Pembaca Setia

Isnin, 26 Ogos 2013

RAWATAN AURA SERI MERINGANKAN JODOH



Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.

Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan, tenang fikiran, menambah keyakinan diri, fokus pada kerjaya, bisnes, menyerikan wajah, meringankan jodoh, menyembuhkan santau, sihir & saka. 

Pelanggan yang inginkan rawatan ini sila bawa 9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga, bunga boleh berlainan jenis atau sama jenis.

SENGGUGUT DIATASI DENGAN BERBEKAM



Penyakit senggugut adalah simptom sakit perut kerana masalah ketidaklancaran pengeluaran darah haid ketika period dan ia kerap berlaku pada wanita bujang.Bagi menlancarkkan semula pengeluaran darah haid setiap bulan,anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.Titik bekam bagi masalah senggugut ialah di kawasan tengkuk,pingang dan pinggul serta dikawasan bawah pusat,insyaAllah kitaran haid anda lancar dan tidak lagi sakit ketika waktu period.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Ahad, 25 Ogos 2013

AMALAN BERBEKAM MEMUDAHKAN HAMIL BAGI WANITA


Mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas,ramai wanita yang berbekam mudah untuk hamil kerana sistem bekam memudahkan sistem kesuburan wanita.Titik bekam yang disyorkan ialah kawasan pinggang,pinggul dan bawah pusat.Selain berbekam kaum wanita yang ingin hamiljuga disarankan mengambil 4 sudu madu yang dicampur air kosong setiap pagi juga.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 23 Ogos 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI



Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21 syawal,marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Rabu, 21 Ogos 2013

IMPLIKASI JIKA JIN SAKA TIDAK DIBUANG


-Susah hendak meninggal dunia,nazak berpanjangan.

-Jatuh syirik jika sedar tentang pendampingan saka dan keberatan untuk membuangnya.

-Sakit lutut,sendi utama dan kepala tak kira masa.

-Hati rasa tak tenteram dan terasa seolah-olah hendak mati.

-Sedih dan murung tak tentu pasal.

-Berfikiran negatif.

-Banyak penyakit genetik pada badan seperti penyakit 3 serangkai iaitu jantung/darah tinggi/kencing manis dan penyakit ini akan diwariskan juga pada anak serta cucu.

BEKAM + HABBATUS SAWDA MERAWAT MASALAH PERUT BERANGIN


Bagi mereka yang mengalami masalah angin diperut,anda hanya perlu 2 kaedah rawatan sahaja iaitu berbekam dikawasan otot perut (sekeliling pusat) dan juga makan kapsul habbatus sawda sebiji pagi dan petang,insyaAllah sembuh.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 19 Ogos 2013

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BEKAM

Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda,anda disyorkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali.Amalan bekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat,mencairkan darah,melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan,meningkatkan antibodi dikawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.

Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung,jadi marilah kita sama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan,insyaAllah kita sama-sama mendapat rahmat kesihatan dariNya.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM TENGKUK DAN KEPALA MENGUBATI MIGRAIN



Bagi mereka yang mengalami masalah sakit kepala/migrain anda disyorkan berbekam seminggu sekali sebanyak 3x sesi dikawasan tengkuk dan kepala,insyaAllah darah kotor dan angin dikawasan kepala akan disedut keluar sekaligus melancarkan perjalanan darah diseluruh kepala serta menyembuhkan migrain.
 
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Ahad, 18 Ogos 2013

90% LELAKI MENGALAMI MASALAH SYAHWAT


Masalah syahwat adalah terdiri daripada :-

-Lelaki yang mati pucuk akibat pengambilan suntikan insulin

-Kurang ereksi zakar dan pancut awal akibat kerap onani,minum minuman sejuk/berais,sihir rumahtangga,kecedaraan pinggang dan kelesuan berpanjangan.

Rawatlah dengan berurut jika anda mengalami masalah diatas.

BAGAIMANA SISTEM BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT



-Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.

-Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan.

-Merangsang pengeluaran regenerate hormone.Pada proses rawatan bekam jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam.Kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi regenerate hormone untuk memperbaiki kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat pada lokasi pembekaman itu juga.

-Mukjizat perubatan sunnah.Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 14 Ogos 2013

SIHIR PEMISAH PALING TOP..


Antara banyak-banyak sihir yang kami rawat,sihir pemisah adalah sihir yang popular dirawat di pusat rawatan kami.

Punca sihir pemisah ini adalah berpunca dari sikap suka berskandal,dengki orang ketiga,keluarga mentua dan juga saka.Tujuan utama sihir pemisah ini ialah perceraian rumahtangga.

Petanda sihir pemisah ialah..

-Kerap sakit pinggang dan kepala bila waktu asar keatas
-Kerap bergaduh bila berjumpa,punca pergaduhan adalah hal remeh temeh
-Kerap nampak kelibat dirumah
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Bila berjauhan terasa rindu,bila dekat terasa panas/meluat

Bagi mereka yang mengalami simptom diatas,sila datang suami isteri kepusat rawatan untuk rawatan ruqyah dan jika salah seorang pasangan tidak dapat menghadirkan diri,sila bawa gambarnya untuk sesi rawatan jarak jauh.

SIMPTOM-SIMPTOM SIHIR



-Kerap bermimpi ular/anjing hitam

-Mimpi dikejar orang

-Mimpi benda-benda tajam seperti paku/jarum/rambut
 
-Mimpi tandas/tempat kotor

-Mimpi jatuh dari tempat tinggi

-Kerap berdebar-debar

-Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas

-Kerap melihat kelibat dirumah 

-Batuk yang berpanjangan

-Sikap berubah mendadak

-Suami isteri kerap bertengkar hal remeh temeh

-Gagal melakukan hubungan kelamin
Jika anda mengalami sebahagian simptom diatas,sila berkunjung ke pusat rawatan islam yang berhampiran untuk sesi SCAN/RAWATAN..

Selasa, 13 Ogos 2013

JOM BERBEKAM HILANGKAN KELESUAN..


Ramai individu di musim perayaan ini kelesuan dek kerana memandu dalam perjalanan yang jauh dan juga terlalu banyak masa dihabiskan dalam kereta sebab banyak tempat/rumah untuk beraya kan..Saya syorkan anda diluarsana berbekam dikawasan tengkuk,bahu,pinggang,belikat serta betis,insyaAllah masalah kelesuan anda akan diatas dalam masa satu hari..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BADAN LESU MENYEBABKAN PANCUT AWAL JUGA..



Musim perayaan ini pastinya kaum lelaki akan merasa kepenatan/kelesuan dek mengharung jalan yang jammed/long distance,minum air gas serta makan makanan berangin seperti pulut/lemang.Bila kelesuan dicampur minuman/makanan berangin pastinya tenaga batin serta urat seluruh badan pun turut bermasalah juga seperti pancut awal,mengantuk serta badan menjadi pasif/tidak aktif.Untuk mengatasi masalah ini anda disyorkan menjalani urut servis batin sebanyak 1 sesi iaitu RM80/30min termasuk ubatan,sila SMS 019-307 9883 sejam sebelum datang yer..

Ahad, 11 Ogos 2013

PUSAT RAWATAN BEROPERASI SEPERTI BIASA


Selamat hari raya diucapkan kepada semua pengunjung blog ini,pusat rawatan kembali beroperasi seperti biasa,harap maklum..