Pembaca Setia

Ahad, 16 Mac 2014

AKU SUKA DIA SEBAB DIA SUKA TERMENUNG...


Tiga hari lepas saya didatang pelajar wanita Uitm dari Kolej Seroja kerana menghadapi masalah gangguan jin asyik.Beliau mengadu kerap sakit bahu,tulang belakang dan mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali serta kerap lebam dibahagian lutut.Memandangkan lagi 2 minggu mereka menghadapi final exam,secara tak langsung fokus untuk mengulangkaji pelajaran amat-amat terganggu.

Semasa dibacakan ruqyah 20 set,pelajar terbabit kerasukan dan jin berulang kali mengatakan "aku suka dia kerana dia suka termenung"...Tu alasan stereotaip jin asyik bila masuk badan wanita,pastu macam biasalah jin asyik akan kerap menyetubuhi pesakit daripada dalam badan pelajar tersebut.Saya tidak berminat untuk berdialog dengan jin asyik,lalu saya teruskan bacaan ruqyah seperti biasa sehingga pesakit tersebut muntah,rawatan tamat.