Pembaca Setia

Jumaat, 26 Disember 2014

PETANDA SIHIR PENGASEH


- Kerap sakit kepala selepas asar keatas
- Kerap sakit tulang belakang selepas asar keatas
- Sayang melampau pada orang yang baru dikenali
- Nafsu seks memuncak pada orang yang baru dikenali
- Angau
- Sikap berubah secara mendadak
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi
- Hubungan panas suami isteri

Jika anda mengalami salahsatu simptom diatas,sila datang ke pusat rawatan berdekatan untuk sesi scanning ataupun buat rawatan jarak jauh dengan whatsapp Muallij Ahmad 019-307 9883

Rabu, 24 Disember 2014

AKIDAH DALAM RAWATAN RUQYAH



- Perawat islam hanyalah sebagai tukang baca ayat ruqyah sahaja dan tidak lebih dari itu
- Pesakit berikhtiar ruqyah kerana ia adalah kaedah rawatan sunnah
- Perawat tidak perlu berasa kesal jika pesakit tak sembuh dan tidak boleh berasa bangga juga jika pesakit sembuh
- Sembuh atau tidak sakit sihir itu sandarkan semuanya pada Allah SWT
- Pesakit dilarang obses/taksub pada perawat yang bahawa perawat tersebut boleh sembuhkan sakit/masalah mereka
- Baik pesakit mahupun perawat kedua-duanya hanyalah sebagai makhluk Allah yang sama-sama berikhtiar dan tawakkal seiring perubatan sunnah Rasulullah SAW

Isnin, 22 Disember 2014

AYAT PENGELAK SANTAU


Bacalah ayat diatas 3x istiqomah setiap kali ingin menjamah sebarang minuman/makanan diluar rumah,insyaAllah dihindari dari terkena santau.

Rabu, 17 Disember 2014

FORMULA MENCARI KESEMBUHAN MASALAH SIHIR


-Menjalani rawatan ruqyah
-Minum air rquyah
-Mandi air ruqyah
-Al Hijamah
-Makan herba sunnah seperti kurma ajwa/madu/habbatus sawda
-Solat taubat/hajat istiqomah
-Bersedekah

Selasa, 2 Disember 2014

KAEDAH MENUMPASKAN BOMOH/AHLI SIHIR





Bila menghadapi sebarang kes sihir yang berulang-ulang,perawat boleh menumpaskan bomoh/ahli sihir dengan ayat ruqyah ulangan yang agak tinggi..


- Baca Hizib Bahar 3x (niat pada Allah SWT kuatkan rohani dan aura ruqyah)
- Al-Hasyr 21 41x (niat pada Allah SWT pecahkan perisah bomoh/sihir)
- Al-A'raf 117-122 41x (niat pada Allah SWT minta rebahkan bomoh/ahli sihir)

*Sebelum upacara serang bomoh pastikan para perawat buat zikir counter attack "waidza batoshtum-batoshtum jabbarin" 1000x terlebih dahulu untuk keselamatan diri.

Selasa, 11 November 2014

MIMPI YANG SINONIM DENGAN GANGGUAN JIN


1) Mimpi dikejar/dipatuk/dibelit ular hitam
2) Mimpi ditempat kotor
3) Mimpi jatuh ditempat tinggi
4) Mimpi menyusukan bayi/dikelilingi kanak-kanak kecil

Jika anda mengalami salahsatu mimpi diatas,sila datang ke pusat rawatan islam yang berdekatan untuk scanning gangguan jin.

Isnin, 10 November 2014

KENAPA JIN/SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA ?


Puncanya mudah sahaja,rohani yang lemah...

Untuk menguatkan rohani perlulah kita kerap membaca al quran dan zikir harian yang istiqomah,sembahyang berjemaah di masjid dan juga rajin mengamalkan solat sunat harian.

Jadi itulah santapan rohani supaya rohani makin kuat dari hari kehari dan dapat mengelakkan sebarang penyakit gangguan jin.

