Pembaca Setia

Selasa, 22 April 2014

BAHAN-BAHAN YANG MENAWARKAN RACUN SANTAU



1) Madu yang dibacakan ruqyah Bismillah 5 perlu diminum 2 sudu setiap pagi secara istiqomah.

2) Air kelapa yang dibacakan ruqyah Bismillah 5 perlu diminum secawan setiap petang secara istiqomah.

Isnin, 14 April 2014

ADAKAH PERISAI ANDA MANTAP DAN JIWA ANDA CUKUP BERANI ?


-Ramai juga perawat islam dari pertubuhan terkenal yang kami rawat kerana serang balas ahli sihir.

-Amalan pendinding tidak cukup mantap.

-Tiada sifat BERANI menyebarkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.

-Mudah gentar bila berhadapan kes berat/terdengar risiko serang balas.

Bila anda sudah menjadi perawat islam,anda perlu ingat yang anda adalah seorang pendakwah yang perlu banyak sifat KEBERANIAN dalam berdakwah,ujian dijalan dakwah amat-amatlah hebat dan anda juga perlu buang segala zon selesa pada diri jauh-jauh.

Bentuk ujian perawat islam pelbagai ragamnya antaranya ialah kelesuan,tiada semangat merawat,mudah bertelagah sesama perawat dibawah satu cawangan/naungan,ujian fitnah wanita baik perawat menggoda pesakit wanita ataupun pesakit wanita menggoda perawat,dengki-mendengki sesama perawat islam,mata duitan,emosi mudah marah,kepala jadi serabut dan macam-macam lagi.

Setiap ayat ruqyah perlu dijazamkan sekali seumur hidup iaitu setiap ayat jazam 313x supaya energi bacaan ruqyah agak kuat supaya mampu memadamkan/membatalkan energi sihir pada badan pesakit.

Wirid ayatul kursi minimum 100x sehari supaya energi perisai kita mantap dalam mempertahankan segala bentuk serangan bomoh/syaitan yang kuat-kuat.,




Isnin, 7 April 2014

TAFSIRAN MIMPI POCONG


Bagi pesakit sihir yang kerap bermimpi pocong,kemungkinan pesakit tersebut terkena sihir pengaseh yang diambil bahanya oleh bomoh dari mayat.