Pembaca Setia

Rabu, 2 Julai 2014

KERASUKAN KETIKA SEDANG MEMANDU


Empat hari lepas saya menerima panggilan kecemasan dari seorang pesakit yang sedang separa kerasukan ketika sedang memandu,lalu beliau berhenti ditepi jalan kerana sukar memandu dek gangguan jin tersebut.Pesakit ini sudah lama terkena sihir lebih kurang 6 tahun lamanya,baru-baru ini beliau baru menerima rawatan di pusat rawatan kami setelah 2 tahun tidak pernah berjumpa mana-mana perawat islam untuk berubat.Kebetulan semasa dipejabat beliau merasakan ada terasa gangguan ingin masuk dalam badan beliau,lalu beliau wiridkan "innallahasayubtiluh" ulang-ulang untuk niat menyerang jin pengganggu dan penyihir,jadi sudah tentu penyihir marah dan melipatkali gandakan sihir sehingga tengah memandu pun boleh kerasukan.Moral of the story dari kisah ini zikir yang paling afdhal dibaca ketika sedang dilanda gangguan jin ialah tasbih yunus dan selawat supaya roh kita menjadi kuat dalam  menanganiu gangguan dan bukannya "innallahasayubtiluh" kerana ayat tersebut bersifat menyerang.