Khamis, 6 November 2014

KAEDAH MERAWAT BAYI KERAP MENANGIS (KENA SAKAT)


- Sediakan secawan air paip
- Bacakan yasin ayat 9 21x
- Tiup air tadi 10 saat
- Sapu muka dan ubun-ubun bayi dengan air ruqyah tadi dan bakinya spray rata-rata hala keatas pada seluruh bilik tempat tidur bayi.

Isnin, 27 Oktober 2014

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN


-Mimpi dikejar binatang hitam
-Mimpi dipatuk ular
-Sakit kepala/dada/pinggang lepas waktu asar keatas
-Kerap terjaga/tersentap dari tido
-Batuk berpanjangan
-Kerap bergaduh suami isteri hal remeh temeh
-Sayang melampau pada orang yang baru dikenali
-Ketumbuhan ganjil pada badan

Jika anda mengalami salahsatu simptom diatas sila datang ke pusat rawatan islam yang berdekatan.

Sabtu, 25 Oktober 2014

MENGAPA DARAH BEKAM MACAM JELLY




Jika kita kerap mengambil makanan yang berasid tinggi seperti sumber daging/ayam/seafood dengan kerap serta kurang pula minum air kosong,darah bekam yang keluar selalunya pekat macam jelly dan kata lainnya ia dipanggil stagnan blood.Jika darah sebegini tidk dikeluarkan dari sistem badan lama-kelamaan akan menyebabkan risiko penyakit darah tinggi/stroke/lesu dan juga penurunan sistem imun badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 21 Oktober 2014

JOM URUT BAGI MERAWAT KELESUAN BADAN DI SHAH ALAM




Bagi kaum wanita yang sering kelesuan/badan berangin,anda boleh berurut di Pusat Terapi Syifa sect 7 dengan kadar RM50/jam,sila SMS/WASAP Nott 019-285 2849 untuk temujanji yer..

Isnin, 13 Oktober 2014

BAGAIMANA NAK TINGKATKAN KEKUATAN DALAMAN PERAWAT


-Solat taubat

-Zikir istinjak (istighfar-selawat-lailahaillallah)

-Solat hajat

-Zikir yang banyak/ribuan dan istiqomah

-Permainan zikir nafas

Khamis, 9 Oktober 2014

PERKARA PENTING DALAM KESEMBUHAN PENYAKIT SIHIR



-Pesakit perlu ikhlas dirawat

-Pesakit perlu amalkan solat taubat dan zikir istinjak setiap hari

-Pesakit perlu mendapatkan rawatan ruqyah syariyyah

-Pesakit perlu kerap bersedekah

-Makan kurma ajwa 7 biji setiap pagi

-Mandi air rawatan dengan dicampur daun bidara

Isnin, 29 September 2014

KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA MAMPU MERAWAT ORGAN DALAMAN


Bagi pesakit yang menghidapi sebarang penyakit organ dalaman seperti masalah buah pinggang,jantung,pankreas,paru-paru dan macam-macam lagi.Saya syorkan anda minum sesudu pagi dan petang minyak zaitun dara istiqomah selama sebulan,insyaAllah organ dalaman anda semakin pulih/normal.

Minyak zaitun dara sebaiknya dibuka penutupnya dan dibacakan al fatehah 41x bagi meningkatkan lagi keampuhan minyak tersebut.

Minyak zaitun dara (etxra virgin olive oil) boleh didapati di hypermarket berhampiran rumah anda,minyak zaitun adalah herba sunnah anjuran Rasulullah SAW dalam mengubati sebarang pennyakit melalui kaedah sapuan atau minum/makan.

Isnin, 22 September 2014

10 TITIK ASAS BEKAM PUSAT TERAPI SYIFA





Sudah hampir 7 tahun kami warga Pusat Terapi Syifa Shah Alam membekam lebih 10000 pesakit sejak 2007,titik asas bekam kami yang kami tekankan ialah 10 titik dibahagian belakang pesakit.

