Pembaca Setia

Selasa, 17 Mac 2015

JOM BEKAM TURUNKAN KADAR URIC ACID




Bagi mereka yang kerap diserang gout petanda bahagian kaki anda mempunyai kadar uric acid yang tinggi didalam saluran darah.Untuk menurunkan kadar uric acid anda disyorkan berbekam di bahagian kaki serta buku lali dan selain itu anda perlu istiqomah mengamalkan minum 2 sudu cuka delima setiap pagi.

Rasulullah SAW pernah bersabda "barang siapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" Hadis riwayat Ahmad & Tabrani dari Samurah RA

Isnin, 16 Mac 2015

JOM DIAGNOS BADAN ...



Simptom-simptom gangguan jin..

-Kerap ditindih ketika tidur
-Kerap bermimpi melakukan persetubuhan dengan orang yang tak dikenali
-Kerap bermimpi dikejar/dipatuk binatang
-Kerap bermimpi berada ditempat kotor
-Kerap bermimpi terasa jatuh dari tempat tinggi
-Kerap sakit kepala/dada/pinggang/tulang belakang selepas waktu asar
-Batuk berpanjangan
-Sikap berubah secara mendadak
-Kerap gaduh suami isteri hal remeh temeh
-Suka melampau pada orang yang baru dikenali
-Pengsan ketika ziarah org meninggal
-Kuat berdebar bila nak ketempat kerja
-Panas baran
-Boleh berubat/berurut/bersilat belajar dari mimpi

Untuk sesi diagnos bayaran ikhlas hati..

Jumaat, 13 Mac 2015

KHASIAT KAPSUL MINYAK ZAITUN..PEMAKANAN SUNNAH



- Anti penuaan
- Awet muda
- Menyerikan wajah
- Gastrik
- Menjaga organ dalaman seperti jantung,ginjal,hati supaya kekal sihat
- Mengurangkan kolestrol
- Bagi merawat penyakit dalaman yang berat seperti kanser dan kerosakan organ,minyak zaitun dibacakan Fatehah 313x dan dibuat minum 2x sehari selama 3 bulan
- Bagi merawat sebarang penyakit kulit,minyak zaitun boleh dibuat sapu

Kapsul Minyak Zaitun boleh didapati di Pusat Terapi Syifa Shah Alam RM15/kotak

Khamis, 5 Mac 2015

OH MENGANTUKNYA..



Semalam kami dijemput merawat di rumah VIP di kawasan Damansara Perdana,beliau menderita sihir puja selama 15 tahun.Saya betul-betul terasa mengantuk yang amat sangat apabila sampai di pintu pagar kondo rumah pesakit,petanda aura sihir  agak kuat.Diantara petanda beliau terkena sihir puja ialah badan gatal/miang,halangan mencari rezeki,anak-anak meninggalkan beliau dan mimpi menakutkan ketika tidur.

Bagi kes sihir puja selalunya pesakit tidak akan kerasukan bila dibacakan ruqyah,cuma akan ada rasa simptom panas dan miang-miang semasa proses penarikan keluar bisa dari badan.

Untuk merawat kes sihir puja sesi ruqyah yang amat panjang perlu dibaca pada pesakit dengan didahulukan dengan ayat pemecah perisai sihir iaitu Lauanzalna (al-hasyr 21) sebanyak 77x barulah kemudian dibacakan ayatul syifa bagi kesembuhan masalah fizikal badan pula.

Rabu, 4 Mac 2015

KHIDMAT RAWATAN SIHIR/PAGAR RUMAH KETEMPAT ANDA KL/SEL


Untuk temujanji rawatan sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449