Pembaca Setia

Isnin, 29 April 2013

HARI BURUH KAMI BUKA MACAM BIASA


BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..
 
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Ahad, 28 April 2013

PARAS GULA MENJADI STABIL SETELAH BERBEKAM



Ramai pelanggan kami yang mengalami penyakit kencing manis,obesiti dan juga yang sering mengalami paras gula tinggi dalam darah,setelah berbekam kami syorkan mereka buat ujian darah untuk melihat kandungan gula dalam darah setelah berbekam.Hasilnya selepas ujian paras gula mereka menurun dan stabil,apalagi anda diluarsana tak perlu nak berdiet dan sebagainya untuk menurunkan kadar gula dalam darah,hanya istiqomah berbekam sebulan sekali memadai ler...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

JIN TOMOI BERAKSI KEMBALI..


Dalam minggu nie kami menemui dua kes kerasukan dimana jin pengganggu bangun dan ingin melakukan aksi tomoi untuk menyerang perawat.Tunggu punya tunggu,takler jin tu menyerang juga,biasalah jin kan suka nak menakutkan perawat.Bagi kes begini perawat cuma laungkan surah ar rahman 33-36 ulang-ulang insyaAllah jin pengganggu lemah dan tak berdaya untuk bangun...

Sabtu, 27 April 2013

IMPLIKASI JIKA SAKA TIDAK DIBUANG...


-Susah hendak meninggal dunia,nazak berpanjangan.
-Jatuh syirik jika sedar tentang pendampingan saka dan keberatan untuk membuangnya.
-Sakit lutut,sendi utama dan kepala tak kira masa.
-Hati rasa tak tenteram dan terasa seolah-olah hendak mati.
-Sedih dan murung tak tentu pasal.
-Berfikiran negatif.
-Banyak penyakit genetik pada badan seperti penyakit 3 serangkai iaitu jantung/darah tinggi/kencing manis dan penyakit ini akan diwariskan juga pada anak serta cucu.
-Sukar tidur malam.
-Haid tidak teratur.
-Kerap dirogol/ditindih jin.
-Sukar mengandung.
-Kerap keguguran.
-Banyak ketumbuhan ganjil pada badan.


Surah Al-Jin ayat 6 Allah telah berfirman “terdapat segolongan manusia lelaki meminta pertolongan daripada segolongan jin lelaki, dan jin itu telah menjadikan manusia itu bertambah sesat.”

Jumaat, 26 April 2013

PETANDA TERKENA SIHIR...


Simptom-simptom terkena sihir..

-Kerap bermimpi ular/anjing hitam -Mimpi dikejar orang -Mimpi benda-benda tajam seperti paku/jarum/rambut -Mimpi tandas/tempat kotor -Mimpi jatuh dari tempat tinggi -Kerap berdebar-debar -Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas -Kerap melihat kelibat dirumah -Batuk yang berpanjangan -Sikap berubah mendadak

Jika anda mengalami sebahagian simptom diatas,sila berkunjung ke pusat rawatan islam yang berhampiran untuk sesi SCAN/RAWATAN..

Rabu, 24 April 2013

KITARAN HAID AKAN TERJEJAS JIKA KERAP DITINDIH/DIROGOL JIN


Bagi kaum wanita yang kerap ditindih/dirogol jin semasa tidur,mereka selalunya juga akan mengalami kesan sampingan seperti sakit dibawah pusat dan kitaran haid turut tergangggu seperti lambat datang bulan,jika datang bulan pula darah haid turun melebihi 15 hari.

Selasa, 23 April 2013

PUNCA UTAMA LELAKI LEMAH SYAHWAT


-Kerap minuman sejuk/berais -Kerap minuman unsur teh -Kerap minuman bergas -Kerap onani -Stress -Kelesuan -Mengambil ubatan insulin -Sihir

Isnin, 22 April 2013

MENGAPA PERLU KOSONGKAN PERUT SEBELUM BERBEKAM


Tujuan berbekam dengan keadaan perut kosong ialah supaya organ sistem penghadaman tubuh badan tidak bekerja dan dalam keadaan rehat.Apabila berbekam,semua darah kotor yang keluar mewakili kesemua organ tubuh badan.Sebaliknya jika berbekam dalam keadaan kenyang maka organ sistem penghadaman sedang bekerja keras,darah kotor yang keluar pun hanya mewakili organ penghadaman sahaja dan tidak sama sekali mewakili semua organ tubuh.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SEL T LIMFOSIT AKAN BANYAK DIHASILKAN SELEPAS BERBEKAM


Sel T Limfosit adalah bahan utama dalam pembentukan sistem antibodi badan,apabila kita konsisten berbekam maka banyaklah SEL T Limfosit terhasil pada kawasan yang kita bekam sekaligus sistem pertahanan badan meningkat dalam melawan segala penyakit.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

KAEDAH MENGELAKKAN DITINDIH/DIROGOL JIN SEMASA TIDUR


Bagi kaum wanita yang selalu mengeluh akibat kerap ditindih jin ketika tidur,sila baca panduan yang saya berikan dibawah..