Titik ini amat-amat penting kerana merangkumi titik meridian tubuh + pembuluh darah utama,kelancaran darah dikawasan kepala dan organ penting tubuh badan seperti paru-paru,jantung dan ginjal.
InsyaAllah bagi mereka yang istiqomah berbekam sebulan sekali,segala organ tubuh badan mereka sentiasa sihat dan terjaga rapi juga aliran darah keseluruh badan akan lancar dan normal.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 17 September 2014

RAWATAN TARIK BISA SANTAU GUNA DAUN SIREH DI PUNCAK ALAM

Bagi mereka yang terkena santau angin seperti terasa ada bisa berjalan seluruh badan,anda disyorkan jumpa perawat kami di Puncak Alam untuk mendapatkan rawatan tarik bisa ini.Jika diamati daun sireh diatas,terdapat seperti habuk halus/kaca yang keluar melekat pada daun sireh selepas ayat al quran tarik bisa dibacakan pada tapak tangan pesakit santau angin.

Untuk temujanji rawatan sila SMS/WASAP Utz Adi 019-578 1099 (Pusat Terapi Syifa Puncak Alam)

KAEDAH TARIK BISA DAUN SIREH



Pesakit serta daun sireh akan dibacakan ruqyah hizib terlebih dahulu kemudian barulah upacara tarik bisa santau angin dijalankan.

Bagi mereka yang ingin mencuba kaedah ini,sila TEMUJANJI dengan Utz Adi 019-578 1099 di Pusat Terapi Syifa Puncak Alam.

*Pesakit santau angin disyorkan untuk kaedah ini.

Selasa, 9 September 2014

RUGI KIRA-KIRA RM20K ANGKARA MINYAK DAGU


Akibat tidak mempunyai teman wanita seorang pemuda awal 30an rugi kira-kira RM20K akibat terbeli minyak dagu disekitar Ampang.Selepas menggunakan minyak dagu itu selama sebulan,beliau kecewa masih tidak mempunyai sebarang teman wanita juga malah bila bulan mengambang wajah beliau terasa ketat dan berkilat.Memandangkan beliau sudah melakukan solat taubat nasuha,insyaAllah dalam masa terdekat ini beliau akan ke pusat rawatan islam yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan ruqyah bagi menawarkan ilmu hitam minyak dagu tersebut.

*Penggunaan minyak dagu adalah SYIRIK disisi agama islam,pengamalnya perlulah melakukan solat taubat dan berjumpa para perawat islam berdekatan untuk terapi ruqyah syariyyah.

Selasa, 2 September 2014

JOM AMAL ZIKIR ISTINJAK



Kaedah amalannya dimulai solat taubat 2 rakaat dan disertai istighfar 100x,selawat 100x dan lailahaillallah 100x dan doanya berbunyi "diampunkan segala dosa zahir dan batin serta diampunkan dosa syirik yang disedari/tanpa disedari".Kaedah zikir istinjak ini perlu diamalkan istiqomah 44 hari berturut-turut.

Khasiat amalan ini..

- Dapat menyembuhkan pelbagai penyakit makhluk halus seperti santau/sihir/saka
- Memudahkan urusan rezeki
- Asas amalan pemula bagi pengamal ilmu hikmah
- Menyelesaikan masalah yang rumit/tergendala

Mengikut pengalaman yang lepas-lepas ramai pesakit gangguan jin telah cepat sembuh setelah mengamalkan zikir istinjak ini,dalam sepanjang beramal tersebut ada pesakit yang mengalami muntah-muntah berwarna hijau,berak-berak berwarna hijau petanda kekotoran rohani sudah mulai keluar beransur-ansur dari badan.

MERAWAT KES GILA ISIM SILAT BATIN..


Baru tadi kami merawat seorang lelaki berumur 20an yang berbadan besar terus mengamuk lalu bersilat ganas tiba-tiba apabila melangkah masuk ke pusat rawatan kami di Shah Alam.Beliau boleh dikatakan seorang yang panas baran dan juga gila isim dek kerana suka menuntut banyak silat batin sewal usia belasan tahun.Apabila niat kita menuntut ilmu kerana ingin menjadi hebat/sakti/kuat,secara tak langsung Allah SWT akan melorongkan kita pada perguruan kebatinan yang berJIN dan lambat laun akan menyebabkan kita menjadi seorang yang panas baran lalu gila isim.

