Pembaca Setia

Ahad, 31 Mac 2013

BAGAIMANA SISTEM BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT


-Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.

-Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan.

-Merangsang pengeluaran regenerate hormone.Pada proses rawatan bekam jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam.Kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi regenerate hormone untuk memperbaiki kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat pada lokasi pembekaman itu juga.

-Mukjizat perubatan sunnah.Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 29 Mac 2013

KEPALA TERASA BERAT...


Jika anda kerap mengalami simptom kepala terasa berat/pening secara konsisten selepas waktu asar keatas,maka kemungkinan anda sedang mengalami sihir.Kaedah rawatan yang sesuai adalah kaedah ruqyah terapi al-quran ataupun berbekam dikepala,insyaAllah sembuh...

AIR PENAWAR TERAPI SYIFA DILANCARKAN


Mulai hari ini pesakit yang datang tidak perlu bersusah payah membawa air mineral 5 liter lagi,pihak kami kini sudah menyediakan air penawar syifa jenama kami sendiri.Harap maklum...

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Rabu, 27 Mac 2013

KERIS PUNYA HAL..


Kisah rawatan kali ini ialah di Kampung Jawa Klang,pesakit menjemput kami untuk merawat dan memagar rumah beliau.Pesakit menderita sihir hampir 10 tahun,dan memburukkan lagi keadaan ada sekumpulan lelaki dari Sabak Bernam pernah menawarkan diri untuk mengubati beliau beberapa tahun lepas.Mereka pada awalnya meminta bayaran RM1K,tetapi bila sampai dirumah pesakit,mereka menaikkan harga rawatan tiba-tiba ke RM10K,tetapi pesakit berkeras untuk membayar RM1K sahaja seperti yang dipersetujui sebelum ini.Selepas sesi rawatan,sekumpulan lelaki tu itu pulang dan sebelum pulang mereka menyuruh pesakit menyimpan 2 bilah keris jawa pemberian mereka sebagai pendinding diri.Apabila Utz Haikal datang kerumah pesakit,setelah diselidiki semua sekali maka keris berpenunggu ini jugalah yang menyebabkan gangguan pesakit ini berulang-ulang dan sakit berpanjangan.Seperti biasa kami membacakan set 20 ayat ruqyah pada pesakit,membersihkan rumah pesakit dan diakhiri memagar rumah pesakit.Semasa sesi rawatan ruqyah badan pesakit agak panas dan muntah-muntah,sebelum pulang,kami membawa balik keris itu ke pusat rawatan kami untuk ditawarkan,rawatan tamat..

Bagi mereka yang inginkan perawat islam datang kerumah bagi kawasan KL/SEL,sila SMS ke 013-347 5449 Utz Haikal.

Jumaat, 22 Mac 2013

PETANDA SINONIM SIHIR



-Kerap bermimpi ular/anjing hitam
-Mimpi dikejar orang
-Mimpi benda-benda tajam seperti paku/jarum/rambut
-Mimpi tandas/tempat kotor
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi
-Kerap berdebar-debar
-Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas
-Kerap melihat kelibat dirumah
-Batuk yang berpanjangan
-Sikap berubah mendadak

Rabu, 20 Mac 2013

MASALAH JODOH ?


Alhamdulillah ada sebahagian pelangggan yang mendapatkan rawatan aura seri suatu masa dahulu kini sudah bertemu jodoh.Rawatan aura seri adalah satu rawatan terapi al quran yang digabungkan dengan kaedah mandian bunga,kaedah mandian ini pelanggan lakukan sendiri dirumah masing-masing.

Khasiat rawatan aura seri ialah :-

-Meringankan jodoh
-Menghilangkan wajah kusam
-Menyegarkan badan
-Menawarkan segala bentuk sihir
-Meningkatkan keyakinan diri
-Menyingkirkan aura negatif badan

Isnin, 18 Mac 2013

RAWATAN AURA SERI MERINGANKAN JODOH


Bagi mereka yang mempunyai halangan tak kesudahan bab jodoh,anda boleh berikhtiar dengan rawatan aura seri kami.Soal jodoh ketentuan itu rasminya urusan Allah SWT tapi kita sebagai manusia tidak salah berusaha selagi tidak menyalahi syarak.

