Pembaca Setia

Ahad, 31 Mei 2015

KAEDAH MEMUNTAHKAN BARANG SIHIR


- Sediakan segelas besar air kelapa dan bacakan kursi 7x lalu tiup 10saat air tu
- Beri pesakit sihir minum hingga habis
- Kemudian tangan perawat letak bahagian belakang pesakit dan ruqyah macam biasa
- InsyaAlllah dalam masa 5min pesakit sihir akan muntah dan segala racun/bisa dalam perut akan tawar dengan izinNya

SILA SMS/WASAP UNTUK PERTANYAAN/TEMUJANJI RAWATAN



Para pelanggan/pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dari pihak kami sebaiknya sila SMS/WASAP yer kerana jika anda ingin CALLjuga dikhuatiri kami tidak dapat menjawab panggilan anda kerana sedang merawat.

Selasa, 26 Mei 2015

BENTUK SERANG BALAS TERHADAP PERAWAT ISLAM


-Sakit pinggang
-Lesu
-Kepala berat
-Sakit gigi
-Hilang semangat nak merawat
-Jiwa rasa bingung serba tak kena
-Batuk-batuk
-Gatal-gatal badan
-Isteri perawat mudah meluat/benci/marah-marah
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Anak kecil perawat kerap menangis
-Difitnah masyarakat

Senarai diatas adalah bentuk-bentuk serangan oleh syaitan kepada perawat islam yang aktif  merawat sakit gangguan.

Untuk merawat masalah diatas,perawat perlulah seminggu sekali buat mandian 2 pek ais guna sebesen air ruqyah,istiqomah minum madu setiap pagi dan 2 minggu sekali berbekam.

Amalan kerohanian yang paling penting ialah wirid ayatul kursi 77x sehari istiqomah dan lakukan kerja perawat islam ini dengan niat ibadah fardu kifayah hindari masyarakat dari terjebak amalan syirik perbomohan dan bukannya ada sebab-sebab lain.

Selasa, 19 Mei 2015

KAEDAH MENCUCI PREMIS PERNIAGAAN/RESTORAN YANG BERMASALAH




- Punca premis perniagaan bermasalah selalu ada dua sebab,pertama kerana kedai anda disabotaj barang sihir dan kedua terkena kesan jin pelaris peniaga berdekatan dan secara tak langsung aura kedai anda bertukar hitam

- Badan akan jadi cepat lesu,kurang bersemangat,sakit-sakit sendi dan ramai pelanggan mengadu mengatakan kedai anda sering tutup

- Sediakan sebotol cuka makan dan masukkan kedalam setengah baldi air paip

- Bacakan fatehah 1x,kursi 7x,yunus 81-82 7x dan 3 qul 7x lalu tiup 10saat air serta cuka dalam baldi tersebut

- Mop lantai premis perniagaan dari dalam hinggalah ke kaki lima

- Lakukan proses mop ini seminggu sekali untuk memastikan aura kedai anda sentiasa bersih

- Seminggu sekali/malam jumaat owner kedai dan para pekerja buat majlis zikir bacaan Bismillah..rahim 786x dan al fatehah 41x untuk membangkitkan aura kerezkian pada seluruh ruang kedai.Kesan aura kerezkian akan membuatkan pelanggan masuk ke kedai anda tanpa putus-putus,insyaAllah..

Isnin, 18 Mei 2015

MAKAN KURMA AJWA JIKA KENA SIHIR



Bagi mereka yang diluar sana terkena gangguan sihir,anda disyorkan memakan 7 biji kurma ajwa sejam sebelum sarapan setiap pagi,insyaAllah sembuh.

Amalan memakan kurma ajwa untuk rawatan sihir ini adalah saranan dari Rasulullah SAW..

Sabtu, 9 Mei 2015

JENIS SIHIR YANG MERBAHAYA PADA PERAWAT



- Sihir busung
- Sihir santau angin

Dua kes sihir diatas bagi perawat amatur/baru berkecimpung amat tidak digalakkan merawatnya kerana serang balas bomoh agak kuat terhadap perawat serta keluarga.Jika ingin merawat juga pastikan anda baca kursi 170x niat perisai diri dan keluarga untuk langkah keselamatan.