Pembaca Setia

Isnin, 31 Mac 2014

KISAH PAGAR RUMAH DAN RAWATAN SIHIR DI KLANG


Malam tadi Ustaz Haiqal dijemput merawat sebuah keluarga disyaki terkena sihir di Kg Delek,saya membacakan set ruqyah pembatal sihir 20 set dan diakhiri memagar rumah 4 penjuru ayatul kursi dan diakhiri azan rawatan tamat.

Sebarang rawatan pagar rumah/sihir ke tempat masing-masing untuk rawatan KL/SEL sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449.

Jumaat, 28 Mac 2014

ADUHHHH SAKITNYER....


Kali ini pengalaman merawat yang saya ingin kongsikan ialah meruqyah seorang pegawai polis pada minggu lepas yang disyaki terkena sihir di bahagian buku lali.Beliau sudah pergi ke hospital dan menjalani ujian darah tapi tidak pula disyaki terkena gout dan semua ujian berjalan lancar tiada masalah.,Apabila waktu malam menjelang tiba kaki beliau berdenyut bisa yang teramat sakit sehingga beliau kerap kali mengeluh akan ujian yang menimpa diri tersebut.Dipendekkan cerita,saya meruqyah kaki beliau dan meletakkan tapak tangan saya pada betul-betul tempat yang sakit,semasa ruqyah dibacakan kawasan yang sakit tersebut terasa semakin panas dan panas,petanda ada tindakbalas gangguan.Saya membekalkan sebotol air ruqyah untuk dibuat minum dan rendaman kaki dicampur ais selama 3 hari berturut-turut,rawatan tamat.

Ahad, 23 Mac 2014

SAKIT TULANG BELAKANG ?


Bagi kaum wanita yang sering sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal,anda mungkin terkena penyakit gangguan jin ketegori sihir pengaseh/jin asyik.

Segeralah ke pusat rawatan islam yang berdekatan untuk sesi scanning bagi sesi diagnos mengenalpasti mengesan sebarang penyakit gangguan jin.

Sabtu, 22 Mac 2014

ADAKAH JENIS JIN YANG SANGAT KUAT/SUPER GABAN


Mengikut pengalaman saya merawat hampir 7 tahun,tiada istilah jin pesakit tu kuat/gaban,bagi saya gangguan adalah gangguan juga semua sama level.

Tapi jika pesakit berkali-kali datang pusat rawatan dan masih merasuk/menendang-nendang perawat tu ada banyak faktor lain yang perlu diperhalusi,antaranya ialah..

-Pesakit ada masalah sikap negatif yang banyak
-Pesakit masih lalai dan tidak beramal
-Pesakit masih menyimpan tangkal/wafaq khurafat
-Perawat tidak membacakan al quran semasa merawat (guna kaedah lain)
-Pesakit iktikad bahawa perawat boleh sembuhkan/keluarkan jin dari dalam badan (kesalahan akidah dimana perawat hanya diberi kudrat membacakan ruqyah/sebagai pendoa sahaja)
-Perawat beriktikad mampu mengeluarkan jin dari dalam badan pesakit (kesalahan akidah seperti yang saya sebutkan diatas tadi)
-Perawat kerap menanamkan mindset negatif seperti jin itu kuat jin itu degil dan macam-macam lagi sehingga minda pesakit jadi kusut/berat/beban/hopeless.
-Perawat dan pesakit perlu akidah yang sama iaitu masing-masing berusaha/berikhtiar/bertawakal dan Allah SWT sahaja yang mampu menyembuhkannya.

Bagi pesakit yang kerap datang berubat dan masih juga tidak sembuh ataupun makin merasuk-merasuk banyak perkara perlu diperhalusi yer..saya syor pesakit amalkan istighfar 1000x dan selawat 1000x sebelum tidur malam bagi proses penyucian rohani moga rawatan susulan kelak dipermudahkanNya.

Ahad, 16 Mac 2014

AKU SUKA DIA SEBAB DIA SUKA TERMENUNG...


Tiga hari lepas saya didatang pelajar wanita Uitm dari Kolej Seroja kerana menghadapi masalah gangguan jin asyik.Beliau mengadu kerap sakit bahu,tulang belakang dan mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali serta kerap lebam dibahagian lutut.Memandangkan lagi 2 minggu mereka menghadapi final exam,secara tak langsung fokus untuk mengulangkaji pelajaran amat-amat terganggu.

