Pembaca Setia

Jumaat, 24 Mac 2017

BAGAIMANA BERHUBUNG DENGAN SAYA ?

Sebaiknya berhubung melalui SMS/WHATSAPP ,tak digalakkan CALL kerana kebanyakan masa saya sibuk merawat pesakit.

Khamis, 23 Mac 2017

PANDUAN BEKAM SIHIR

✔Titik bekam perlu berada pada kawasan utama serangan sihir seperti kepala,dada,pinggang,sendi dan tulang belakang.

✔Darah sihir ini sifatnya bertali dan berbentuk ular.

✔Tempat yang dibekam meninggalkan kesan lebam hitam dan terasa panas.

✔Pesakit sihir selepas berbekam syor mandi ais 4kg untuk kesembuhan maksima.

✔Perawat/jurubekam yang ingin membekam pesakit sihir perlu persediaan wirid kursi 100x untuk mengelakkan diserang bomoh/jin.

SAKA ITU TETAP WUJUD

Gangguan saka itu terap wujud cuma agak sukar untuk mengenalpasti dan membezakannya dari gangguan jin biasa.

Kaedah rawatannya tetap sama iaitu kaedah ruqyah syariah juga.

Perawat islam perlu berhati-hati memberi pendapat gangguan saka terhadap pesakit.

Selasa, 21 Mac 2017

PETANDA GANGGUAN JIN

😈Simptom-simptomnya..
-------------------------------------------

1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2. Badan terasa berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh.
4. Badan terasa bisa-bisa.
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6. Sukar tidur malam.
7. Sakit pinggang tanpa sebab.
8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11. Bermimpi di tempat tinggi.
12. Bermimpi di tempat yang kotor.
13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15. Bayi kerap menangis.
16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
18. Malas beribadat.
19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
20. Panas baran.
21. Sikap berubah secara mendadak.
22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
23. Suka melakukan tabiat buruk.
24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
25. Kerap keguguran.
26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
27. Mengantuk bila dengar al-quran.
28. Bermimpi seram yang menakutkan.
29. Darah haid turun lebih 15 hari.
30. Batuk yang berpanjangan.
31. Selalu ditindih ketika tidur.
32. Kuat berangan.
33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
34. Nafsu seksual yang melampau.
35. Selalu melihat kelibat dirumah.
36. Terasa diri selalu diperhatikan.
37. Mandul.
38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
39. Melihat jin secara terus.
40. Sakit mental atau gila.

👍Kaedah diagnos adalah dengan membacakan set ruqyah pada pesakit..
-----------------------------------------------------------------

😧Jika ada gangguan semasa diagnos ???

✔Pesakit akan pening
✔Muntah
✔Berdebar kuat
✔Menggigil
✔Panas
✔Rasa marah
✔Pengsan
✔Merasuk

Jika dibiarkan tanpa rawatan lanjutan ??
------------------------------------------------------------------

✔Perceraian rumahtangga
✔Tidak mampu keluar mencari rezeki
✔Sukar mendapat jodoh
✔Menanggung kos perubatan klinikal yang berlarutan
✔Badan tidak selesa setiap masa

Khamis, 16 Mac 2017

SELAWAT PENYEJUK JIWA

Jika jiwa kita mudah marah-marah atau panas baran,berselawatlah 313x setiap hari moga kita menjadi orang yang penyabar.

Isnin, 13 Mac 2017

PANDUAN MURAH REZEKI

Sejak akhir-akhir ramai pelanggan mengadu masalah putus rezeki didalam keadaan ekonomi gawat ini..

Dibawah ini saya sertakan beberapa tips untuk memudahkan urusan rezeki..

✔Solat 5 waktu jangan tinggal.
✔Solat dhuha dan tahajud istiqomah.
✔Mendoakan ibu bapa istiqomah.
✔Kerap ziarah ibu bapa.
✔Wirid basmalah 786x setiap hari istiqomah.
✔Infaq pada asnaf/surau setiap hari istiqomah walau RM1.
✔Jangan memutuskan sebarang silaturrahim.

Rabu, 8 Mac 2017

FIKIR POSITIF

Jika terkena ujian sihir..sentiasa berfikir secara positif supaya lekas sembuh...

✔Anggap ia sebagai kifarah dosa.
✔Jangan menuduh sesiapa.
✔Muhasabah diri terutama lidah kita.
✔Perbanyakkan istighfar dan sedekah untuk lekas sembuh.
✔Sentiasa prasangka baik atau fikir positif jika ingin lekas sembuh.

Selasa, 7 Mac 2017

ALHAMDULILAH..

Alhamdulillah saya selamat sampai ditanahair semalam selepas 2 minggu menunaikan umrah ditanah suci.