Pembaca Setia

Jumaat, 28 Mac 2014

ADUHHHH SAKITNYER....


Kali ini pengalaman merawat yang saya ingin kongsikan ialah meruqyah seorang pegawai polis pada minggu lepas yang disyaki terkena sihir di bahagian buku lali.Beliau sudah pergi ke hospital dan menjalani ujian darah tapi tidak pula disyaki terkena gout dan semua ujian berjalan lancar tiada masalah.,Apabila waktu malam menjelang tiba kaki beliau berdenyut bisa yang teramat sakit sehingga beliau kerap kali mengeluh akan ujian yang menimpa diri tersebut.Dipendekkan cerita,saya meruqyah kaki beliau dan meletakkan tapak tangan saya pada betul-betul tempat yang sakit,semasa ruqyah dibacakan kawasan yang sakit tersebut terasa semakin panas dan panas,petanda ada tindakbalas gangguan.Saya membekalkan sebotol air ruqyah untuk dibuat minum dan rendaman kaki dicampur ais selama 3 hari berturut-turut,rawatan tamat.