Pembaca Setia

Khamis, 31 Oktober 2013

ADAKAH PREMIS PERNIAGAAN/KEDIAMAN ANDA BERMASALAH ?


-Rumah kerap mendengar bunyi guli jatuh atas lantai.
-Bunyi orang mengalihkan perabot.
-Suhu sentiasa panas.
-Pemandangan yang suram
-Orang kerap mengadu tidak melihat kedai anda.
-Bau najis/busuk pada premis perniagaan.
-Prestasi perniagaan merosot teruk secara tiba-tiba.
-Badan kerap lesu dan tidak bersemengat bila dikedai.

Untuk mengatasinya,anda sediakan air mineral 5 liter buka penutupnya,baca Al Fatehah 1x dan Kursi 21x lalu tiup air tersebut.

Kemudian ambil air tu untuk buat spray seluruh bilik,ruang tamu,dapur,ruang perniagaan luar dan dalam,dan juga air tadi buat mop lantai juga.

Kaedah ini dilakukan semala 3 hari berturut,insyaAllah rumah anda aman dari sebarang gangguan dan premis perniagaan anda pulih seperti biasa semula.

Isnin, 28 Oktober 2013

KAEDAH MERAWAT PENYAKIT KLINIKAL/MASALAH ORGAN (DIY)


Bagi individu yang mengalami sebarang penyakit klinikal seperti gastrik,sembelit ataupun sebarang masalah organ dalaman seperti masalah buah pinggang,jantung dan sebagainya.

Anda disyorkan untuk minum sesudu pagi dan petang minyak zaitun dara yang sudah dibacakan ruqyah yer,dalam masa sebulan anda akan merasai sendiri perubahannya.

-Beli sebotol minyak zaitun dara di hypermarket berdekatan seperti giant/tesco/mydin.
-Buka penutupnya dan bacakan Al Fatehah 41x lalu tiup 10 saat.
-Setiap kali minum lazimkan membaca terlebih dahulu bismillah dan selawat.
-Jika anda sukar minum secara terus kerana geli atau sebagainya,anda boleh renjiskan pada salad lalu dimakan salad tersebut.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati" (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Jumaat, 25 Oktober 2013

BEKAM KEPALA BAGUS DALAM MERAWAT STROKE..


Bagi pesakit yang mengalami stroke/angin ahmar anda disyorkan berbekam dikawasan kepala dan juga anggota badan yang lemah 2 minggu sekali,insyaAllah anda akan merasa saraf anda kembali berfungsi semula.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 22 Oktober 2013

BAKAL PENGANTIN DISYORKAN URUT BATIN...


Bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga,anda disyorkan berurut batin terlebih dahulu,waktu disyorkan ialah 2 minggu awal sebelum tarikh nikah.

Khasiat urutan batin ialah :-

-Dapat berdayung lebih lama
-Ereksi zakar lebih mantap
-Zakar kelihatan besar/tegap ketika ereksi
-Meningkatkan keyakinan diri mengharungi malam pertama

DUA JIN BERJAYA DI ISLAMKAN...


Kisah ini berlaku minggu lepas dimana ada seorang wanita datang berubat sihir pada waktu tengahari.Ketika dibacakan ruqyah wanita tersebut agresif dan bersilat serta melakukan aksi-aksi jurus untuk menyerang perawat.Rawatan ruqyah mengambil masa 45min dan kami tidak melayan sebarang dialog jin pengganggu tersebut,kemudian kami tamatkan rawatan kerana wanita ingin menyambung semula tugasnya setelah habis lunch time.

Selepas waktu kerja kira-kira 6 petang,wanita datang kembali ke pusat rawatan untuk menyambung semula sesi ruqyah,sesi ruqyah dimulakan seperti biasa.Setelah 30min dibacakan ruqyah,jin pengganggu tidak agresif lagi dan jin pengganggu rela hati untuk di islamkan kerana sudah tidak tahan lagi berdamping dengan bomoh,jin mendakwa amalan bomoh tersebut tidak lagi kuat dan ampuh seperti dulu,jin pengganggu merasa terlalu letih dan ingin insaf dan berazam mendalami agama islam.Memandangkan ada 2 beranak jin dalam badan pesakit,maka dengan izin Allah SWT keduanya rela hati memeluk agama islam,setelah saya azan jin dua beranak tersebut keluar melalui mulut pesakit.Pesakit terus sedar dan merasa badan teramat ringan sekali,perawat hanya berikhtiar dan Allah SWT jugalah penyembuh segalaNya.

