Pembaca Setia

Ahad, 13 Julai 2014

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI



Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksin akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Ramadhan.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Selasa, 8 Julai 2014

AIR KELAPA BAHAN AMPUH MERAWAT SANTAU ANGIN


-Sediakan 2 biji kelapa muda
-Bacakan pada air kelapa al  fatehah 41x,yunus 81-82 41x dan al isra 81 41x lalu tiup 10 saat pada air kelapa tersebut dan berdoa minta Allah tawarkan racun dan batalkan sihir.
-Sebiji air kelapa tadi buat minum dan sebiji lagi campur setengah baldi air paip untuk dibuat mandian selepas waktu asar.
-Lakukan kaedah diatas 7 hari berturut-turut,insyaAllah gangguan santau angin berkurangan.
-Sihir santau angin adalah sejenis sihir puja tahap tinggi dimana ahli sihir pasti mempunyai perisai kuat untuk melindungi bahan puja tersebut.
-Ayat ruqyah perlulah dibaca dengan ulangan yang agak tinggi.

Rabu, 2 Julai 2014

KERASUKAN KETIKA SEDANG MEMANDU


Empat hari lepas saya menerima panggilan kecemasan dari seorang pesakit yang sedang separa kerasukan ketika sedang memandu,lalu beliau berhenti ditepi jalan kerana sukar memandu dek gangguan jin tersebut.Pesakit ini sudah lama terkena sihir lebih kurang 6 tahun lamanya,baru-baru ini beliau baru menerima rawatan di pusat rawatan kami setelah 2 tahun tidak pernah berjumpa mana-mana perawat islam untuk berubat.Kebetulan semasa dipejabat beliau merasakan ada terasa gangguan ingin masuk dalam badan beliau,lalu beliau wiridkan "innallahasayubtiluh" ulang-ulang untuk niat menyerang jin pengganggu dan penyihir,jadi sudah tentu penyihir marah dan melipatkali gandakan sihir sehingga tengah memandu pun boleh kerasukan.Moral of the story dari kisah ini zikir yang paling afdhal dibaca ketika sedang dilanda gangguan jin ialah tasbih yunus dan selawat supaya roh kita menjadi kuat dalam  menanganiu gangguan dan bukannya "innallahasayubtiluh" kerana ayat tersebut bersifat menyerang.