Pembaca Setia

Isnin, 30 September 2013

ADAKAH ANDA TERKENA SAKA ?


Simptom-simptom terkena gangguan saka..

-Kerap bermimpi menyusukan bayi
-Kerap bermimpi rumah lama
-Kerap sakit kepala setiap masa
-Badan kelesuan berpanjangan
-Kerap tidur disiang hari dan berjaga sepanjang malam
-Kuat makan tapi badan masih kurus juga
-Boleh mengurut/mengubat/bersilat belajar melalui mimpi


SUHU BILIK RAWATAN BEKAM SEBAIKNYA SUAM/PANAS


Bilik untuk rawatan bekam hendaklah tidak sejuk dan suhu yang dianjurkan adalah suam/panas kerana ia akan memudahkan proses pengaliran darah kotor keluar melalui badan.

BEKAM JUGA MENCEGAH PENYAKIT LEMAH SYAHWAT


Bagi kaum lelaki yangb istiqomah berbekam dikawasan pinggang,insyaAllah anda dihindari dari sebarang masalah lemah syahwat dan sakit pinggang,selain itu pengambilan Habbatus Sawda perlu diambil setiap hari secara berterusan.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Ahad, 29 September 2013

RAWAT KELESUAN DENGAN BERBEKAM


Bagi mereka yang sering kelesuan dan tidak bermaya akibat kesan bekerja dan sebagainya,anda disyorkan menjalani rawatan bekam 10cup dibahagian belakang badan,insyaAllah segala angin-angin akan disedut keluar bersama toksin/toksid daripada aliran darah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 27 September 2013

SANTAU OH SANTAU


Petanda terkena santau..

-Kerap mimpi benda-benda tajam/kotor/bahaya
-Dada kerap sakit/menyucuk
-Gatal-gatal badan/tekak
-Batuk berpanjangan
-Bingung/bodoh
-Muntah darah
-Badan panas ketika lepas maghrib
-Cepat penat/semput
-Kelesuan

Cara merawat sendiri dengan kaedah sunnah ialah makan 7biji kurma ajwa setiap pagi selama seminggu dan minum 2sudu madu asli 3x sehari iaitu pagi,petang dan malam sehingga sembuh.

Bagi penggemar kaedah tradisional pula minum air kepala 3 biji sehari pada pagi,petang dan malam,setiap biji kelapa perlu dicampurkan 7 butir beras yang telah ditumbuk lumat.

Hindari makanan/minuman yang anda unsur cuka,limau,pedas,nenas dan juga rebung selama sebulan.

Cara nak mengelak santau pastikan baca "Bismillahillazi layadhurru....alim"  3x setiap kali ingin minum/menjamah makanan terutamanya di gerai/restoran.

Jaga lidah anda dari berkata-kata perkataan yang mengguris hati sesama manusia,kerana lidah badan boleh binasa.Jadilah orang yang rendah diri dan hormat-menghormati dikalangan masyarakat.Selalunya kalau kita ada kedudukan tinggi dalam sesuatu pertubuhan ataupun hierarki maasyarakat,ramai orang akan mencuba/test power kita baik sesama ahli pertubuhan mahupun orang luar.

BANYAK KHASIAT RAWATAN AURA SERI NIE..

Rawatan aura seri adalah kaedah terapi al quran dengan menggunakan ayat-ayat seri wajah tertentu disamping ayat pembatal sihir beserta bahan-bahan bunga,limau nipis dan air.Pelanggan akan diterapi secara berhadapan dan bila balik dirumah pelanggan akan minum dan mandi air doa beserta limau dan juga bunga ros selama 3 hari berturut.


-Pelanggan kena bawa 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga ros (beli di kompleks PKNS shah alam)
-Jika anda santau pelanggan akan munta bila dibacakan ruqyah
-Badan akan jadi ringan dan tidak lesu lagi setelah mandian aura seri
-Jika ada saka dalam badan kita mungkin akan menangis/sedih bila dibacakan ruqyah
-Wajah tidak kusam lagi
-Wajah akan berseri
-Meringankan masalah jodoh
-Mudah dalam mencari pekerjaan/lancar perniagaan

Sebotol TONER AURA SERI akan diberikan percuma..

