Pembaca Setia

Khamis, 28 Februari 2013

BULAN PENUH,MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Ahad, 24 Februari 2013

MERAWAT PESAKIT USAHAWAN BUTIK PENGANTIN


Semalam seorang pesakit wanita dari Klang ditemani suaminya datang ingin membuat rawatan ruqyah kerana terlalu kerap sakit kepala,sudah banyak kali jumpa specialist untuk sesi scanning tapi pihak perubatan moden mengatakan tiada sebarang masalah kesihatan berlaku.Beliau ada mengusahakan kedai butik pengatin di Klang,apabila beliau masuk ke kedai sahaja,kepala dan badan kerap sakit-sakit,jika diluar kawasan kedai tidak pula.Kami seperti biasa memegang ubun-ubun pesakit dan membacakan set 20 ayat ruqyah,baru 3 ayat dibacakan pesakit sudah baring dan kerasukan.Semasa kerasukan,jin pengganggu tidak henti-henti mengugut perawat dan sebagainya,memandangkan jin pengganggu agak liat,habis 20 ayat dibacakan kami memberi rehat pesakit sebentar dan memberikan secawan air ruqyah pada pesakit.Kemudian kami menyambung semula ruqyah dengan ayat azab dibaca ulang-ulang dan pesakit masih kerasukan dan jin pengganggu masih enggan keluar dari badan pesakit,kami akhiri rawatan dengan azan.Saya mengesyorkan perawat (Utz Haikal) datang ke kedai beliau untuk sesi ruqyah membersih dan memagar kawasan kedai,selain itu pesakit perlu minum dan mandi air doa + ais selama seminggu bagi melemahkan jin pengganggu dalam badan,sesi rawatan berikutnya dalam 10 hari pesakit perlu datang semula ke pusat rawatan,rawatan tamat..

Khamis, 21 Februari 2013

SAKIT LUTUT PETANDA SAKA


 Selain simptom mimpi menyusukan bayi dan rumah lama,petanda gangguan saka adalah kerap sakit lutut/sakit sendi utama terutama sekali pada warga emas.

RAWATAN SAKA DI TMN MEDAN PJ


Dalam sebulan yang lepas saya diminta merawat orang tua yang uzur terlantar akibat strok dan gangguan.Memandangkan pesakit sangat-sangat uzur,saya meminta anak beliau menjadi wakil dan membacakan ikrar pemutus saka.Selepas selesai beliau membaca ikrar pemutus saka,saya terus membacakan set 20 ayat ruqyah kepada pesakit dan bila selesai saya meniup ubun-ubun pesakit dan air selama 10 saat.Selepas rawatan,saya menyuruh anak beliau kerap memberikan air doa beserta madu pada ayah beliau untuk buat minum dan air doa juga perlu di lap sekerap mungkin pada seleruh tubuh.Pada keesokan harinya,anak beliau menghantar sms yang ayah beliau telah meinggal dunia pada waktu subuh,innallilah hirajiun,rawatan tamat..

Bagi mereka yang inginkan perawat datang kerumah bagi kawasan SEL/KL,sila SMS ke 013-3475449 Utz Haikal.

Rabu, 20 Februari 2013

TIPS LAMBAT PANCUT


 -Cari sebotol minyak dhob dan urut zakar selama 2min.
 -Sebaiknya urut 2 jam awal sebelum bersama.

InsyaAllah anda akan dapat berdayung lebih lama dari biasa.

Isnin, 18 Februari 2013

KAUM WANITA MUDAH DISERANG GANGGUAN JIN


Diantara kaum lelaki dan wanita,kaum wanitalah yang paling ramai mengalami masalah penyakit gangguan jin,ini kerana kejadian roh kaum wanita agak lemah berbanding roh kaum lelaki.Sedari itu maka kaum wanita disyorkan mengamalkan zikir pendinding diri seperti diatas 100x pagi dan 100x petang secara istiqomah,hatta dalam uzur sekalipun,insyaAllah anda akan dihindari dari serangan jin/syaitan.

Ahad, 17 Februari 2013

AMALAN BERBEKAM MAMPU MENGURANGKAN BEBANAN ORGAN GINJAL


Ginjal adalah organ penting pada tubuh manusia dimana fungsinya menapis darah untuk menyalurkan kandungan darah bersih keseluruh tubuh badan.Apabila toksid/toksin terlalu tinggi pada saluran darah,akan menyebabkan bebanan yang tinggi dalam proses penapisan darah sekaligus melemahkan fungsi organ ginjal.Dengan berbekam,kandungan toksid/toksin pada saluran akan berada pada tahap minima dan juga regenerate hormone akan dirembeskan dengan banyak dibahagian ginjal apabila berbekam dikawasan belakang badan.Fungsi regenerate hormone adalah untuk memperbaiki tisu/organ yang berhampiran dengan titik bekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 15 Februari 2013

SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL


Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam...
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 13 Februari 2013

RAWATAN AURA SERI MERINGANKAN JODOH

Bagi mereka yang mempunyai halangan tak kesudahan bab jodoh,anda boleh berikhtiar dengan rawatan aura seri kami.Soal jodoh ketentuan itu rasminya urusan Allah SWT tapi kita sebagai manusia tidak salah berusaha selagi tidak menyalahi syarak.

