Pembaca Setia

Isnin, 29 September 2014

KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA MAMPU MERAWAT ORGAN DALAMAN


Bagi pesakit yang menghidapi sebarang penyakit organ dalaman seperti masalah buah pinggang,jantung,pankreas,paru-paru dan macam-macam lagi.Saya syorkan anda minum sesudu pagi dan petang minyak zaitun dara istiqomah selama sebulan,insyaAllah organ dalaman anda semakin pulih/normal.

Minyak zaitun dara sebaiknya dibuka penutupnya dan dibacakan al fatehah 41x bagi meningkatkan lagi keampuhan minyak tersebut.

Minyak zaitun dara (etxra virgin olive oil) boleh didapati di hypermarket berhampiran rumah anda,minyak zaitun adalah herba sunnah anjuran Rasulullah SAW dalam mengubati sebarang pennyakit melalui kaedah sapuan atau minum/makan.

Isnin, 22 September 2014

10 TITIK ASAS BEKAM PUSAT TERAPI SYIFA





Sudah hampir 7 tahun kami warga Pusat Terapi Syifa Shah Alam membekam lebih 10000 pesakit sejak 2007,titik asas bekam kami yang kami tekankan ialah 10 titik dibahagian belakang pesakit.

Titik ini amat-amat penting kerana merangkumi titik meridian tubuh + pembuluh darah utama,kelancaran darah dikawasan kepala dan organ penting tubuh badan seperti paru-paru,jantung dan ginjal.
InsyaAllah bagi mereka yang istiqomah berbekam sebulan sekali,segala organ tubuh badan mereka sentiasa sihat dan terjaga rapi juga aliran darah keseluruh badan akan lancar dan normal.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 17 September 2014

RAWATAN TARIK BISA SANTAU GUNA DAUN SIREH DI PUNCAK ALAM

Bagi mereka yang terkena santau angin seperti terasa ada bisa berjalan seluruh badan,anda disyorkan jumpa perawat kami di Puncak Alam untuk mendapatkan rawatan tarik bisa ini.Jika diamati daun sireh diatas,terdapat seperti habuk halus/kaca yang keluar melekat pada daun sireh selepas ayat al quran tarik bisa dibacakan pada tapak tangan pesakit santau angin.

Untuk temujanji rawatan sila SMS/WASAP Utz Adi 019-578 1099 (Pusat Terapi Syifa Puncak Alam)

KAEDAH TARIK BISA DAUN SIREH



Pesakit serta daun sireh akan dibacakan ruqyah hizib terlebih dahulu kemudian barulah upacara tarik bisa santau angin dijalankan.

Bagi mereka yang ingin mencuba kaedah ini,sila TEMUJANJI dengan Utz Adi 019-578 1099 di Pusat Terapi Syifa Puncak Alam.

*Pesakit santau angin disyorkan untuk kaedah ini.

Selasa, 9 September 2014

RUGI KIRA-KIRA RM20K ANGKARA MINYAK DAGU


Akibat tidak mempunyai teman wanita seorang pemuda awal 30an rugi kira-kira RM20K akibat terbeli minyak dagu disekitar Ampang.Selepas menggunakan minyak dagu itu selama sebulan,beliau kecewa masih tidak mempunyai sebarang teman wanita juga malah bila bulan mengambang wajah beliau terasa ketat dan berkilat.Memandangkan beliau sudah melakukan solat taubat nasuha,insyaAllah dalam masa terdekat ini beliau akan ke pusat rawatan islam yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan ruqyah bagi menawarkan ilmu hitam minyak dagu tersebut.

*Penggunaan minyak dagu adalah SYIRIK disisi agama islam,pengamalnya perlulah melakukan solat taubat dan berjumpa para perawat islam berdekatan untuk terapi ruqyah syariyyah.

Selasa, 2 September 2014

JOM AMAL ZIKIR ISTINJAK



Kaedah amalannya dimulai solat taubat 2 rakaat dan disertai istighfar 100x,selawat 100x dan lailahaillallah 100x dan doanya berbunyi "diampunkan segala dosa zahir dan batin serta diampunkan dosa syirik yang disedari/tanpa disedari".Kaedah zikir istinjak ini perlu diamalkan istiqomah 44 hari berturut-turut.

Khasiat amalan ini..

- Dapat menyembuhkan pelbagai penyakit makhluk halus seperti santau/sihir/saka
- Memudahkan urusan rezeki
- Asas amalan pemula bagi pengamal ilmu hikmah
- Menyelesaikan masalah yang rumit/tergendala

Mengikut pengalaman yang lepas-lepas ramai pesakit gangguan jin telah cepat sembuh setelah mengamalkan zikir istinjak ini,dalam sepanjang beramal tersebut ada pesakit yang mengalami muntah-muntah berwarna hijau,berak-berak berwarna hijau petanda kekotoran rohani sudah mulai keluar beransur-ansur dari badan.

MERAWAT KES GILA ISIM SILAT BATIN..


Baru tadi kami merawat seorang lelaki berumur 20an yang berbadan besar terus mengamuk lalu bersilat ganas tiba-tiba apabila melangkah masuk ke pusat rawatan kami di Shah Alam.Beliau boleh dikatakan seorang yang panas baran dan juga gila isim dek kerana suka menuntut banyak silat batin sewal usia belasan tahun.Apabila niat kita menuntut ilmu kerana ingin menjadi hebat/sakti/kuat,secara tak langsung Allah SWT akan melorongkan kita pada perguruan kebatinan yang berJIN dan lambat laun akan menyebabkan kita menjadi seorang yang panas baran lalu gila isim.

Apabila pesakit mengamuk dan bersilat ganas,kami hanya membacakan ayat-ayat bius supaya pesakit mengantuk dan tertidur,apabila pesakit mulai lemah dan terbaring barulah kami membacakan ruqyah dan hizib pada air dan juga syampu bidara.Pesakit disyorkan balik kerumah lalu minum dan mandi syampu bidara selama 3 hari berturut-turut dan juga mengamalkan solat taubat dan juga zikir istinjak demi meluruskan kembali akidah yang sudah lama terpesong.Ingatlah Allah SWT itu haknya maha hebat dan kuat,jadi kita sebagai manusia kena sedar diri yang kita nie adalah hamba yang lemah disisiNya.