BERBEKAM MENYEMBUHKAN MASALAH ALERGI MAKAN


Bagi mereka yang alergi makan makanan laut/daging,anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah selepas 3 sesi bekam sistem imun anda kembali normal dan kulit anda tidak gatal-gatal lagi bila menjamah makanan laut.Untuk info punca masalah alergi makan ini adalah berpunca daripada sistem imun yang menurun/bermasalah akibat toksid/toksin yang tinggi dalam sistem darah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 25 September 2013

BEKAM TULANG BELAKANG BAGI MENGURANGKAN SAKIT SLIPPED DISC


Bagi mereka yang mengalami sakit tulang belakang ataupun slipped disc,anda disyorkan berbekam sepanjang tulang belakang dalam 10cup,insyaAllah kesakitan tulang belakang anda beransur kurang.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BALA AKAN MENIMPA JIKA TAK ENDAHKAN BEKAM SUNNAH..



Mengapa orang melayu bila umur 40an kerap mendapat penyakit 3 serangkai seperti darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.Sebab pertama ialah sistem pemakanan orang melayu yang banyak mengandungi unsur gula dan lemak.Sebab kedua pula ialah gaya hidup orang melayu yang tidak suka bersenam berbanding orang barat yang menganggap senaman adalah perkara yang serius.Sebab ketiga pula ialah sikap orang melayu yang kurang mengambil berat tentang perubatan sunnah lalu mendapat BALA,bekam adalah satu kaedah perubatan sunnah muakkad ataupun sunnah yang sangat dituntut.Rasulullah SAW yang maksum pun istiqomah mengamalkan bekam sebulan sekali,itulah rahsia kesihatan Rasulullah SAW yang tidak pernah sakit sehinggalah beliau wafat pada umur 63 tahun.Adakah kita ini tergolong dikalangan orang yang maksum sehingga mengambil remeh hal ehwal rawatan bekam sunnah ? Fikirkan sejenak..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 24 September 2013

PETUA TAHAN LAMA BERDAYUNG


-Setiap kali bangun pagi,asahkan bahagian bawah kepala zakar anda pada tumit kaki selama 2 minit.
-Berpantang minuman berais atau dari petis ais.
-Kawal pernafasan ketika berdayung dan pastikan nafas sekata dan tidak termengah-mengah.

BEKAM MERAWAT MASALAH SAKIT LUTUT


Bagi mereka yang mengalami masalah kerap sakit lutut,anda disyorkan berbekam dikawasan tempurung lutut sebulan sekali,insyaAllah sakit lutut anda akan berkurangan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 23 September 2013

AL ISRA 81 BACA ULANG-ULANG BAGI KES SIHIR PUJA


Bagi kes sihir puja (sihir tahap tinggi) perawat perlulah meruqyah dengan ulangan yang tinggi ayat al isra 81 dalam lingkungan 77x supaya alat puja/patung/ikatan yang digunakan bomoh pecah/terbuka,insyaAllah.

Ahad, 22 September 2013

KES SAKA PASTIKAN PESAKIT BACA IKRAR PEMUTUS SEBELUM RUQYAH




Bagi kes-kes saka,pesakit perlulah baca ikrar pemutus saka terlebih dahulu sebelum ruqyah dijalankan supaya jin saka sedih dan sedar lalu meninggalkan tubuh pesakit.

 Ikrarnya ialah...

"Sesungguhnya mulai saat ini aku ingin memutuskan segala perjanjian/ikatan saka dalam diriku,pergilah kau wahai jin ke alam kamu dan bertaubatlah kamu pada Allah SWT dengan berkat ayat ....(baca ayat seperti gambar diatas)"

Selalunya semasa membaca ayat ikrar ini,pesakit akan terketar-ketar dan mulai sedih/menangis hasil tindakbalas jin saka dalam badan pesakit.