-Pastikan bilik tidur tiada patung/teddy bear ataupun tidak menggantung sebarang gambar manusia -Bilik tidur perlu sentiasa bersih -Baca kursi dan 3qul sebelum tidur malam -Sapukan badan dengan minyak kasturi -Pasangkan cd ruqyah ulang-ulang sehingga pagi

InsyaAllah anda mudah dan aman ketika tidur tanpa sebarang gangguan..

BALA AKAN MENIMPA JIKA TAK ENDAHKAN BEKAM SUNNAH..


Mengapa orang melayu bila umur 40an kerap mendapat penyakit 3 serangkai seperti darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.Sebab pertama ialah sistem pemakanan orang melayu yang banyak mengandungi unsur gula dan lemak.Sebab kedua pula ialah gaya hidup orang melayu yang tidak suka bersenam berbanding orang barat yang menganggap senaman adalah perkara yang serius.Sebab ketiga pula ialah sikap orang melayu yang kurang mengambil berat tentang perubatan sunnah lalu mendapat BALA,bekam adalah satu kaedah perubatan sunnah muakkad ataupun sunnah yang sangat dituntut.Rasulullah SAW yang maksum pun istiqomah mengamalkan bekam sebulan sekali,itulah rahsia kesihatan Rasulullah SAW yang tidak pernah sakit sehinggalah beliau wafat pada umur 63 tahun.Adakah kita ini tergolong dikalangan orang yang maksum sehingga mengambil remeh hal ehwal rawatan bekam sunnah ? Fikirkan sejenak..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Ahad, 21 April 2013

PETANDA KEDAI KENA SIHIR



-Pelanggan mengadu kerap melihat kedai selalu tutup -Suhu kedai menjadi panas -Suasana kedai menjadi suram/gelap -Jumlah jualan produk menurun dengan mendadak -Pelanggan banyak halangan untuk datang kekedai walaupun sudah buat temujanji -Badan tauke/pekerja tersangat lesu -Bisa-bisa badan -Hilang semangat

Untuk mengatasi atau menghindari kedai dari terkena sihir/tempias pelaris peniaga lain,anda disyorkan memasang cd al-baqarah setiap kali membuka kedai,insyaAllah urusan perniagaan dipermudahkan Allah SWT....

Sabtu, 20 April 2013

KERAP SEDIH TERASA NAK MATI..


Bagi mereka yang kerap sedih tak tentu pasal dan terasa macam nak sampai ajal,itu juga adalah salah satu petanda sinonim gangguan saka..Rajin-rajinlah wiridkan surah al-jin ayat 6 100x setiap hari supaya jin saka insaf dan membawa haluannya sendiri di alam jin.

Jumaat, 19 April 2013

BERATNYA USTAZ..MACAM ADA SESUATU YANG TARIK...


Tiga hari lepas ada sepasang suami isteri datang berubat mengenai isteri beliau yang diganggu saka yang teruk.Semasa rawatan isteri beliau separa kerasukan sahaja,masalahnya semasa beliau datang pusat rawatan di tingkat 2 dengan membawa 3 botol air,semua ok takde masalah.Apabila selesai sahaja rawatan dan apabila ingin pulang,suami pesakit yang membawa botol air air rawatan tadi mengalami kesukaran untuk membawa air tersebut ke dalam kereta.Seolah-olah macam ada seseorang yang menarik air botol tersebut sehingga beliau terkandas di tangga pusat rawatan selama 15min,beliau agak kepenatan kerana bergelut untuk mengangkut air doa tersebut...

ADAKAH AKU TERKENA SIHIR..


Simptom-simptom terkena sihir..

-Kerap bermimpi ular/anjing hitam -Mimpi dikejar orang -Mimpi benda-benda tajam seperti paku/jarum/rambut -Mimpi tandas/tempat kotor -Mimpi jatuh dari tempat tinggi -Kerap berdebar-debar -Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas -Kerap melihat kelibat dirumah -Batuk yang berpanjangan -Sikap berubah mendadak

Jika anda mengalami sebahagian simptom diatas,sila berkunjung ke pusat rawatan islam yang berhampiran untuk sesi SCAN/RAWATAN..

Selasa, 16 April 2013

PELARISAN PERNIAGAAN (Part 1)



-Tampalkan banyak-banyak perkataan BISMILLAH pada setiap bahagian pintu kedai,signboard,produk dan juga kenderaan perniagaan.