Apabila pesakit mengamuk dan bersilat ganas,kami hanya membacakan ayat-ayat bius supaya pesakit mengantuk dan tertidur,apabila pesakit mulai lemah dan terbaring barulah kami membacakan ruqyah dan hizib pada air dan juga syampu bidara.Pesakit disyorkan balik kerumah lalu minum dan mandi syampu bidara selama 3 hari berturut-turut dan juga mengamalkan solat taubat dan juga zikir istinjak demi meluruskan kembali akidah yang sudah lama terpesong.Ingatlah Allah SWT itu haknya maha hebat dan kuat,jadi kita sebagai manusia kena sedar diri yang kita nie adalah hamba yang lemah disisiNya.

Ahad, 31 Ogos 2014

PETANDA TERKENA SIHIR PEMISAH


-Kerap bertengkar hal remeh temeh
-Kerap sakit pinggang tanpa sebab klinikal
-Kerap bermimpi ular hitam/jatuh tempat tinggi ketika tidur
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Dingin pada pasangan
-Rumah terasa panas
-Benci bila berdekatan dan rindu pula bila berjauhan

Bagi mereka yang mengalami simptom masalah sihir pemisah sila datang ke pusat rawatan islam berhampiran untuk terapi ruqyah ataupun boleh buat rawatan jarak jauh dengan WASAP Muallij Ahmad 019-307 9883

Isnin, 18 Ogos 2014

BERSELAWATLAH UNTUK MEMPERBAIKI KEROSAKAN ROHANI


Bagi pesakit gangguan yang sudah lama berubat tapi masih tak sembuh ataupun setiap kali berubat akan terjadi kerasukan,anda disyorkan untuk mengamalkan selawat nabi 5000x sehari.Apabila kerap terjadi kerasukan ataupun gangguan liat keluar dari badan petanda rohani kita sudah mengalami kerosakan/kebocoran yang teruk,berselawatlah dengan istiqomah untuk memperbaiki kerosakan/kebocoran rohani tersebut.

BERAPAKAH BAYARAN RUQYAH DI PUSAT RAWATAN KAMI ?


-Bayaran ruqyah untuk scanning,rawatan santau,histeria,sihir & saka adalah seikhlas hati.
-Kami juga tidak mengenakan yuran pendaftaran.
-Tiada caj tersembunyi.
-Tiada paksaan dalam pembelian sebarang produk.

Rabu, 13 Ogos 2014

KHIDMAT BEKAM KERUMAH PUNCAK ALAM



Bagi mereka yang tinggal di Puncak Alam,Alam Jaya dan Shah Alam 2 anda boleh mendapatkan khidmat bekam terus kerumah untuk wanita/suami isteri/family/VIP RM50 10cup (transport charges percuma).

Sila temujanji melalui WHATSAPP/SMS pada jurubekam Pn Mimi 017-684 5026
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 6 Ogos 2014

PETANDA TERKENA SIHIR PENGASEH


-Sikap berubah secara mendadak
-Kerap sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal
-Kerap sakit dada/kepala tanpa sebab klinikal
-Sayang melampau pada orang yang baru dikenali
-Pendiam/memencilkan diri
-Keliru
-Kerap terjaga ketika tidur malam
-Mimpi menakutkan dan dikejar binatang berwarna hitam

Bagi mereka yang mengalami salahsatu simptom diatas sila bawa pesakit ke pusat rawatan untuk terapi ruqyah menawarkan sihir pengaseh tersebut,jika pesakit tak balik rumah atau tiada kerjasama anda boleh WHATSAPP Muallij Ahmad 019-307 9883 untuk rawatan jarak jauh.