 

RAWAT SENGGUGUT DENGAN BERBEKAM


Bagi kaum wanita yang sering mengalami masalah senggugut ketika haid,anda disyorkan berbekam sebulan dikawasan bawah pusat,pinggul serta pinggang bagi melancarkan darah pada organ peranakan wanita,insyaAllah sembuh.

Untuk rawatan sila SMS sejam awal sebelum datang ke 019-307 9883 Muallij Ahmad

Sabtu, 21 September 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh tarikh sunnahnya ialah 17,19 dan 21 zulkaedah,dimana jika berbekam pada tarikh tu darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Jumaat, 20 September 2013

JANGAN BIARKAN TEKANAN DARAH TINGGI BERLARUTAN...


Bagi pengidap penyakit darah tinggi anda disyorkan berbekam dikawasan tengkuk dan belakang badan istiqomah sebulan sekali,insyaAllah tekanan darah anda kembali stabil.

Tekanan darah tinggi kalau dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan strok,serangan jantung dan kerosakan buah pinggang,cegahlah sebelum terlambat yer..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MATA BERKELIP LAJU PETANDA KERASUKAN


Semasa sesi ruqyah sedang dijalankan terhadap pesakit,perawat perlu perhati kelopak mata pesakit,jika kerdipan semakin laju petanda pesakit akan mula merasuk,perawat perlu ler sediakan bantal,selimut dan sebagainya,kemudian barulah dakwah + seksa jin pengganggu sampai depa surrender yer..

Rabu, 18 September 2013

LAGI KUAT DAN PANJANG BACAAN RUQYAH = DOS MAKSIMUM


Jika perawat menggunakan kaedah bacaan ruqyah yang lantang ditambah dengan bacaan yang panjang,kesan rawatan pada pesakit agak maksimum berbanding set bacaan yang pendek dan suara perawat yang lemah/kurang kedengaran.

RAWATAN RUQYAH TIDAK SESUAI RAWAT SECARA BERAMAI-RAMAI


Kebanyakan maklum balas daripada ramai pesakit,pesakit agak selesa dirawat secara individu daripada rawatan beramai-ramai.Ini kerana privacy pesakit perlu dijaga juga,sebab dalam ramai-ramai pesakit ini ada yang terdiri dari golongan profesional/artis/peguam/doktor dan sebagainya,jadi tak syok ler bila dalam keadaan merasuk jika aktiviti ruqyah dalam keadaan beramai-ramai..Rawatan ruqyah sama macam rawatan doktor di klinik juga,mereka akan attend pesakit secara individu dan berikan ruang privacy dalam rawatan pesakit mereka.

Isnin, 16 September 2013

CARA SHORTCUT UNTUK TINGKATKAN ENERGI RUQYAH PERAWAT


Para perawat perlu baca Hizib Bahar 3x sekaligus dalam sehari,para perawat akan rasa sendiri tapak tangan anda panas membahang,petanda energi ruqyah anda sudah mantap dan bersiap sedia berperang dengan energi sihir.Bila melakukan kaedah ruqyah sentuhan,mudahler jin-jin pengganggu surrender...


Kalau energi perawat tak mantap/kuat,bila merawat satu kes gangguan pun perawat tersebut akan mula rasa letih lesu dan gatal-gatal badan,apalagi kalau merawat 5-6 kes pesakit gangguan sehari tentu merbahaya bukan..

KERAP BERBEKAM SISTEM IMUN AKAN JADI MAKSIMUM..


