Pembaca Setia

Sabtu, 22 Mac 2014

ADAKAH JENIS JIN YANG SANGAT KUAT/SUPER GABAN


Mengikut pengalaman saya merawat hampir 7 tahun,tiada istilah jin pesakit tu kuat/gaban,bagi saya gangguan adalah gangguan juga semua sama level.

Tapi jika pesakit berkali-kali datang pusat rawatan dan masih merasuk/menendang-nendang perawat tu ada banyak faktor lain yang perlu diperhalusi,antaranya ialah..

-Pesakit ada masalah sikap negatif yang banyak
-Pesakit masih lalai dan tidak beramal
-Pesakit masih menyimpan tangkal/wafaq khurafat
-Perawat tidak membacakan al quran semasa merawat (guna kaedah lain)
-Pesakit iktikad bahawa perawat boleh sembuhkan/keluarkan jin dari dalam badan (kesalahan akidah dimana perawat hanya diberi kudrat membacakan ruqyah/sebagai pendoa sahaja)
-Perawat beriktikad mampu mengeluarkan jin dari dalam badan pesakit (kesalahan akidah seperti yang saya sebutkan diatas tadi)
-Perawat kerap menanamkan mindset negatif seperti jin itu kuat jin itu degil dan macam-macam lagi sehingga minda pesakit jadi kusut/berat/beban/hopeless.
-Perawat dan pesakit perlu akidah yang sama iaitu masing-masing berusaha/berikhtiar/bertawakal dan Allah SWT sahaja yang mampu menyembuhkannya.

Bagi pesakit yang kerap datang berubat dan masih juga tidak sembuh ataupun makin merasuk-merasuk banyak perkara perlu diperhalusi yer..saya syor pesakit amalkan istighfar 1000x dan selawat 1000x sebelum tidur malam bagi proses penyucian rohani moga rawatan susulan kelak dipermudahkanNya.