,gigi sikatnya dan sebelas jarum.

Kemudian Rasulullah membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi semalam.

Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas), terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya.

Maka dengan izin-Nya, Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan.
Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Baginda yang kemudiannya beransur hilang.

Anas ibnu Malik ra menceritakan,
“Bahawa ada seorang Yahudi berbuat sesuatu terhadap Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam.
Maka kerana hal tersebut,Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengalami sakit tenat.
Ketika para sahabat datang menjenguknya, mereka menyangka,bahawa hal itu hanyalah disebabkan sakit biasa.

Kemudian datanglah malaikat Jibril dengan membawa turun kedua-dua surah ini.
Malaikat Jibril akan mengubatinya dengan membacakan kedua surah itu.
Lalu Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam keluar menemui para sahabatnya dalam keadaan sihat dan segar-bugar.”

Aisyah bertanya:
“Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membakarnya?”

Baginda menjawab:
“Tidak. Adapun aku,maka Allah sudah menyembuhkan aku,dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.”

Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam barangan sihir itu.” (Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)

Dalam hadis lain:
“Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..

Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahudi tersebut,dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam

Kredit : Terapi Nur Syifa

Khamis, 13 April 2017

SOLAT MALAM MENYELESAIKAN MASALAH DI SIANG HARI

Di musim ekonomi meleset ini ramai manusia mengalami masalah stress dengan pelbagai masalah kehidupan duniawi.
  Tenangkanlah jiwa dan leraikan kekusutan yang melanda dengan amalan solat malam sekitar 1 pagi keatas.
  Istiqomahlah tahajud dan wirid zikir fatimah subhannallah 33x alhamdulillah 33x allahuakbar 33x minta doa dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Isnin, 10 April 2017

PANDUAN RAWATAN JARAK JAUH

✔Wasap gambar pesakit yang ingin dirawat.
✔Kaedah rawatan ialah solat hajat + baca ruqyah pada gambar.
✔Rawatan diberi seminggu dan bayaran ikhlas hati.
✔Tiada khidmat scan diberikan.
✔Pesakit sila baca yasin ayat 65 7x sebelum tidur untuk minta petunjuk mimpi.
✔Rawatan jarak jauh hanya tertumpu bagi kes gangguan jin sahaja,dimana pesakit ada halangan untuk hadir ke pusat rawatan.
✔Perawat juga akan memberikan amalan zikir untuk pesakit amalkan dirumah.
✔Wasap ke 019 3079883 untuk sebarang pertanyaan.

#rawatanjarakjauh

KESAN ZIKIR PADA OTAK MANUSIA

1) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

2) Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

3) Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

4) Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

5) Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

6) Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

7) Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.

8) Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

9) Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

10) Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

11) Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

Sabtu, 8 April 2017

TITIK BEKAM UNTUK INDIVIDU PERTAMA KALI

Titik bahagian belakang sebanyak 10 titik adalah kawasan yang ideal untuk individu yang pertama kali berbekam.

Titik bekam ini ada juga dipanggil titik bekam stress dan kelesuan.

Jumaat, 7 April 2017

DAHLER MURAH DAPAT DISKAUN LAGI ??

✔Setiap 10cup berbekam dapat free 1 voucher bernilai RM5.
✔Jika berbekam 20cup dapat 2 voucher bernilai RM10.
✔Voucher boleh tebus untuk tambahan kuantiti cawan bekam.
✔Caj bekam kami RM5/cup termurah dipasaran.

👍Sebarang pertanyaan/rawatan bekam sila wasap
019 3079883
019 3079883
019 3079883

Rabu, 5 April 2017

GANGGUAN TIDUR PETANDA GANGGUAN JIN

✔Sukar tidur malam.
✔Kerap terjaga apabila tidur.
✔Mimpi yang menakutkan atau mimpi binatang hitam.
✔Kerap ditindih apabila ingin melelapkan mata.

AURA DAYA PENARIK

Jika kita istiqomah mengamalkan wirid basmalah 786x setiap hari insyaAllah..

✔Aura biru terpancar pada seluruh badan anda.
✔Aura bersifat magnet yang menarik.
✔Aura penarik kerezkian.
✔Aura penarik jodoh
✔Aura penarik kebahagian.
✔Disenangi kawan dan majikan serta keluarga.

JOM RINGANKAN MASALAH HIDUP..

Istiqomah amalkan setiap hari tak kira tempat/masa istighfar 313x,insyaAllah segala bentuk masalah hidup anda seperti masalah sihir,masalah kesihatan,masalah kerezkian serta banyak lagi diringankan olehNya.

JOM AMAL ILMU TARIK DUIT

✔Solat tahajud.
✔Solat dhuha.
✔Wirid basmalah 786x.
✔Al-waqiah 1x.
✔Doakan ibu-bapa lepas solat.

Anda istiqomah amalkan semua ilmu diatas,insyaAllah dalam 40 hari anda akan dapat rezeki yang banyak tak disangka-sangka.

MENGAPA BANGSA MELAYU AKTIF DALAM KERJA SIHIR ?

Ini kerana bangsa melayu majoritinya beragama islam,sebab itulah syaitan suka menyesatkan orang islam hingga hari kiamat dari menyubur perasaan dengki hingga sihir menyihir.

Bangsa selain melayu ada juga terlibat dalam kerja sihir tapi tak ramai dan bilangannya sedikit sahaja.Syaitan tidak suka menyesatkan orang kafir yang sudah sedia ada sesat.

👍Sebarang pertanyaan/rawatan sila wasap
019 3079883
019 3079883
019 3079883

👏Bayaran ikhlas hati..

Selasa, 4 April 2017

DOKTRIN BAHAYA

✔Akhir zaman sudah tiba.
✔Kerjaya perawat islam akan difitnah di media sosial secara halus.
✔Perawat islam dianggap satu kerjaya PENUNGGANG AGAMA.
✔Akan berlaku kekurangan bilangan perawat islam kelak.
✔Gejala sihir pula menjadi-jadi.

#tabah
#sabar
#istiqomah