Bagi anda diluarsana istiqomahler berbekam sebulan sekali yer,setiap kali tusukan jarum bekam menembusi kulit anda,maka makin banyakler sel darah putih tersebar sekaligus meningkatkan sistem imun dalam badan kita ketahap maksimum.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AYAT MENANGANI KERASUKAN GANAS



Apabila merawat kes kerasukan yang ganas dan agresif,perawat islam akan letih dan sukar untuk melafazkan ayat ruqyah sebab nafas pun dah semput untuk memegang tubuh pesakit,jadi disyorkan membaca ayat pasak dalam 21x sebelum membaca set ruqyah supaya pesakit yang kerasukan menjadi kaku sedikit dan tidak liar.

Baca ayat dibawah ini sebagai ayat untuk pasak jin,perawat islam disyorkan menjazamkan ayat ini 313x dahulu sebelum mula beramal ayat ini..

قُلۡ كُونُواْ حِجَارَةً أَوۡ حَدِيدًا 
Katakanlah (wahai Muhammad),jadilah kamu batu atau besi (Al-Isra 50)

Ahad, 15 September 2013

HATI-HATI BILA ADA ORANG MENEPUK BADAN ANDA..


Anda diluarsana perlu berhati-hati bila ada kawan-kawan atau orang yang baru dikenali menepuk badan anda,kaedah menepuk adalah salahsatu cara untuk memasukkan jin/pukau kedalam tubuh seseorang.

BAGAIMANA NAK HILANGKAN WAJAH KUSAM..


Wajah kusam terjadi jika pengaliran darah dikawasan muka dan tengkuk tidak berjalan lancar dan banyak kotoran toksid,anda disyorkan berbekam seminggu sekali dikawasan muka dan tengkuk,insyaAllah wajah berseri kembali..

APA ITU RAWATAN AURA SERI..


-Kaedah terapi al quran yang dibacakan pada pelanggan,air,bunga dan limau nipis
-Untuk membangkitkan aura daya penarik,pengasehan,meringankan jodoh dan merawat gangguan jin
-Menghilangkan wajah kusam dan menaikkan seri wajah
-Pelanggan akan minum dan mandi air serta bahan-bahan yang telah diterapi di rumah selama 7 hari berturut-turut
-Pelanggan perlu beramal surah yusuf ayat 4 dengan istiqomah bagi memaksimumkan aura pengasehan diri
-Pelanggan perlu bawa sebotol air mineral,9 kuntum bunga rose dan 9 biji limau nipis

Sabtu, 14 September 2013

ENERGI AYAT RUQYAH PERAWAT PERLU KUAT/MANTAP



Bagaimana nak tingkatkan energi ayat ruqyah bagi para perawat islam...

-Setiap ayat ruqyah perlu dijazamkan sekali seumur hidup dengan membaca setiap ayat ulangan 313x
-Ayat ruqyah perlu diamalkan tiap-tiap lepas solat

Bila perkara-perkara diatas anda selesai/istiqomah lakukan,insyaAllah akan dipermudahkan ketika meruqyah pesakit gangguan jin...

HARI MALAYSIA KAMI BUKA SEPERTI BIASA


Jumaat, 13 September 2013

MIMPI PETANDA TERKENA SIHIR YANG KUAT


-Mimpi singa
-Mimpi ular hitam yang banyak
-Mimpi benda-benda tajam
-Mimpi ular hitam yang besar macam Anaconda
-Mimpi dibawa perkampungan orang asli
-Mimpi katak yang banyak

Mimpi-mimpi diatas adalah simptom-simptom sihir tahap tinggi,pesakit perlu istiqomah berubat dengan kaedah ruqyah seminggu sekali sehingga benar-benar sembuh.

MARI BERAMAL AYAT 5 (AYAT PERANG)

Ayat Lima ialah ayat yang diambil daripada lima surah dalam al-Quran. Setiap satu daripada Ayat Lima itu terdapat 10 huruf ‘Qaf’ (kaf besar) menyebabkan Ayat Lima juga boleh dikenali dengan ayat 50 Qaf.
Ayat 5 bagus diamalkan oleh perawat islam 3x sehari dan ia boleh dijadikan ayat ruqyah merawat sihir dan saka.


