Pembaca Setia

Rabu, 6 Mac 2013

DISIHIR SEHINGGA HILANG SUARA


Kisah kali ini pula mengisahkan seorang ahli perniagaan dari KL yang datang berubat 4 hari lepas kerana masalah hilang suara sejak 2 bln lepas.Sudah puas pergi menemui specialist perubatan moden tapi suara masih belum muncul jua.Bila sampai sahaja bilik rawatan,badan kami sudah merasai bahang sihir beliau,sihir ini kami syak sejenis santau angin yang bertujuan menyekat suara dan memalukan pesakit bila berurusan dengan pelanggan.Kami terus meruqyah pesakit dengan set 20 ayat ruqyah,pesakit merasa badannya semakin panas dan panas semasa sesi ruqyah dijalankan.Diakhir rawatan kami syorkan pesakit banyakkan membaca 3qul sebagai perlindungan,minum air doa serta madu dan mandi juga air doa selama seminggu.Kami juga syorkan pesakit datang untuk rawatan susulan dalam masa 3 hari dengan membawa banyak sedikit air kelapa bagi proses mencuci darah/ginjal serta menawarkan sebarang racun dalam badan,rawatan tamat..