Pembaca Setia

Selasa, 22 Oktober 2013

DUA JIN BERJAYA DI ISLAMKAN...


Kisah ini berlaku minggu lepas dimana ada seorang wanita datang berubat sihir pada waktu tengahari.Ketika dibacakan ruqyah wanita tersebut agresif dan bersilat serta melakukan aksi-aksi jurus untuk menyerang perawat.Rawatan ruqyah mengambil masa 45min dan kami tidak melayan sebarang dialog jin pengganggu tersebut,kemudian kami tamatkan rawatan kerana wanita ingin menyambung semula tugasnya setelah habis lunch time.

Selepas waktu kerja kira-kira 6 petang,wanita datang kembali ke pusat rawatan untuk menyambung semula sesi ruqyah,sesi ruqyah dimulakan seperti biasa.Setelah 30min dibacakan ruqyah,jin pengganggu tidak agresif lagi dan jin pengganggu rela hati untuk di islamkan kerana sudah tidak tahan lagi berdamping dengan bomoh,jin mendakwa amalan bomoh tersebut tidak lagi kuat dan ampuh seperti dulu,jin pengganggu merasa terlalu letih dan ingin insaf dan berazam mendalami agama islam.Memandangkan ada 2 beranak jin dalam badan pesakit,maka dengan izin Allah SWT keduanya rela hati memeluk agama islam,setelah saya azan jin dua beranak tersebut keluar melalui mulut pesakit.Pesakit terus sedar dan merasa badan teramat ringan sekali,perawat hanya berikhtiar dan Allah SWT jugalah penyembuh segalaNya.