Pembaca Setia

Rabu, 14 Mei 2014

MERAWAT PESAKIT SIHIR ISTIHADAH DARI PUCHONG


Seminggu yang lepas kami didatangi suami isteri dari Puchong mengadu mengenai haid tidak berhenti sudah 3 bulan lamanya.Haid seorang wanita normal selalunya bawah 15 hari,jika melebihi 15 hari haid dinamakan istihadah dimana kebanyakannnya ada campurlibat jin dalam rahim mereka.
 Dipendekkan cerita saya meruqyah pesakit tersebut dengan 20 set ayat ruqyah dan kami membekalkan sebotol syampu bidara untuk dibuat mandian dan sebotol air ruqyah untuk dijadikan minum bersama 2 sudu madu.Dua hari lepas pesakit datang lagi untuk rawatan susulan,pesakit memberitahu darah haid yang turun sekarang sudah mula berkurangan berbanding sebelum rawatan,alhamdulillah ada sedikit kemajuan,pesakit syor terus mengamalkan kurma dan madu setiap pagi sejam sebelum sarapan untuk merawat segala masalah berkaitan anggota rahim.