Semasa dibacakan ruqyah 20 set,pelajar terbabit kerasukan dan jin berulang kali mengatakan "aku suka dia kerana dia suka termenung"...Tu alasan stereotaip jin asyik bila masuk badan wanita,pastu macam biasalah jin asyik akan kerap menyetubuhi pesakit daripada dalam badan pelajar tersebut.Saya tidak berminat untuk berdialog dengan jin asyik,lalu saya teruskan bacaan ruqyah seperti biasa sehingga pesakit tersebut muntah,rawatan tamat.



Rabu, 12 Mac 2014

RAWATAN RUQYAH DAN PAGAR RUMAH DI SHAH ALAM


Minggu lepas saya dijemput untuk memagar rumah dikawasan Shah Alam,seperti biasa saya membacakan seluruh isi rumah dengan 20 set ayat ruqyah kemudian diakhiri dengan azan serta spray 4 penjuru dengan air ruqyah dan bacaan ayatul kursi.Semuanya berjalan lancar tiada apa-apa masalah berlaku,rawatan tamat.

Jika anda inginkan perawat datang kerumah masing-masing untuk sesi ruqyah dan pagar kediaman/pejabat/kedai bagi kawasan KL/SEL,sila SMS Utz Haiqal 013-347 5449

Isnin, 10 Mac 2014

KENAPA CAWAN BEKAM BERWAP/BERAIR


-Semasa proses sedutan bekam,gas-gas patogen pun disedut keluar sekali sehingga menyebabkan cawan bekam berwap

-Patogen adalah mikroorganisma hidup/bakteria/virus yang kita dapat daripada pemakanan mahupun pernafasan dari udara sekitar

-Patogen boleh masuk dan menyerang sistem badan manusia melalui sistem paru-paru dan sistem darah manusia sehingga menyebabkan manusia lesu,imun menurun,sakit sendi,batuk-batuk dan kerap demam

-Jurubekam disyorkan memakai mask/menyapu hidung dengan myk habatus sawda supaya mengelakkan patogen masuk ke sistem paru-paru

Jumaat, 7 Mac 2014

KHIDMAT BEKAM DAN URUT SATU BADAN DI PUSAT TERAPI SYIFA MERU



InsyaAllah dalam minggu hadapan pihak kami akan memulakan khidmat di cawangan baru iaitu Pusat Terapi Syifa Meru.

Rawatan yang disediakan buat masa ini adalah khidmat urut satu badan RM50/jam dan rawatan bekam sunnah RM5/cup.

Buka 11pg-10mlm setiap hari kecuali JUMAAT.

Perawat lelaki sila SMS/WASAP Utz Adi 019-578 1099

Selasa, 4 Mac 2014

KAEDAH MANDIAN DAUN BIDARA MERAWAT PENYAKIT GANGGUAN JIN


-Cari daun bidara dalam 21 helai (kat Shah Alam boleh ambil percuma di Surau Al Munawarah Sect 13)
-Tumbuk semua daun tu dengan lesung batu hingga lumat
-Amil 1/3 daun bidara yang lumat tadi campur kat sebaldi besar air paip dan bacakan fatehah,kursi dan 3qul dengan ulangan 3x lalu tiup 10 saat
-Lakukan mandian bilasan terakhir selepas waktu asar keatas tanpa lap
-Lakukan kaedah mandian daun bidara ini 3 hari berturut-turut insyaAllah sembuh

PETANDA SIHIR PEMISAH RUMAHTANGGA


-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Dingin terhadap pasangan
-Melihat seperti wajah yang buruk terhadap pasangan
-Kerap melihat kelibat dirumah
-Terasa sering diperhatikan dari belakang
-Kerap sakit kepala/pinggang selepas waktu asar keatas tanpa sebab klinikal
-Sering mimpi ular/anjing hitam atau mimpi seram yang menakutkan
-Rumah terasa panas
-Rindu bila berjauhan panas bila berdekatan
-Kerap bertengkar hal remeh temeh




Isnin, 3 Mac 2014

PETANDA TERKENA GANGGUAN JIN ASYIK


Simptom-simptomnya...

-Sering sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal
-Kerap ditindih ketika tidur
-Kerap bermimpi melakukan hubungan kelamin dengan orang yang tak dikenali
-Kerap sakit pada kawasan rahim
-Kitaran haid terganggu
-Sering gatal-gatal kulit

Kaedah mengelakkan terkena gangguan jin asyik..

-Baca kursi dan 3 qul sebelum tidur
-Pasangkan cd ruqyah pada bilik tidur secara ulang-ulang hingga subuh
-Berwudhu
-Jangan ada Teddybear/patung/gambar hidup pada dinding dalam bilik tidur
-Memakai wangian kasturi pada sendi-sendi badan,sebaiknya yang sudah diruqyah
-Bilik tidur pastikan dalam keadaan bersih tersusun serta wangi
-Jangan berpakaian terlalu seksi ketika tidur