-Lazimkan lafaz BISMILLAH setiap kali membuka/menutup kedai.

-Sementara menunggu pelanggan datang kedai,lazimkan wirid BISMILLAH dalam hati.

InsyaAllah dalam masa seminggu mengamalkannya,prestasi perniagaan anda semakin baik dan berkat.

HILANGKAN STRESS & KELESUAN DENGAN BERBEKAM



Badan yang banyak angin akibat kerja yang berlarutan akan membuatkan badan seseorang menjadi lesu.Selain angin, tekanan kerja yang berterusan juga menyebabkan stress serta ketegangan urat/otot bahagian tengkuk dan bahu.

Demi melembutkan urat/otot yang tegang serta menyegarkan tubuh badan dari masalah kelesuan anda disyorkan berbekam 10cup dibahagian belakang badan,insyaAllah sembuh.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 15 April 2013

NAIKKAN SERI WAJAH DENGAN RAWATAN AURA SERI


Khasiat rawatan aura seri ialah..

-Menaikkan seri wajah -Menghilangkan wajah kusam -Meringankan jodoh -Menghilangkan lesu-lesu badan -Merawat 1001 masalah gangguan jin

Pelanggan sila bawa bunga ros 9 kuntum dan 9 biji limau nipis untuk proses terapi al-quran aura seri,maharnya RM50 sahaja.

AMUKAN BOMOH SIHIR..


Semalam petang kami menerima panggilan kecemasan dari pesakit sihir kami,apabila beliau pulang kerumah,suhu rumah menjadi sangat panas dan badan kuat meremang serta semua perabot dan perkakasan rumah habis diselerakkan oleh jin sihir.Jadi saya terus menghantar perawat saya iaitu Utz Fadhil untuk membacakan ruqyah ditengah rumah pesakit dan juga memagar 4 penjuru dengan ayatul kursi.Memandangkan energi sihir agak kuat,apabila Utz Fadhil pulang ke pusat rawatan dan berselisih dengan jurubekam wanita kami,kepala mereka pun turut sakit juga.Kes begini apabila habis rawatan,perawat perlu dengan kadar segera mandi air bidara ruqyah untuk mengelakkan energi sihir/tempias menjangkit pada orang sekeliling....

Sabtu, 13 April 2013

PERINCIAN MIMPI ULAR HITAM..


-Jika bermimpi melihat ular hitam sahaja,anda sedang diperhatikan jin pengganggu dimana jin tersebut menunggu masa untuk menyerang anda.

-Jika bermimpi dipatuk ular hitam,maka roh anda sudah mula diserang jin pengganggu,sila ke pusat rawatan islam yang berdekatan untuk sesi SCAN/RAWATAN..

Jumaat, 12 April 2013

TIDUR KERAP TERJAGA PETANDA GANGGUAN JUGA..


Apabila anda mengalami masalah tidur kerap terjaga/tersentap ataupun susah melelapkan mata,itu juga simptom awal gangguan jin juga..

Rabu, 10 April 2013

PETANDA SIHIR PENGASIH..


-Suka termenung
-Perasaan keliru
-Mual bila mendengar bacaan Al Quran
-Sayang melampau pada orang yang baru dikenali
-Nafsu membuak pada orang yang baru dikenali
-Sikap berubah mendadak
-Sakit tulang belakang selepas waktu asar
-Sakit kepala selepas waktu asar

Pesakit sila datang ke Pusat Rawatan Islam yang berdekatan untuk sesi SCAN/RAWATAN...

Selasa, 9 April 2013

MIMPI DIKEJAR ANJING HITAM..




 Mimpi dikejar anjing hitam juga adalah salahsatu simptom gangguan jin,sila datang ke Pusat Rawatan Islam yang berdekatan untuk sesi SCANNING..

Isnin, 8 April 2013

BERTARUNG DENGAN AHLI SIHIR BURMA..


Malam tadi kami merawat seorang pesakit wanita yang terkena sihir akibat hasad dengki perniagaan.Apabila merasuk beliau akan berkelakukan seperti beruk yang bisu diselangi dengan mantera bahasa burma.Jin beruk yang mengganggu pesakit lidahnya sudah dipotong siap-siap oleh ahli sihir supaya perawat tidak boleh nak berdialog langsung dengan jin pengganggu.Bagi kes kerasukan yang berselang seli dengan mantera serapah dari mulut pesakit,itu petanda ahli sihir sudah melancarkan serangan pada perawat dimana saya merasakan bulu roma sentiasa meremang sepanjang 30min rawatan ruqyah dilaungkan.Perawat perlulah menyerang balas ahli sihir dengan membacakan ulang-ulang ayat surah al-a'raf WA-ULKIYAS SAHAROTU SAJIDIN yang bermaksud "jatuh tertiaraplah tukang-tukang sihir"...