Ayat pertama diambil daripada Surah Al-Baqarah ayat 246 yang bermaksud: “Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) mengenai (kisah) ketua-ketua dari Bani Isra’il sesudah (wafatnya) Nabi Musa ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya kami boleh berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah. Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?”
“Mereka berkata: Mengapa pula kami tidak berperang pada jalan Allah sedangkan kami diusir dari kampung halaman kami dan (daripada) anak-anak kami? Maka apabila perang itu diwajibkan ke atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu kecuali sebahagian kecil daripada mereka. Dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan orang yang zalim.” (Allah yang berkuasa untuk melaksanakan apa yang dikehendaki).

Ayat kedua diambil daripada Surah Al-Imran ayat 181 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya dan Kami akan katakan kepada mereka: Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar. (Allah yang Maha Kuat tidak memerlukan pada pertolongan orang).”

Ayat ketiga diambil daripada Surah An-Nisaa ayat 77 yang bermaksud:
“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat.” (Mereka meminta juga untuk berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak antara mereka rasa gerun kepada manusia sama seperti mereka rasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi.
“Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini?) Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Mata benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit saja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak dianiaya sedikit pun.” (Allah Maha Perkasa kepada orang yang melampaui batas dan orang yang berdosa).

Ayat keempat diambil daripada Surah Al-Maaidah ayat 27 yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua anak Adam (Habiil dan Qabiil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban seorang antaranya (Habiil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabiil). Berkata (Qabiil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu! (Habiil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) daripada orang yang bertakwa.” (Allah Maha Suci menunjukkan kepada orang yang dikehendaki.)

Ayat kelima diambil daripada Surah Ar-Ra’du ayat 16 yang bermaksud: “Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: Allah.. Tanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda lain daripada Allah sebagai pelindung dan penolong yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Tanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaan-Nya, sehingga ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?”
“Katakanlah: Allah jua yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.” (Allah terus mengurus makhluknya yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki, rezeki kekuatan.

Ayat Lima mengandungi banyak rahsia dan khasiat yang amat berguna, antaranya:
- Ibnu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. selalu membaca Ayat Lima sama ada ketika baginda berada dalam negeri atau dalam perjalanan atau peperangan. Dalam peperangan, baginda selalu dapat mengalahkan orang kafir serta orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah.

- Sayyidah ‘Aisyah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. memperjelaskan bahawa apabila Ayat Lima ditulis dalam mangkuk kemudian diisi dengan air dan airnya diminum pada Jumaat, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya sambil hatinya diisi dengan nur hidayah keyakinan serta kasih sayang.

- Apabila selalu dibaca seorang pemimpin, hatinya akan ditetapkan Allah dan diberi pengaruh serta kekuatan dan semua orang pimpinannya akan patuh kepadanya.

- Jika ditulis dan digantung pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka Allah akan memecahbelahkan kekuatan musuh.

HARGA RAWATAN BEKAM KAMI TAK AKAN NAIK



Walaupun semua orang kecoh harga barang semua naik,tapi kami inshaAllah tidak akan menaikkan semua caj rawatan kami termasuk caj rawatan bekam.Sistem sunnah tidak akan sama dengan sistem kapitalis sampai bila-bila...

MIMPI MENYUSUKAN BABY YER...


Kebanyakan petanda saka ialah kerap bermimpi menyusukan bayi,mimpi rumah lama,mimpi arwah keluarga yang telah lama meninggal dan juga kerap sakit lutut serta sedih tak tentu pasal seolah-olah nak mati.

Jin saka orang melayu nie kebanyakannnya jin islam tapi amat-amat fasiq sekali dan suka menyesatkan akidah secara halus terhadap manusia yang didampinginya.



Rabu, 11 September 2013

PERINCIAN MIMPI ULAR HITAM


 
-Jika bermimpi melihat ular hitam sahaja,anda sedang diperhatikan jin pengganggu dimana jin tersebut menunggu masa untuk menyerang anda.