Selasa, 5 Ogos 2014

CUKA MAKAN MAMPU PULIHKAN AURA PEJABAT/PREMIS PERNIAGAAN



-Jika ruang pejabat terasa suram dan para pekerja pun semakin lesu serta sakit-sakit badan,masukkan cuka makan dalam botol spray serta bacakan kursi 7x dan spray rata-rata ruang pejabat pada waktu malam/waktu nak tutup pejabat.InsyaAllah keesokan harinya aura ruang pejabat kembali positif,wangi dan terasa segar bila waktu bekerja.

-Jika anda menjalankan perniagaan pula tak kiralah perniagaan pakaian/restoran dan sebagainya,adakalanya pelanggan sukar hendak ke premis anda akibat pelanggan tidak melihat lokasi perniagaan anda akibat aura negatif sihir pelaris dari premis perniagaan yang berdekatan ataupun kedai anda mungkin juga ditabur tanah kubur oleh mereka-mereka yang hasad dengki.Sediakan setengah baldi air paip dan juga campurkan sebotol cuka makan lalu bacakan kursi 7x,anda mop seluruh lantai dalam dan ruang hadapan kedai seminggu sekali,insyaAllah ramai pelanggan akan memasuki kedai/premis perniagaan anda semula.

-Cuka makan adalah sejenis asid lemah yang ditakuti jin dan bila unsur cuka digabungkan dengan 7x ayatul kursi,insyaAllah aura negatif sihir dapat dipulihkan dengan izinNya.

Ahad, 3 Ogos 2014

PETANDA TERKENA GANGGUAN JIN


-Kerap bermimpi ular/anjing/binatang berwarna hitam
-Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi
-Kerap bermimpi menyusukan bayi
-Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali
-Kerap terjaga ketika tidur malam
-Badan lesu/bisa-bisa
-Kerap sakit kepala/dada/pinggang/tulang belakang tanpa sebab klinikal
-Kerap bergaduh suami isteri
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Sikap berubah mendadak
-Sayang melampau pada orang yang bari dikenali
-Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal

Jika anda mengalami salahsatu simptom yang saya senaraikan diatas,segeralah berjumpa perawat islam secara berhadapan untuk sesi scanning bagi mengesahkan jenis penyakit/masalah anda.

Bagi rawatan jarak jauh pula anda boleh WHATSAPP Muallij Ahmad 019-307 9883

Ahad, 13 Julai 2014

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI



Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksin akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Ramadhan.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Selasa, 8 Julai 2014

AIR KELAPA BAHAN AMPUH MERAWAT SANTAU ANGIN


-Sediakan 2 biji kelapa muda
-Bacakan pada air kelapa al  fatehah 41x,yunus 81-82 41x dan al isra 81 41x lalu tiup 10 saat pada air kelapa tersebut dan berdoa minta Allah tawarkan racun dan batalkan sihir.
-Sebiji air kelapa tadi buat minum dan sebiji lagi campur setengah baldi air paip untuk dibuat mandian selepas waktu asar.
-Lakukan kaedah diatas 7 hari berturut-turut,insyaAllah gangguan santau angin berkurangan.
-Sihir santau angin adalah sejenis sihir puja tahap tinggi dimana ahli sihir pasti mempunyai perisai kuat untuk melindungi bahan puja tersebut.
-Ayat ruqyah perlulah dibaca dengan ulangan yang agak tinggi.

Rabu, 2 Julai 2014

KERASUKAN KETIKA SEDANG MEMANDU


Empat hari lepas saya menerima panggilan kecemasan dari seorang pesakit yang sedang separa kerasukan ketika sedang memandu,lalu beliau berhenti ditepi jalan kerana sukar memandu dek gangguan jin tersebut.Pesakit ini sudah lama terkena sihir lebih kurang 6 tahun lamanya,baru-baru ini beliau baru menerima rawatan di pusat rawatan kami setelah 2 tahun tidak pernah berjumpa mana-mana perawat islam untuk berubat.Kebetulan semasa dipejabat beliau merasakan ada terasa gangguan ingin masuk dalam badan beliau,lalu beliau wiridkan "innallahasayubtiluh" ulang-ulang untuk niat menyerang jin pengganggu dan penyihir,jadi sudah tentu penyihir marah dan melipatkali gandakan sihir sehingga tengah memandu pun boleh kerasukan.Moral of the story dari kisah ini zikir yang paling afdhal dibaca ketika sedang dilanda gangguan jin ialah tasbih yunus dan selawat supaya roh kita menjadi kuat dalam  menanganiu gangguan dan bukannya "innallahasayubtiluh" kerana ayat tersebut bersifat menyerang.

