Pembaca Setia

Jumaat, 27 September 2013

SANTAU OH SANTAU


Petanda terkena santau..

-Kerap mimpi benda-benda tajam/kotor/bahaya
-Dada kerap sakit/menyucuk
-Gatal-gatal badan/tekak
-Batuk berpanjangan
-Bingung/bodoh
-Muntah darah
-Badan panas ketika lepas maghrib
-Cepat penat/semput
-Kelesuan

Cara merawat sendiri dengan kaedah sunnah ialah makan 7biji kurma ajwa setiap pagi selama seminggu dan minum 2sudu madu asli 3x sehari iaitu pagi,petang dan malam sehingga sembuh.

Bagi penggemar kaedah tradisional pula minum air kepala 3 biji sehari pada pagi,petang dan malam,setiap biji kelapa perlu dicampurkan 7 butir beras yang telah ditumbuk lumat.

Hindari makanan/minuman yang anda unsur cuka,limau,pedas,nenas dan juga rebung selama sebulan.

Cara nak mengelak santau pastikan baca "Bismillahillazi layadhurru....alim"  3x setiap kali ingin minum/menjamah makanan terutamanya di gerai/restoran.

Jaga lidah anda dari berkata-kata perkataan yang mengguris hati sesama manusia,kerana lidah badan boleh binasa.Jadilah orang yang rendah diri dan hormat-menghormati dikalangan masyarakat.Selalunya kalau kita ada kedudukan tinggi dalam sesuatu pertubuhan ataupun hierarki maasyarakat,ramai orang akan mencuba/test power kita baik sesama ahli pertubuhan mahupun orang luar.