Sabtu, 19 Oktober 2013

DAPAT BARANG PERCUMA BEKAM WANITA DI SHAH ALAM


Bagi kaum wanita yang berbekam di Shah Alam,anda akan dapat barang percuma Toner Aura Seri iaitu semburan wajah sebelum tidur malam bagi menaikkan seri wajah,menghilangkan wajah kusam dan merawat gatal-gatal muka.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 16 Oktober 2013

DAH MAKAN DAGING BANYAK,JOMLER BERBEKAM..


Dimusim raya korban kebanyakan orang islam di Malaysia akan memakan daging lembu dengan kuantiti yang tinggi dan kerap dalam seminggu ini sempena banyak lembu disembelih pada hari raya korban.Sedikit sebanyak kolestrol dan tekanan darah agak tinggi sedikit dari biasa,untuk menstabilkan semula anda disyorkan menjalani rawatan bekam yer..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 11 Oktober 2013

KHASIAT BEKAM MENINGKATKAN SISTEM IMUN


Bagi mereka yang istiqomah berbekam sebulan sekali,insyaAllah sistem imun badan mereka tinggi dimana penghasilan T dihasilkan dengan banyak,jadi sistem badan mudah melawan sebarang penyakit.Petanda imun lemah ialah kita mudah diserang batuk,selsema,demam dan alergi makanan laut dengan kerap.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 7 Oktober 2013

MASALAH JODOH ?


Bagi kaum wanita yang bermasalah dengan jodoh,anda disyorkan menjalani rawatan aura seri dengan pihak kami.Kaedahnya ialah pelanggan perlu bawa 9 kuntum bunga rose dan 9 biji limau nipis.Bunya rose boleh dibeli di Kompleks PKNS Shah Alam.

-Pelanggan akan dibacakan al-quran ayatul syifa dan seri wajah
-Pelanggan akan lakukan kaedah minum dan mandian bahan-bahan aura seri tadi dirumah selama 3 hari berturut.
-Kaedah terapi ini juga menawarkan segala sihir pelalau/saka dalam badan,membuang energi negatif dari badan serta menaikkan seri wajah.

DOA KETIKA BERBEKAM



-A'uzubillah...rojim 1x
-Bismillah.. 1x
-Selawat 1x
-Bismillahillahzi layadhurru..alim 3x

InsyaAllah jurubekam/pesakit dihindari dari sebarang tindakbalas gangguan..

PETANDA RACUN SANTAU BANYAK DALAM SALURAN DARAH


Bagi mereka yang terkena santau,selalunya kuku dan urat bawah lidah akan berwarna biru/ungu dimana petanda kuantiti racun agak tinggi dalam saluran darah.

Pesakit minum 2biji kelapa sehari iaitu pagi sebiji dan petang sebiji,sebelum tu air kelapa dibacakan Bismillah 5 11x terlebih dahulu.Kaedah ini adalah kaedah utama supaya pesakit muntahkan racun santau keluar dari mulut serta meneutralkan racun dalam dalah dan mencuci buah pinggang.

Pesakit perlu berbekam seminggu 1x sebanyak 3x sesi pada sendi-sendi badan baki mengeluarkan saki baki racun santau.

Jumaat, 4 Oktober 2013

WANITA YANG SEDANG UZUR MUDAH DISERANG GANGGUAN


Bagi wanita yang sedang uzur anda berisiko untuk diserang gangguan kerana kondisi badan pada waktu itu agak lemah dan emosi pula tak stabil.Jadi bagi mereka yang sedang uzur dan mengelakkan dari terkena gangguan haruslah istiqomah mengamalkan zikir diatas 100x pagi dan 100x petang.

Selasa, 1 Oktober 2013

RAWATAN YANG MENYEMBUHKAN ASMA


Bagi mereka yang mengidap asma/lelah anda disyorkan berbekam didada seminggu sekali sehingga 3x sesi serta makan kapsul habbatus sawda 1biji pagi dan 1biji petang,insyaAllah asma anda akan pulih dalam masa 2bulan,jika anda tak percaya anda cuba ler formula tu yer..

Bekam Dada + Habbatus Sawda = Pulihkan Asma

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


KAEDAH MENCEGAH TERKENA SANTAU



Ikut pengalaman yang lepas-lepas,hujung tahun dalam bulan November dan Disember adalah waktu santau banyak dilepaskan diserata tempat,jadi ramailer yang mengalami batuk dan gatal-gatal tekak serta sakit dada masa tu.

Untuk mengelakkan dari terkena santau,anda perlu amalkan membaca ayat diatas 3x sebelum menjamah sebarang minuman/makanan baik didalam ataupun luar rumah.

Doa diatas adalah amalan istiqomah Rasulullah SAW dimana beliau membacanya 3x pagi dan 3x petang.

Bagi orang yang berniaga perlu amalkan secara istiqomah yer supaya anda tidak dilanda sebarang kerugian ketika berniaga.