Isnin, 30 Jun 2014

KHIDMAT BEKAM KERUMAH KL/SEL 20CUP RM100 TRANSPORT CHARGES FREE



Bagi kaum wanita/suami isteri/family yang ingin berbekam di rumah masing-masing untuk kawasan KL/SEL sila SMS/WASAP Shahira 019-451 2568,caj bekam minimum kami 20cup RM100,bilangan cup bekam boleh dikongsi untuk 2-3 orang yang penting minimum 20cup yer...

BERBEKAM DISIANG HARI TIDAK MEMBATALKAN PUASA


Bulan puasa ini pusat rawatan beroperasi seperti biasa,berbekam disiang hari insyaAllah tidak membatalkan puasa.

Rabu, 11 Jun 2014

MERAWAT SIHIR BERAT 7 LAPIS


-Pesakit menderita santau angin selama 4 tahun dan sudah merata-rata berubat
-Pesakit seorang usahawan berjaya dan juga CEO pada banyak syarikat
-Motif dengki khianat
-Kes sihir ini melibatkan ramai tok bomoh dan berlapis-lapis pendinding sihir
-Pesakit merasa gatal-gatal badan,muka hitam terbakar dan terasa macam merenyam seluruh bahagian kulit setiap masa
-Pesakit diberi amalan zikir istinjak,hizib bahar dan al falaq 170x sehari untuk proses memecahkan dinding/ikatan sihir
-Perawat menggunakan ruqyah panjang dan hizib serta zikir tarik bisa guna daun sirih
-Seorang tok bomoh maut dengan izinNya kaedah senjata faqir (dah sampai ajal)
-Bagi mereka yang sudah menderita sihir santau angin yang lama sila hubungi Utz Aswat 017-209 2307 dan bawa 7 helai daun sirih yer..



SET UBAT BATIN RM50 POSLAJU KETEMPAT ANDA (POSTAGE PERCUMA)



-Sebotol kapsul tunjuk langit mengandungi 30 kapsul,makan 2 biji pagi dan petang tiap-tiap hari hingga habis.

-Sebotol Minyak Dhob untuk disapu seluruh alat sulit sebelum tidur malam tiap-tiap hari hingga habis.

-Ubatan ini berkhasiat merawat masalah tenaga batin lelaki seperti kurang ereksi,kurang nafsu dan pancut awal.

-Untuk pembelian sila bank in RM50 CIMB 12700006334522/MAYBANK 164164870421 Ahmad kemudian SMS ke 019-307 9883 tarikh bank in,nama dan alamat.

Khamis, 5 Jun 2014

MUSIM BAYI MERAGAM


Semenjak akhir-akhir ini ramai ibu bapa datang membawa bayi mereka ke Pusat Rawatan kerana bayi mereka kerap menangis/meragam bila waktu malam.

Datanglah bawa bayi anda kemana-mana cawangan Pusat Rawatan kami yang terdekat,insyaAllah pendekatan terbaik adalah rawatan terapi ruqyah dan juga terapi kasturi hitam akan kami gunakan pada bayi anda dalam menangani kes sebegini.

Khamis, 22 Mei 2014

PERAWAT PERLU KEKALKAN BIO-ENERGI DITAHAP MAKSIMA SETIAP HARI


Bagi perawat berhadapan/jarak jauh kefahaman tentang bio-energi amat-amat penting.Ia adalah untuk memastikan DOS ruqyah yang kita berikan pada pesakit mencukupi dan pesakit pun rasa puas hati selepas diruqyah.Bila bio-energi kita maksima,pesakit gangguan akan muntah ataupun terasa sesuatu keluar dari kaki,badan pun akan rasa kurang sakit dan ringan juga.

