Pembaca Setia

Isnin, 8 April 2013

BERTARUNG DENGAN AHLI SIHIR BURMA..


Malam tadi kami merawat seorang pesakit wanita yang terkena sihir akibat hasad dengki perniagaan.Apabila merasuk beliau akan berkelakukan seperti beruk yang bisu diselangi dengan mantera bahasa burma.Jin beruk yang mengganggu pesakit lidahnya sudah dipotong siap-siap oleh ahli sihir supaya perawat tidak boleh nak berdialog langsung dengan jin pengganggu.Bagi kes kerasukan yang berselang seli dengan mantera serapah dari mulut pesakit,itu petanda ahli sihir sudah melancarkan serangan pada perawat dimana saya merasakan bulu roma sentiasa meremang sepanjang 30min rawatan ruqyah dilaungkan.Perawat perlulah menyerang balas ahli sihir dengan membacakan ulang-ulang ayat surah al-a'raf WA-ULKIYAS SAHAROTU SAJIDIN yang bermaksud "jatuh tertiaraplah tukang-tukang sihir"...