Pembaca Setia

Khamis, 30 Mei 2013

AZAZIL DATANG MENJENGUK..


 Ini kisah benar berlaku seminggu yang lepas kepada salah seorang perawat kami (Aswat) yang tengah berzikir dalam pukul 1 pagi dirumah beliau.Ketika asyik berzikir beliau dikejutkan alarm kereta beliau kemudian badan pula tiba-tiba terasa seram sejuk.. Kemudian tiba-tiba muncul jelmaan seorang lelaki berserban berwajah soleh bermata hijau duduk dihadapan beliau,jelmaan itu memperkenalkan diri sebagai wali Allah SWT dan lancar bercerita hal ehwal agama lebih kurang 15min.Diakhir perbicaraan jelmaan tersebut mengajak Aswat untuk menjadi pengikut beliau dan bermacam ganjaran,kekuasaan serta kekayaan akan diperolehi jika menjadi pengikut setianya.Aswat menolak dengan berhemah kerana ia akan melibatkan kesesatan akidah,kemudian azazil yang menjelma wali Allah tersebut amat marah sekali dan mata yang berwarna hijau terus bertukar menjadi merah lalu jelmaan tersebut menghilang tiba-tiba.....

Selasa, 28 Mei 2013

GULA DALAM DARAH STABIL SETELAH BERBEKAM



Ramai pelanggan kami yang mengalami penyakit kencing manis,obesiti dan juga yang sering mengalami paras gula tinggi dalam darah,kami syorkan mereka buat ujian darah untuk melihat kandungan gula dalam darah setelah berbekam.Hasilnya selepas ujian gula,paras gula mereka menurun dan stabil,apalagi anda diluarsana tak perlu nak berdiet dan sebagainya untuk menurunkan kadar gula dalam darah,hanya istiqomah berbekam sebulan sekali memadai ler...

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 27 Mei 2013

BEKAM TENGKUK DAN KEPALA MENGUBATI MIGRAIN



Bagi mereka yang mengalami masalah sakit kepala/migrain anda disyorkan berbekam seminggu sekali sebanyak 3x sesi dikawasan tengkuk dan kepala,insyaAllah darah kotor dan angin dikawasan kepala akan disedut keluar sekaligus melancarkan perjalanan darah diseluruh kepala serta menyembuhkan migrain.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SIMPTOM GANGGUAN MUNCUL SELEPAS ASAR


Kebanyakan simptom gangguan jin akan muncul selepas waktu asar keatas contohnya seperti sakit kepala/dada/pinggang/tulang belakang.

Ahad, 26 Mei 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Rabu, 22 Mei 2013

PERINCIAN MIMPI ULAR HITAM..


Jika bermimpi melihat ular hitam sahaja,anda sedang diperhatikan jin pengganggu dimana jin tersebut menunggu masa untuk menyerang anda.

Jika bermimpi dipatuk ular hitam,maka roh anda sudah mula diserang jin pengganggu,sila ke pusat rawatan islam yang berdekatan untuk sesi SCAN/RAWATAN..

Selasa, 21 Mei 2013

PERTARUNGAN YANG PANJANG..


-Pesakit kerasukan setiap hari isnin kerana bomoh sihir akan memuja patung pesakit setiap hari isnin juga.

-Bomoh sihir adalah saudara kepada pesakit juga,motif adalah kerana menuntut harta kekayaan.

-Bomoh sihir adalah wanita 40an dan amat terkenal mengubat orang di negeri pantai timur setiap hari jumaat,berperwatakan alim/menutup aurat dan memulakan rawatan dengan kalimah Bismillah kemudian bacaan mantera didalam hati dan diakhir rawatan akan menepuk belakang pesakit,isyarat memasukkah jin dalam tubuh pesakit.

-Rawatan mengambil masa 2 jam,4 tenaga perawat digunakan,didahului bacaan 70 kursi untuk menghancurkan perisai bomoh dan juga banyak jurus penawar dilepaskan.

-Semasa pertarungan bomoh akan bersiul-siul memanggil azazil.