Bio-energi ini atau kata lain dipanggi AURA akan semakin kuat dan tebal apabila kita bacakan set ruqyah kepada pesakit,adakalanya pesakit yang tiada gangguan pun akan terasa bahang akibat AURA/BIO-ENERGI kita yang berada ditahap maksima.

Untuk memastikan BIO-ENERGI/AURA perawat ditahap maksima,pastikan anda istiqomah beramal zikir ALLAH 5000x sehari sehingga anda terasa aura keluar dari tapak kaki jika istiqomah mengamalkannya dalam masa sebulan.Bila anda terasa seperti bahang/angin keluar dari tapak kaki ketika berzikir,petanda anda sudah mendapat lebihan aura/bio-energi,maka anda boleh berehat beramal dalam masa 2 hari kerana BIO-ENERGI/AURA anda sudah ditahap maksima.

Rabu, 21 Mei 2014

JOM MAKAN KAPSUL ZAITUN SEBAGAI SUNNAH..



-Merawat/mencegah sebarang penyakit kanser
-Menjaga organ dalaman badan dari terkena penyakit kritikal
-Menurunkan kolestrol dan mencegah osteoporosis
-Anti radang dan merawat segala penyakit radang sendi/artritis
-Mencegah penyakit jantung dan menjaga organ jantung
-Meningkatkan sistem imun badan

Boleh didapati di Pusat Terapi Syifa sekotak RM15 (30kapsul) makan 1 kapsul sebelum tidur malam sebagai amalan sunnah yang berterusan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Selasa, 20 Mei 2014

AMALAN MAKAN KURMA MENINGKATKAN IMUN BADAN


Bagi mereka yang mengalami masalah imun atau lemahnya antibodi badan,sila amalkan memakan 7 biji kurma sejam sebelum sarapan pagi yer.InsyaAllah badan semakin bertenaga,imun semakin meningkat serta membunuh kuman dalam badan juga mendapa pahala kerana mengamalkan sunnah pemakanan Rasulullah SAW.

Kurma boleh didapati di Pusat Terapi Syifa Shah Alam sekotak hanya RM15 sahaja.

Rabu, 14 Mei 2014

MERAWAT PESAKIT SIHIR ISTIHADAH DARI PUCHONG


Seminggu yang lepas kami didatangi suami isteri dari Puchong mengadu mengenai haid tidak berhenti sudah 3 bulan lamanya.Haid seorang wanita normal selalunya bawah 15 hari,jika melebihi 15 hari haid dinamakan istihadah dimana kebanyakannnya ada campurlibat jin dalam rahim mereka.
 Dipendekkan cerita saya meruqyah pesakit tersebut dengan 20 set ayat ruqyah dan kami membekalkan sebotol syampu bidara untuk dibuat mandian dan sebotol air ruqyah untuk dijadikan minum bersama 2 sudu madu.Dua hari lepas pesakit datang lagi untuk rawatan susulan,pesakit memberitahu darah haid yang turun sekarang sudah mula berkurangan berbanding sebelum rawatan,alhamdulillah ada sedikit kemajuan,pesakit syor terus mengamalkan kurma dan madu setiap pagi sejam sebelum sarapan untuk merawat segala masalah berkaitan anggota rahim.

Selasa, 6 Mei 2014

ALATAN NYAHKUMAN BAGI KERJAYA JURUBEKAM











1) Dettol Spray-Boleh didapati di Guardian untuk disembur pada bilik bekam selepas proses berbekam bagi nyahkuman pada ruang udara bilik rawatan bekam.

2) Dettol Hand Soap-Boleh didapati di Guardian untuk proses cucian/steril cawan bekam dan juga membasuh tangan selepas sesi membekam pelanggan/pesakit.

3) Dettol Wet Tissue-Boleh didapati di Guardian untuk lap/steril pada kawasan badan yang sudah dibekam.

4) UV Sterilizer-Boleh didapati di MagicBoo untuk kegunaan steril cawan dan juga pen bekam.