-Jika bermimpi dipatuk ular hitam,maka roh anda sudah mula diserang jin pengganggu,sila ke pusat rawatan islam yang berdekatan untuk sesi SCAN/RAWATAN..

Selasa, 10 September 2013

90% LELAKI MENGALAMI MASALAH SYAHWAT


Masalah syahwat adalah terdiri daripada :-

-Lelaki yang mati pucuk akibat pengambilan suntikan insulin

-Kurang ereksi zakar dan pancut awal akibat stress,kerap onani,minum minuman sejuk/berais,sihir rumahtangga,kecedaraan pinggang dan kelesuan berpanjangan.

Rawatlah secara berurut dengan pihak kami jika anda mengalami salahsatu masalah diatas..

SIMPTOM-SIMPTOM SIHIR



-Kerap bermimpi ular/anjing hitam

-Mimpi dikejar orang

-Mimpi benda-benda tajam seperti paku/jarum/rambut
 
-Mimpi tandas/tempat kotor

-Mimpi jatuh dari tempat tinggi

-Kerap berdebar-debar

-Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas

-Kerap melihat kelibat dirumah 

-Batuk yang berpanjangan

-Sikap berubah mendadak

-Suami isteri kerap bertengkar hal remeh temeh

-Gagal melakukan hubungan kelamin 
 
Jika anda mengalami sebahagian simptom diatas,sila berkunjung ke pusat rawatan islam yang berhampiran untuk sesi SCAN/RAWATAN..

RAWAT JERAWAT MUKA DENGAN BERBEKAM


Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat di muka,anda disyorkan berbekam seminggu sekali,isnyaAllah jerawat anda mengecut dan kulit wajah semakin berseri dan tidak kusam lagi.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BOMOH SANTAU YANG HEBAT KEBANYAKANNYA DARI GRIK


-Mahir dalam pembikinan santau angin
-Kebanyakan mangsa yang terkena santau angin akan menderita seperti susut berat badan/bisa badan
-Jika tidak diubati cara islam boleh menemui ajal

IKHTIAR RAWATAN BATU KARANG


Bagi mereka yang mengalami masalah batu karang,anda boleh berikhtiar dengan kami iaitu sila bawa barang-barang yang saya senaraikan dibawah ini..

-Sebotol air drinking water 5liter (pastikan drinking water bukannya mineral water)
-Sebtol extra virgin olive oil (beli di GIANT)
-Bayaran seikhlas hati
-Jika pesakit tidak hadir,waris boleh bawa barang-barangnya untuk diruqyah

InsyaAllah sembuh

Isnin, 9 September 2013

MEMANAH ADALAH SALAHSATU RIADAH ANJURAN RASULULLAH SAW


-Meningkatkan kekuatan tangan
-Meningkatkan tahap fokus melakukan sesuatu perkara
-Untuk melatih umat islam bersedia perang diakhir zaman kerana taktikal perang akhir zaman akan mengikut kaedah lama seperti berkuda,pedang dan juga panah.
-Untuk riadah memanah boleh kunjungi di Sunway Pyramid

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

ADAB MAKAN CARA RASULULLAH SAW



-Mulakan dengan Bismillah
-Diakhiri dengan Alhamdulillah
-Makan dengan tangan kanan
-Tidak mengeji makanan
-Makan dengan kadar sederhana/tidak berlebihan/berhenti sebelum kenyang
-Makan secara berjemaah/kongsi dulang makanan
-Tidak bernafas pada gelas minuman
-Mulakan makanan yang berada dihadapan dahulu
-Menjilat jari jemari setelah selesai makan
-Posisi duduk ialah kaki kiri dilipat bawah punggung dan lutut kanan ditegakkan

Ahad, 8 September 2013

ULAR HITAM DALAM MIMPI ITU ADALAH JIN

Bagi mereka yang kerap bermimpi dibelit/dipatuk ular hitam,berhati-hatilah anda sebenarnya sedang diserang gangguan jin.Bukanlah bila kita bermimpi dipatuk ular itu petanda kita ingin dipinang oleh mana-mana lelaki.