Pelanggan yang inginkan rawatan sila walk-in pusat rawatan kami bawa sebotol besar air mineral,9 kuntum bunga rose dan juga 9 biji limau nipis.Mahar rawatan ini RM50 sahaja.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Khamis, 14 Mac 2013

RAWATAN BEKAM WAJAH KAMI DI WANITA HARI INI TV3


Semalam khamis 12thari semua jurubekam wanita shah alam dijemput untuk bersiaran secara langsung di Sri Pentas TV3 untuk rancangan Wanita Hari Ini slot Bekam Wajah,terima kasih diucapkan juga pada Teh Syuhada kerana banyak mempromosikan kaedah bekam sunnah Rasulullah SAW pada pihak TV3,untuk makluman pembaca blog Teh Syuhada juga adalah pelanggan tetap bekam di Pusat Terapi Syifa Sect 7 Shah Alam.Sila KLIK untuk lihat video WHI TV3

Rabu, 13 Mac 2013

KENA ROGOL DENGAN JIN LAGI...


Semalam saya didatangi sepasang suami isteri yang baru 2 minggu berkahwin,si isteri kerap mengadu sakit sendi dan badan serta kerap ditindih sewaktu tidur dan juga kerap mimpi melakukan hubungan kelamin.Kes sebegini dipanggil gangguan jin asyik dimana jin jantan suka menyetubuhi wanita dikalangan manusia,pesakit juga kerap mendengar bisikan "sayang" dari makhluk jin nie tak kira masa.Jika kes sebegini dibiarkan berlarutan tanpa rawatan dari perawat islam,secara tak langsung akan menyebabkan haid tidak teratur serta masalah rumahtangga dimana jin pengganggu akan meniup api perbalahan dan kemarahan dalam emosi mereka.Dipendekkan cerita kami meruqyah pesakit dengan set 20 ayat ruqyah,semasa sesi ruqyah dibacakan pesakit terasa panas dan separa kerasukan menangis seolah sedih yang amat sangat.Diakhir rawatan,kami membekalkan pesakit airoa untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari,minyak kasturi hitam ruqyah perlu dipakai sebelum tidur malam kerana jin pengganggu tidak menyukai wangian kasturi.Pesakit juga perla mengamalkan ayat perlinduangan diri 3 qul tiap-tiap lepas solat dan sebelum tidur malam,rawatan tamat..

Isnin, 11 Mac 2013

SUSULAN MERAWAT PESAKIT SIHIR HILANG SUARA


Selepas seminggu rawatan pertama,pesakit yang mengalami hilang suara datang lagi kali ini dengan membawa air,madu,kelapa dan juga beras untuk rawatan susulan kedua.Selama seminggu minum dan mandi air doa,pesakit sudah ada suara semula tapi belum sepenuhnya,alhamdulillah Allah SWT memudahkan urusan rawatan kami terdahulu.Pada rawatan yang terdahulu,semua perawat disini terasa bahang panas dari badan pesakit,menunjukkan betapa masih aktifnya sihir santau pesakit walau pesakit ada pergi 5-6 tempat pusat rawatan islam yang lain sebelum di pihak kami.Pada rawatan ruqyah kali ini,pesakit pun kurang merasa panas apabila dibacakan ruqyah,itu petanda positif pengaruh sihir semakin berkurangan,alhamdulillah..Sebelum pulang kami mengesyorkan pesakit menumbuk beras yang kami sudah bacakan ruqyah tadi dicampur air kelapa untuk dibuat minum,air doa 5liter yang kami bacakan tadi seperti biasa pesakit buat minum dan mandi selama seminggu untuk menghapuskan saki baki sihir dalam badan.Akhir sekali pesakit disyorkan baca 3qul 3x tiap-tiap lepas solat dan juga sebelum keluar rumah untuk pendinding diri.

IMPLIKASI JIKA SAKA TIDAK DIBUANG...


