Pembaca Setia

Selasa, 19 Mei 2015

KAEDAH MENCUCI PREMIS PERNIAGAAN/RESTORAN YANG BERMASALAH




- Punca premis perniagaan bermasalah selalu ada dua sebab,pertama kerana kedai anda disabotaj barang sihir dan kedua terkena kesan jin pelaris peniaga berdekatan dan secara tak langsung aura kedai anda bertukar hitam

- Badan akan jadi cepat lesu,kurang bersemangat,sakit-sakit sendi dan ramai pelanggan mengadu mengatakan kedai anda sering tutup

- Sediakan sebotol cuka makan dan masukkan kedalam setengah baldi air paip

- Bacakan fatehah 1x,kursi 7x,yunus 81-82 7x dan 3 qul 7x lalu tiup 10saat air serta cuka dalam baldi tersebut

- Mop lantai premis perniagaan dari dalam hinggalah ke kaki lima

- Lakukan proses mop ini seminggu sekali untuk memastikan aura kedai anda sentiasa bersih

- Seminggu sekali/malam jumaat owner kedai dan para pekerja buat majlis zikir bacaan Bismillah..rahim 786x dan al fatehah 41x untuk membangkitkan aura kerezkian pada seluruh ruang kedai.Kesan aura kerezkian akan membuatkan pelanggan masuk ke kedai anda tanpa putus-putus,insyaAllah..