KAEDAH MINUM CARA RASULULLAH SAW





-Minum 3 kali tegukan dengan diselangi nafas
-Tidak bernafas pada air

Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik RA menceritakan "sesungguhnya Rasulullah SAW bernafas (ketika minum) dengan tiga nafas"
(Riwayat Al Bukhari,kitab Al-Asyribah no 5631)

Sabtu, 7 September 2013

MERAWAT ORANG GAJI INDONESIA MENGAMUK


Tiga hari lepas saya dijemput ke sebuah rumah berhampiran ICT Shah Alam kerana ada kes orang gaji indonesia merasuk teruk selama 3 hari.Semasa saya sampai pembantu rumah tersebut masih lagi berdiri kerasukan dan dalam keadaan yang sangat marah sekali.

Saya bersama majikan beliau meniarapkan pembantu rumah tersebut lalu membacakan ayatul kursi ulang-ulang pada air sekali.Dalam 15min ruqyah dibacakan pembantu rumah tersebut mulai lemah dan saya menyuruh pembantu rumah yang lain  memandikannya bersama dengan ais.Bila keadaan pembantu rumah tersebut agak sedar dan tidak merasuk lagi,saya sempat bertanyakan beberapa soalan dan saya suruh beliau berehat dalam bilik untuk tidur rehatkan diri kerana sudah lama sangat kerasukan.

Dari penelitian saya melalui kes diatas,pembantu rumah itu terlalu stress selama beliau bekerja dirumah tersebut dan dalam masa yang sama roh beliau juga lemah dek kurang amalan kerohanian.

Dalam hal ini pihak majikan kena berbincang dan perhalusi tentang hal-hal kerja dengan pembantu rumah tersebut,tanyakan pada pembantu rumah tersebut apakah perkara-perkara yang membuatkan dirinya tersangat stress sebab jika perkara begini tidak diselesaikan,lama-lama majikan pun turut stress juga kerana pembantu rumah asyik merasuk dan dalam masa yang banyak ler kerja-kerja rumah terbengkalai.

Jumaat, 6 September 2013

KAEDAH MERAWAT MASALAH PERUT DENGAN MADU


Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut seperti cirit birit/keracunan makanan anda disyorkan minum sesudu madu asli setiap 30min sehingga perut anda reda,insyaAllah sembuh.

Pastikan penggunaan sudu plastik ketika minum madu yer..

Untuk info kaedah merawat masalah sakit perut dengan minum madu adalah salahsatu kaedah perubatan bimbingan Rasulullah SAW.

KAEDAH MERAWAT DEMAM DENGAN AIR & RUQYAH


Bagi mereka yang mengalami masalah demam,anda hanya perlu sediakan sebotol air mineral 5 liter..

-Buka penutup air tersebut dan bacakan fatehah 1x dan surah penyejuk nabi ibrahim iaitu anbiya 69 11x lalu tiup 10 saat.

-Air tadi buat minum dan mandi/lap badan sekerap mungkin dalam sehari.

InsyaAllah suhu badan kembali normal,untuk info kaedah meruqyah pada air bagi merawat demam adalah salahsatu kaedah perubatan bimbingan Rasulullah SAW.

Khamis, 5 September 2013

PERKARA-PERKARA YANG MEMBENTENGI DIRI DARI SIHIR




-Istiqomah memakan kurma ajwa 7 biji setiap pagi
-Sentiasa tubuh dalam keadaan berwudhu
-Lazimkan solat berjemaah
-Lazimkan solat tahajud
-Lazimkan membaca ayatul kursi setiap hari
-Membaca doa keluar rumah
-Membaca doa perlindungan setiap kali masuk tandas

Rabu, 4 September 2013

BAWA GAMBAR PASANGAN MASING-MASING BAGI KES SIHIR PEMISAH


Bagi mereka yang mengalami masalah sihir pemisah rumahtangga,jika pasangan tidak dapat hadir untuk rawatan sila bawa gambar pasangan masing-masing yer,semasa anda diruqyah kami juga turut meruqyah gambar yang anda bawa,selalunya anda tindak balas badan seperti panas sedikit bagi pasangan yang tidak hadir tersebut.Itu petanda tindakbalas rawatan,jangan panik yer..

