Pembaca Setia

Khamis, 30 Jun 2016

PUSAT RAWATAN TUTUP SEMINGGU

👍Pusat rawatan tutup mulai Ahad ini 5 petang 3 Julai selama seminggu dan buka semula Isnin 11 pagi bersamaan 11 Julai.

👏Selamat hari raya diucapkan.

Rabu, 22 Jun 2016

TARIKH SUNNAH BERBEKAM KEMBALI LAGI

👍Tarikh sunnah berbekam kembali lagi iaitu 17,19 & 21 Ramadhan.Jom sama-sama meraikan sunnah di bulan Ramadhan mulia ini.

📞Sebarang pertanyaan wasap 019 3079883.

Isnin, 20 Jun 2016

JOM KAMBING GOLEK..

👍Team kambing golek Pusat Terapi Syifa beraksi petang ini di Icon City Sg Way..mercik

📞Sebarang pertanyaan/order wasap 018 3223020 terhad kawasan Lembah Klang shj.

Ahad, 19 Jun 2016

SIHIR FACEBOOK

✔Penyihir download gambar kita dari facebook dan puja guna mantera syaitan dari jauh.

✔Ada yang berkenalan melalui facebook lalu berjumpa,si penyihir mencalit minyak atau memberi barang pakai atau juga memberi minum/makanan yang ada unsur sihir.

✔Pesakit yang terkena sihir begini akan mula sakit tulang belakang,sakit pinggang,sakit kepala lepas waktu asar keatas serta sukar tidur malam.Pesakit juga akan mula teringat dan kasih pada seseorang yang baru dikenali serta bergaduh/panas dengan pasangan sedia ada.

✔Pesakit boleh mendapatkan rawatan ruqyah secara berhadapan/jarak jauh untuk menawarkan kes sihir sebegini.

✔Lazimkan beramal kursi dan 3qul tiap2 lepas solat dan juga keluar rumah untuk perisai diri.

📞Sebarang pertanyaan wasap 019 3079883.

RAYA DAH DEKAT JOM ORDER KAMBING GOLEK

✔Terus grill kerumah masing-masing sekitar Lembah Klang.

✔Resepi perap yang lazat dan istimewa.

✔Sesuai untuk pelbagai jamuan/acara.

✔Lokasi sekitar Lembah Klang.

✔Harga berpatutan.

📞Sebarang pertanyaan wasap 018 3223020 Utz Hannis.

Rabu, 15 Jun 2016

BULAN PUASA ADA GANGGUAN JUGA KER

Ada, tapi sifat gangguan tu agak lemah sedikit berbanding bulan-bulan selain ramadhan.Punca utama gangguan adalah sifat rohani pesakit sendiri yang lemah dan kurang mengingat Allah (zikrullah).

Selasa, 14 Jun 2016

BENTENG DARI GANGGUAN JIN

✔Solat 5 waktu
✔Amal kursi dan 3 qul selepas solat
✔Wirid ya hayyu ya qoyyum 1000x jika uzur
✔Memakai haruman kasturi

Isnin, 13 Jun 2016

JOM BEKAM BETIS

Kaedah bekam betis mampu merawat masalah kebas-kebas betis.

👍Sebarang pertanyaan wasap 019 3079883.

Isnin, 6 Jun 2016

ULAMA BERBEZA PENDAPAT TENTANG DI BELENGGU SYAITAN BULAN RAMADHAN

Rawatan Ruqyah untuk Merawati Pesakit Gangguan Syaitan. Masih juga terdapat gangguan sihir di bulan puasa yang terdiri daripada jin-jin yang lemah.Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan.

1. Pandangan daripada Ibn Hajar al-‘Asqalani yang menukilkan daripada al-Halimiy: “ Maksud dibelenggu atau dirantai itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat untuk sampai melakukan fitnah (menggoda) kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan. Ini disebabkan umat Islam ketika itu sedang menyibukkan diri dengan ibadah puasa yang berperanan melemahkan syahwat, dan mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.

2. Menurut pandangan Imam As-Syafie pula : “ hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan”.

3. Menurut Imam Abu Hanifah pula : “ Semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan sebelas bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri umat Islam. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau pada ketika syaitan dibelenggu”.

4. Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika ditanyakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitu syaitan yang degil atau melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”

5. Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat : “maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil atau melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith: Maksudnya: “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil atau melampau.”

6. Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan dan menggoda umat Islam serta menghiasi syahwat mereka.7. Dinukilkan oleh Fadhilatul Syeikh ‘Atiyyah Saqr bahawa sebahagian ulamak ada menyatakan yang dimaksudkan “dibelenggu” itu ialah : “tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw:Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)

Ahad, 5 Jun 2016

MAKANLAH KURMA

✔Dimakan sebelum berbuka.
✔Dimakan juga semasa sahur untuk mengelakkan lapar ketika berpuasa.
✔Walaupun diambil dengan kuantiti sedikit tapi jumlah tenaga yang diberikan pada badan agak tinggi.

SAKIT LUTUT LEGA SELEPAS BERBEKAM

👍Ramai yang sakit lutut sudah lega selepas berbekam,bagi kes lutut yang lama disyorkan berbekam seminggu sekali sebanyak 3x sesi yer..InsyaAllah sembuh..

👍Berbekam waktu ramadhan tidak membatalkan puasa.

📞Sebarang pertanyaan wasap 019 3079883.

Sabtu, 4 Jun 2016

SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN

✔Bulan puasa buka seperti biasa cuma cuma sebelah malam buka 10mlm - 12tmlm (mulai malam ini).

✔Berbekam tidak membatalkan puasa tetapi jika bimbang badan lemah syor berbekam diwaktu malam.

✔Promosi bekam di Shah Alam 10cup percuma 4cup harga RM50 bulan ramadhan sahaja.