Pembaca Setia

Sabtu, 23 Januari 2016

TARIKH SUNNAH BERBEKAM KEMBALI (Rabu-Jumaat-Ahad)


Bagi penggemar sunnah berbekam,tarikh 17/19/21 kalendar islam bulan ini jatuh pada hari Rabu 27Jan,Jumaat 29Jan dan Ahad 31Jan.Jom kita berbekam kerana pahala bekam sunnah pun dapat,pahala tarikh sunnah pun dapat juga..

Rabu, 20 Januari 2016

KHIDMAT RAWATAN SIHIR/PAGAR KERUMAH MASING-MASING UNTUK KAWASAN KL/SEL


-Pesakit perlu sediakan sekotak air mineral
-Pesakit dan seluruh ahli keluarga akan dibacakan set ruqyah
-Perawat akan memagar premis 4 penjuru
Sebarang pertanyaan sila SMS/WASAP Utz Haiqal 013-347 5449

Khamis, 14 Januari 2016

KAEDAH MENGESAN GANGGUAN JIN


-Wirid istiqomah setiap hari YA A'LIMUL GHOIB 5000x sehari
-InsyaAllah dalam beberapa hari indera keenam badan anda aktif
-Bila ingin mengesan gangguan pada tempat/manusia,gunakan tapak tangan kanan sambil tahan nafas zikir dalam hati Ya A'limul Ghoib,jika terasa meremang/panas/menyucuk petanda ada unsur gangguan

Ahad, 10 Januari 2016

SENARAI KAEDAH MENANGANI GANGGUAN JIN/SIHIR


-Minum/makan herba sunnah setiap pagi seperti madu/kurma ajwa
-Mandi ais sebanyak 4kg setiap petang
-Mandi air daun bidara 7 helai yang telah ditumbuk halus
-Minum air kelapa (rawatan bisa santau)
-Amalan wirid kursi 170x sehari istiqomah
-Berbekam di kepala seminggu sekali
-Mendengar kaset/cd ruqyah 2-3jam sehari istiqomah
-Mendapatkan terapi ruqyah dari perawat islam

Jumaat, 8 Januari 2016

AMALAN MEMINUM MINYAK ZAITUN MENJAGA ORGAN DALAMAN



Anda diluarsana disyorkan minum sesudu sehari minyak zaitun extravirgin,insyaAllah organ dalaman anda seperti jantung,hati,pankreas dan sebagainya akan sihat sentiasa.

BERAS SIHIR


Sambungan kisah kerasukan di sebuah restoran semalam,restoran tersebut ada 2 tingkat ruang makan.Seorang pekerja lelaki cuba menyapu beras yang bersepah di ruang makan tingkat atas,kemudian beliau kerasukan lalu kawan-kawan lain membantu lantas kerasukan merebak ke 3 pekerja yang lain lagi.
Saya terpaksa mengasingkan pekerja yang kerasukan supaya tidak berkumpul dalam satu-satu tempat.Kemudian saya membacakan ruqyah pada air dan spray rata-rata pada ruang makan restoran tersebut,keadaan sekitar beras yang bersepah tu agak kuat meremang dan berbau busuk seperti bangkai.
Setelah objek sihir dimatikan barulah kami fokus merawat pekerja yang kerasukan sorang demi seorang.Pekerja disitu memberitahu semalam ada 2 orang lelaki yang dicurigai naik ke tingkat atas restoran tersebut untuk menumpang solat,selepas beberapa jam kemudiannya barulah mereka terjumpa bersepah beras dilantai restoran mereka.Kesimpulannya melayu,berniaga dan sihir berpisah tiada..

Selasa, 5 Januari 2016

AL-KISAH SERAI BERBUNGA



Orang kata pokok serai yang berbunga pasti ada batu permata yang tertanam dibawahnya.Dipendekkan cerita kawan saya ada 10 pokok serai yang berbunga di Sg Besar,dia suruh ler saya dan geng-geng cabut 2 pokok dulu mana tau kot-kot ada batu permata ker hapa.Kami yang amatur dalam bidang nie pun cabutler 2 pokok serai tu pakai penyodok,takde batu serai yang kelihatan malah habis badan gatal diserang semut merah.Misi pertama gagal..
Selang 5 hari kami datang lagi untuk repeat 2 pokok serai yang gagal ituhari,kali ini kami tabur garam ruqyah pada sekeliling tapak pokok dan kemudian guna bacaan tasbih maghrobi.Pokok pertama dicabut keluar asap putih sekitar tapak tanah dan pokok kedua pula bila dicabut menjelma seakan ular hitam kecil sekitar akar serai tersebut,misi ke 2 gagal lagi nampaknya.Nantikan misi ke 3 jumaat ini,kali ini biar ahli profesional batu serai pula buat kerja,kami jadi pemerhati jer..
Untuk info kami tiada langsung pengalaman dalam ilmu mencari batu serai,just suka-suka penuhi hajat kawan jer + R&D..