-Diakhir rawatan jin ifrit mula bersuara dan mencabar-cabar malaikat jibril,dan mendakwa dia adalah yang paling kuat dan malaikat jibril tu hanya penyampai wahyu sahaja.

-Bomoh sihir menggunakan khidmat jin ifrit dan puluhan jin-jin binatang.

-Suhu bilik rawatan menjadi terlalu panas kerana terlalu banyak ayatul kursi dibacakan.

-Bau hangit seperti benda terbakar kerap berlaku selang 15min rawatan petanda ada jin yang sudah terbakar akibat kaifiat bacaan ayatul kursi.

-Selepas 2 jam rawatan/pertarungan,bomoh sihir menyerah kalah kerana kehabisan tenaga dan memohon maaf pada pesakit dan juga keluarga mangsa.

Sabtu, 18 Mei 2013

KERAP MENANGIS/SAYU SELEPAS RAWATAN RUQYAH..


Bagi mereka yang pernah mengalami gangguan  saka,anda akan merasa kerap sedih/sayu selepas sesi rawatan ruqyah,itu petanda jin saka sudah mula untuk beredar/meninggalkan tubuh badan anda...

Selasa, 14 Mei 2013

MINGGU SIHIR PUJA


Dalam minggu ini banyak pula kes rawatan sihir puja (sihir tanpa jin) yang dirawat dipusat rawatan kami.Kes sihir puja tergolong dalam kes sihir berat/bahaya dimana kita akan terus berhadapan dengan bomoh secara indirect setiap kali sesi rawatan ruqyah pada pesakit,bagi perawat-perawat baru perlulah mantapkan diri anda dengan amalan kursi 170x sehari untuk mengelakkan serang balas bomoh-bomoh sihir.

Ahad, 12 Mei 2013

IMPLIKASI JIKA JIN SAKA TIDAK DIBUANG


-Susah hendak meninggal dunia,nazak berpanjangan.

-Jatuh syirik jika sedar tentang pendampingan saka dan keberatan untuk membuangnya.

-Sakit lutut,sendi utama dan kepala tak kira masa.

-Hati rasa tak tenteram dan terasa seolah-olah hendak mati.

-Sedih dan murung tak tentu pasal.

-Berfikiran negatif.

-Banyak penyakit genetik pada badan seperti penyakit 3 serangkai iaitu jantung/darah tinggi/kencing manis dan penyakit ini akan diwariskan juga pada anak serta cucu.

-Sukar tidur malam.

Khamis, 9 Mei 2013

KAEDAH MENGELAKKAN DITINDIH/DIROGOL JIN SEMASA TIDUR


Bagi kaum wanita yang selalu mengeluh akibat kerap ditindih jin ketika tidur,sila baca panduan yang saya berikan dibawah..

-Pastikan bilik tidur tiada patung/teddy bear ataupun tidak menggantung sebarang gambar manusia
-Bilik tidur perlu sentiasa bersih
-Baca kursi dan 3qul sebelum tidur malam
-Sapukan badan dengan minyak kasturi
-Pasangkan cd ruqyah ulang-ulang sehingga pagi

InsyaAllah anda mudah dan aman ketika tidur tanpa sebarang gangguan..

Ahad, 5 Mei 2013

PINTU MASUK JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA


-Dalam keadaan terlalu lalai beribadat
-Dalam keadaan terlalu lemah
-Dalam keadaan terlalu takut
-Dalam keadaan terlalu berani
-Dalam keadaan terlalu sedih

Rabu, 1 Mei 2013

SUHU KEDAI/PREMIS PERNIAGAAN PANAS ???


Bagi mereka yang menjalankan perniagaan,jika suhu premis/kedai anda agak panas berbanding biasa,persekitaran nampak gelap/kusam,prestasi jualan turun mendadak serta badan pekerja yang menguruskan kedai tersebut mengalami kelesuan,itu petanda kedai anda sudah kena mandrem/sihir oleh pesaing-pesaing anda.

Untuk rawatan memulihkan perniagaan sila SMS Utz Haikal 013-347 5449