Pembaca Setia

Khamis, 22 Mei 2014

PERAWAT PERLU KEKALKAN BIO-ENERGI DITAHAP MAKSIMA SETIAP HARI


Bagi perawat berhadapan/jarak jauh kefahaman tentang bio-energi amat-amat penting.Ia adalah untuk memastikan DOS ruqyah yang kita berikan pada pesakit mencukupi dan pesakit pun rasa puas hati selepas diruqyah.Bila bio-energi kita maksima,pesakit gangguan akan muntah ataupun terasa sesuatu keluar dari kaki,badan pun akan rasa kurang sakit dan ringan juga.

Bio-energi ini atau kata lain dipanggi AURA akan semakin kuat dan tebal apabila kita bacakan set ruqyah kepada pesakit,adakalanya pesakit yang tiada gangguan pun akan terasa bahang akibat AURA/BIO-ENERGI kita yang berada ditahap maksima.

Untuk memastikan BIO-ENERGI/AURA perawat ditahap maksima,pastikan anda istiqomah beramal zikir ALLAH 5000x sehari sehingga anda terasa aura keluar dari tapak kaki jika istiqomah mengamalkannya dalam masa sebulan.Bila anda terasa seperti bahang/angin keluar dari tapak kaki ketika berzikir,petanda anda sudah mendapat lebihan aura/bio-energi,maka anda boleh berehat beramal dalam masa 2 hari kerana BIO-ENERGI/AURA anda sudah ditahap maksima.

Rabu, 21 Mei 2014

JOM MAKAN KAPSUL ZAITUN SEBAGAI SUNNAH..



-Merawat/mencegah sebarang penyakit kanser
-Menjaga organ dalaman badan dari terkena penyakit kritikal
-Menurunkan kolestrol dan mencegah osteoporosis
-Anti radang dan merawat segala penyakit radang sendi/artritis
-Mencegah penyakit jantung dan menjaga organ jantung
-Meningkatkan sistem imun badan

Boleh didapati di Pusat Terapi Syifa sekotak RM15 (30kapsul) makan 1 kapsul sebelum tidur malam sebagai amalan sunnah yang berterusan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Selasa, 20 Mei 2014

AMALAN MAKAN KURMA MENINGKATKAN IMUN BADAN


Bagi mereka yang mengalami masalah imun atau lemahnya antibodi badan,sila amalkan memakan 7 biji kurma sejam sebelum sarapan pagi yer.InsyaAllah badan semakin bertenaga,imun semakin meningkat serta membunuh kuman dalam badan juga mendapa pahala kerana mengamalkan sunnah pemakanan Rasulullah SAW.

Kurma boleh didapati di Pusat Terapi Syifa Shah Alam sekotak hanya RM15 sahaja.

Rabu, 14 Mei 2014

MERAWAT PESAKIT SIHIR ISTIHADAH DARI PUCHONG


Seminggu yang lepas kami didatangi suami isteri dari Puchong mengadu mengenai haid tidak berhenti sudah 3 bulan lamanya.Haid seorang wanita normal selalunya bawah 15 hari,jika melebihi 15 hari haid dinamakan istihadah dimana kebanyakannnya ada campurlibat jin dalam rahim mereka.
 Dipendekkan cerita saya meruqyah pesakit tersebut dengan 20 set ayat ruqyah dan kami membekalkan sebotol syampu bidara untuk dibuat mandian dan sebotol air ruqyah untuk dijadikan minum bersama 2 sudu madu.Dua hari lepas pesakit datang lagi untuk rawatan susulan,pesakit memberitahu darah haid yang turun sekarang sudah mula berkurangan berbanding sebelum rawatan,alhamdulillah ada sedikit kemajuan,pesakit syor terus mengamalkan kurma dan madu setiap pagi sejam sebelum sarapan untuk merawat segala masalah berkaitan anggota rahim.

Selasa, 6 Mei 2014

ALATAN NYAHKUMAN BAGI KERJAYA JURUBEKAM











1) Dettol Spray-Boleh didapati di Guardian untuk disembur pada bilik bekam selepas proses berbekam bagi nyahkuman pada ruang udara bilik rawatan bekam.

2) Dettol Hand Soap-Boleh didapati di Guardian untuk proses cucian/steril cawan bekam dan juga membasuh tangan selepas sesi membekam pelanggan/pesakit.

3) Dettol Wet Tissue-Boleh didapati di Guardian untuk lap/steril pada kawasan badan yang sudah dibekam.

4) UV Sterilizer-Boleh didapati di MagicBoo untuk kegunaan steril cawan dan juga pen bekam.