Pembaca Setia

Selasa, 5 Ogos 2014

CUKA MAKAN MAMPU PULIHKAN AURA PEJABAT/PREMIS PERNIAGAAN



-Jika ruang pejabat terasa suram dan para pekerja pun semakin lesu serta sakit-sakit badan,masukkan cuka makan dalam botol spray serta bacakan kursi 7x dan spray rata-rata ruang pejabat pada waktu malam/waktu nak tutup pejabat.InsyaAllah keesokan harinya aura ruang pejabat kembali positif,wangi dan terasa segar bila waktu bekerja.

-Jika anda menjalankan perniagaan pula tak kiralah perniagaan pakaian/restoran dan sebagainya,adakalanya pelanggan sukar hendak ke premis anda akibat pelanggan tidak melihat lokasi perniagaan anda akibat aura negatif sihir pelaris dari premis perniagaan yang berdekatan ataupun kedai anda mungkin juga ditabur tanah kubur oleh mereka-mereka yang hasad dengki.Sediakan setengah baldi air paip dan juga campurkan sebotol cuka makan lalu bacakan kursi 7x,anda mop seluruh lantai dalam dan ruang hadapan kedai seminggu sekali,insyaAllah ramai pelanggan akan memasuki kedai/premis perniagaan anda semula.

-Cuka makan adalah sejenis asid lemah yang ditakuti jin dan bila unsur cuka digabungkan dengan 7x ayatul kursi,insyaAllah aura negatif sihir dapat dipulihkan dengan izinNya.