Pembaca Setia

Selasa, 2 September 2014

JOM AMAL ZIKIR ISTINJAK



Kaedah amalannya dimulai solat taubat 2 rakaat dan disertai istighfar 100x,selawat 100x dan lailahaillallah 100x dan doanya berbunyi "diampunkan segala dosa zahir dan batin serta diampunkan dosa syirik yang disedari/tanpa disedari".Kaedah zikir istinjak ini perlu diamalkan istiqomah 44 hari berturut-turut.

Khasiat amalan ini..

- Dapat menyembuhkan pelbagai penyakit makhluk halus seperti santau/sihir/saka
- Memudahkan urusan rezeki
- Asas amalan pemula bagi pengamal ilmu hikmah
- Menyelesaikan masalah yang rumit/tergendala

Mengikut pengalaman yang lepas-lepas ramai pesakit gangguan jin telah cepat sembuh setelah mengamalkan zikir istinjak ini,dalam sepanjang beramal tersebut ada pesakit yang mengalami muntah-muntah berwarna hijau,berak-berak berwarna hijau petanda kekotoran rohani sudah mulai keluar beransur-ansur dari badan.