Ahad, 7 April 2013

SIHIR KAKI..


Beberapa hari yang lepas ada seorang pekerja di sebuah IPTS datang untuk merawat kaki yang beliau yang sakit mengejut sehingga datang dengan bertongkat.Beliau baru sahaja ditukarkan ke Shah Alam kerana untuk menyelesaikan beberapa kes penyelewengan di jabatan beliau.Kerana ketegasan dan kejujuran etika bekerja beliau,mungkin ada beberapa pekerja tidak senang duduk dan terus menghantar sihir pada kaki beliau supaya beliau menderita kesakitan dan tidak boleh pergi ketempat kerja langsung.Semasa diruqyah kaki beliau bergerak-gerak dan kami akhiri rawatan dengan sesi bekam.Selepas semua sesi selesai,kaki beliau terasa ringan dan sudah kurang sakit lagi,pesakit dibekalkan air doa dan juga minyak zaitun ruqyah untuk beliau sapu pada anggota yang sakit 3x sehari,rawatan tamat..

Jumaat, 5 April 2013

MANTAPKAN PENDINDING DIRI..



Dalam minggu lepas kami ada merawat seorang pesakit sihir yang agak berat dimana beliau kerap bermimpi ular hitam yang banyak diatas katil.Beliau dahulunya adalah seorang peniaga kain,semenjak 4 tahun kebelakangan ini beliau tidak mampu berniaga lagi kerana separuh badan beliau terasa sangat lemah seperti minor stroke.Sebelum berjumpa dengan kaedah rawatan islam,beliau kerap memanggil tukang urut datang kerumah,dalam 4 tahun ini juga ada 2 orang tukang urut yang meninggal dunia selepas mengurut beliau akibat serang balas jin sihir dalam badan beliau.Bagi perawat baru/tukang urut yang ingin merawat pelanggan/pesakit anda,berhati-hatilah jika pelanggan anda pernah menyebut tentang mimpi ular hitam yang banyak kerana ia adalah jenis sihir yang kuat/agresif,mantapkanlah pendinding diri terlebih dahulu yer sebagai langkah keselamatan.

SYAMPU HALAU JIN DILANCARKAN..


Hari ini secara rasminya kami melancarkan produk terbaru kami iaitu SYAMPU BIDARA SYIFA,iaitu syampu yang dicampur air daun bidara dan juga bacaan Al Quran pembatal sihir.Ia khas untuk merawat 1001 masalah gangguan jin,cara penggunaannya sama macam syampu biasa juga,digunakan setiap kali mandi.

Bagi pembelian online,sila bankin akaun saya Maybank 164164870421/Cimb 12700006334522 Ahmad,kemudian SMS Syampu,Tarikh Bank In,Nama dan Alamat.Harga pembelian online bagi semenanjung termasuk poslaju ialah RM15 dan sabah sarawak pula ialah RM20.

Khamis, 4 April 2013

JADUAL RAWATAN TERBARU URUT BATIN


Isnin-Khamis 11pagi-10mlm
Jumaat OFFDAY
Sabtu-Ahad 8mlm-10mlm

Selasa, 2 April 2013

RAWATAN AURA SERI MERINGANKAN JODOH & MENAWARKAN SIHIR


Bagi mereka yang mempunyai halangan tak kesudahan bab jodoh serta 1001 masalah gangguan jin,anda boleh berikhtiar dengan rawatan aura seri kami.Soal jodoh ketentuan itu rasminya urusan Allah SWT tapi kita sebagai manusia tidak salah berusaha selagi tidak menyalahi syarak.

Pelanggan yang inginkan rawatan sila walk-in pusat rawatan kami bawa sebotol besar air mineral,9 kuntum bunga rose dan juga 9 biji limau nipis.Pelanggan akan dibacakan ayat ruqyah pembatal sihir serta ayat pengasehan surah yusuf,mahar rawatan ini RM50 sahaja.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

AMALAN BERBEKAM MAMPU MENGURANGKAN BEBANAN ORGAN GINJAL



Ginjal adalah organ penting pada tubuh manusia dimana fungsinya menapis darah untuk menyalurkan kandungan darah bersih keseluruh tubuh badan.Apabila toksid/toksin terlalu tinggi pada saluran darah,akan menyebabkan bebanan yang tinggi dalam proses penapisan darah sekaligus melemahkan fungsi organ ginjal.Dengan berbekam,kandungan toksid/toksin pada saluran akan berada pada tahap minima dan juga regenerate hormone akan dirembeskan dengan banyak dibahagian ginjal apabila berbekam dikawasan belakang badan.Fungsi regenerate hormone adalah untuk memperbaiki tisu/organ yang berhampiran dengan titik bekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)