 -Susah hendak meninggal dunia,nazak berpanjangan.
-Jatuh syirik jika sedar tentang pendampingan saka dan keberatan untuk membuangnya.
-Sakit lutut,sendi utama dan kepala tak kira masa.
-Hati rasa tak tenteram dan terasa seolah-olah hendak mati.
-Sedih dan murung tak tentu pasal.
-Berfikiran negatif.
-Banyak penyakit genetik pada badan seperti penyakit 3 serangkai iaitu jantung/darah tinggi/kencing manis dan penyakit ini akan diwariskan juga pada anak serta cucu.
-Sukar tidur malam.

Ahad, 10 Mac 2013

RAWATAN RUQYAH/PAGAR KERUMAH KL/SEL


Bagi mereka yang inginkan perawat islam datang kerumah untuk rawatan ruqyah seperti rawatan sihir,santau dan buang saka serta memagar rumah/pejabat,sila SMS Utz Haikal 013-347 5449,kawasan terhad untuk KL/SEL sahaja.

Rabu, 6 Mac 2013

DISIHIR SEHINGGA HILANG SUARA


Kisah kali ini pula mengisahkan seorang ahli perniagaan dari KL yang datang berubat 4 hari lepas kerana masalah hilang suara sejak 2 bln lepas.Sudah puas pergi menemui specialist perubatan moden tapi suara masih belum muncul jua.Bila sampai sahaja bilik rawatan,badan kami sudah merasai bahang sihir beliau,sihir ini kami syak sejenis santau angin yang bertujuan menyekat suara dan memalukan pesakit bila berurusan dengan pelanggan.Kami terus meruqyah pesakit dengan set 20 ayat ruqyah,pesakit merasa badannya semakin panas dan panas semasa sesi ruqyah dijalankan.Diakhir rawatan kami syorkan pesakit banyakkan membaca 3qul sebagai perlindungan,minum air doa serta madu dan mandi juga air doa selama seminggu.Kami juga syorkan pesakit datang untuk rawatan susulan dalam masa 3 hari dengan membawa banyak sedikit air kelapa bagi proses mencuci darah/ginjal serta menawarkan sebarang racun dalam badan,rawatan tamat..

Selasa, 5 Mac 2013

BADAN GATAL-GATAL TEMPIAS MENGURUT


Semalam saya didatangi oleh seorang wanita yang merangkap pengusaha spa dan tukang urut di kawasan Shah Alam.Beliau mengadu badan tersangat gatal pada waktu-waktu tertentu sehingga beliau mengambil pil tidur waktu malam kerana tidak tahan azab gatal tesebut.Punca beliau mengalami gatal-gatal tersebut ialah apabila beliau mengurut seorang makcik yang disyaki ada gangguan saka,selepas sesi urut tersebut,apabila tiap-tiap kali menjelang waktu solat badan akan menjadi gatal yang amat sangat.Saya terus meruqyah beliau beserta air yang dibawa dengan set 20 ayat ruqyah,semasa ruqyah dibacakan bahagian muka pesakit ada terasa gatal sehingga bibir beliau bengkak serta merta,biasalah tu tindak balas rawatan.Sebelum menamatkan rawatan,saya syor pesakit minum dan mandi air doa beserta 7 sudu garam bukit bagi merawat masalah gatal kulit,pesakit disyorkan juga membaca 3qul 3x tiap-tiap lepas solat dan juga sebelum mengurut untuk perlindungan diri,rawatan tamat..

Isnin, 4 Mac 2013

PETANDA SINONIM SIHIR


-Kerap bermimpi ular/anjing hitam
-Mimpi dikejar orang
-Mimpi benda-benda tajam seperti paku/jarum/rambut
-Mimpi tandas/tempat kotor
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi
-Kerap berdebar-debar
-Sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas
-Kerap melihat kelibat dirumah
-Batuk yang berpanjangan
-Sikap berubah mendadak

Ahad, 3 Mac 2013

SEL T LIMFOSIT AKAN BANYAK DIHASILKAN SELEPAS BERBEKAM


 Sel T Limfosit adalah bahan utama dalam pembentukan sistem antibodi badan,apabila kita konsisten berbekam maka banyaklah SEL T Limfosit terhasil pada kawasan yang kita bekam sekaligus sistem pertahanan badan meningkat dalam melawan segala penyakit.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)