Punca sihir pemisah...

-Gangguan jin asyik yang kuat cemburu
-Gangguan jin saka yang kuat cemburu
-Gangguan jin sihir yang dihantar orang ketiga/keluarga mentua/skandal/madu

Petanda sihir pemisah...

-Kerap sakit kepala/dada/pinggang lepas waktu asar keatas
-Kerap melihat kelibat dirumah
-Benci melihat pasangan
-Tidak bernafsu pada pasangan
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Suka bergaduh hal remeh temeh
-Kerap mimpi jatuh dari tempat tinggi/ular hitam/tandas/seram

Tujuan sihir pemisah..

-Untuk putus tunang
-Untuk perceraian rumahtangga


*Sila baca surah al baqarah 102 1x sehari untuk menghindari dari terkena sihir pemisah rumahtangga..

Isnin, 2 September 2013

MERAWAT CYBER CAFE YANG BERBAU BANGKAI..


Seminggu yang lepas kami dijemput untuk merawat cyber cafe yang berbau bangkai di Shah Alam,dan dalam masa yang sama ramai pelanggan tetap komplen yang premis beliau kelihatan tutup selalu.

   Setibanya kami sampai dipremis tersebut,bulu roma meremang dan tengkuk agak sejuk petanda memang ada gangguan jin yang aktif dalam cyber cafe tersebut.Kami terus membacakan set 20 ayat ruqyah,kemudian diakhiri dengan azan,lalu kami sembur rata-rata seluruh premis tersebut.Alhamdulillah bau bangkai sudah tiada lagi petanda gangguan sihir mulai tawar sedikit demi sedikit.

Bagi mereka yang inginkan perawat islam datang kerumah/kedai sila SMS Utz Haikal 013-347 5449 terhad untuk kawasan KL/SEL sahaja.

Ahad, 1 September 2013

BAGAIMANA TOKSID BADAN TERHASIL



Toksid terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksid setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrient yang diambil.

Kehadiran toksid ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Bagaimana untuk membuang toksid dengan lebih berkesan???

Jawapannya ialah kaedah bekam adalah satu rawatan yang lebih berkesan dan tiada kesan sampingan. Lihat saja gambar darah pesakit ini, darah yang bertoksid atau beracun warnanya kehitaman. Jika di biarkan akan mengundang pelbagai jenis penyakit dalam tubuh badan kita pada masa akan datang. Oleh itu berbekamlah kerana bekam itu rawatan Sunnah untuk umat Islam.

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

PERKARA YANG MENGUNDANG JIN ASYIK..



Jin asyik adalah jin jantan yang suka mencintai/menindih/merogol kaum wanita.Kaum wanita perlu peka pada simptom-simptomnya supaya gangguan ini mudah dirawat...

-Kerap sakit kepala selepas asar

-Badan kerap gatal-gatal

-Ada tanda lebam pada lutut/peha

-Badan jadi sakit/lenguh apabila bangun tidur

-Kitaran haid tidak teratur

-Sakit dibahagian ari-ari

-Halangan dalam bab jodoh

Perkara-perkara yang menyebabkan jin asyik suka mengganggu wanita..

-Suka berpakaian seksi dirumah

-Tidur berseorangan

-Penakut/lemah semangat

-Bilik tidur yang kotor/berselerak

-Suka bersolek

-Suka mengagumi susuk tubuh badan sendiri

-Mandi bogel

-Tidak membaca doa ketika masuk bilik air

-Tidak membaca doa perlindungan sebelum tidur

-Suka mengelamun/termenung

-Kerap menyendiri/tidak bercampur dengan kawan-kawan