Pelanggan yang inginkan rawatan sila walk-in pusat rawatan kami bawa sebotol besar air mineral,9 kuntum bunga rose dan juga 9 biji limau nipis.
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR


-Gigi berlaga ketika tidur -Mengerang/mengeluh semasa tidur -Kerap terjaga-jaga semasa tidur -Sukar melelapkan mata bila tidur -Mimpi jatuh dari tempat tinggi -Mimpi dipatuk/digigit/belit binatang berbisa warna hitam -Mimpi berada ditempat kotor/sunyi -Mimpi dukung/menyusu bayi -Mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali -Kerap ditindih ketika tidur -Sayang melampau pada orang yang baru dikenali -Kerap bergaduh suami isteri perkara remeh temeh -Gagal melakukan hubungan kelamin -Batuk yang berpanjangan -Kerap muntah darah -Kerap melihat kelibat dirumah -Mendengar seperti bunyi guli jatuh atas syiling -Sakit kepala selepas waktu asar -Sakit dada dan pinggang selepas waktu asar -Sakit tulang belakang dan juga rusuk selepas waktu asar -Gatal-gatal kulit waktu maghrib -Badan panas waktu maghrib -Benci melihat muka suami/isteri -Banyak halangan dalam jodoh

Semua simptom-simptom diatas adalah gejala sihir dan ia perlu dirawat segera dengan 2 kaedah samaada kaedah terapi al quran ataupun berbekam ataupun kedua-duanya sekali bagi meraih kesembuhan yang maksimum,insyaAllah..
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Sabtu, 9 Februari 2013

MIMPI MENYUSUKAN BAYI PETANDA SAKA

Bagi kaum wanita yang kerap bermimpi menyusukan bayi,itu adalah petanda yang anda sedang sedang diganggu jin saka.AndA disyorkan beramal membaca ikrar pemutus saka dan juga surah al jin ayat 6 21x tiap-tiap lepas solat secara istiqomah setiap hari,insyaAllah dalam seminggu anda akan berasa sedih seperti kehilangan sesuatu,petanda jin saka ingin meninggalkan tubuh badan anda ,insyaAllah...

Jumaat, 8 Februari 2013

BAGAIMANA SISTEM BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT

-Detoksifikasi.Pengeluaran darah kotor ketika rawatan bekam adalah satu proses pembuangan racun/toksin/bahan kimia/sel darah merah yang mati dari pada sistem tubuh badan.Bahan-bahan tadi jika tidak dibuang akan menyebabkan 1001 penyakit pada manusia.

-Merangsang pengeluaran zat antibodi.Ketika proses rawatan bekam, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakanm akibat tusukan jarum bekam,kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah adanya infeksi di lokasi pembekaman. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu.Zat antibodi itu ternyata disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, namun juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga di organ yang dimaksud terjadi pembasmian kuman-kuman patogen yang selama ini menyebabkan penyakit. Dengan demikian kuman mati dan organ pun dapat berfungsi secara normal. Inilah yang mengakibatkan terjadinya proses penyembuhan.

-Merangsang pengeluaran regenerate hormone.Pada proses rawatan bekam jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan sel-sel dan jaringan akibat tusukan jarum bekam.Kerosakan ini direspon tubuh dengan memproduksi regenerate hormone untuk memperbaiki kerosakan jaringan dan sel di lokasi pembekaman serta organ dalaman terdekat pada lokasi pembekaman itu juga.

-Mukjizat perubatan sunnah.Kesembuhan penyakit setelah proses berbekam adalah satu mukjizat,ini kerana apa sahaja perintah Rasulullah SAW dalam kaedah perubatan (hadis) sudah tentunya ada jaminan kesembuhan daripada Allah SWT.

Selasa, 5 Februari 2013

IKRAR PEMUTUS SAKA

Bagi kes-kes saka,pesakit perlulah baca ikrar pemutus saka terlebih dahulu sebelum ruqyah dijalankan supaya jin saka sedih dan sedar lalu meninggalkan tubuh pesakit. Ikrarnya ialah..."Sesungguhnya mulai saat ini aku ingin memutuskan segala perjanjian/ikatan saka dalam diriku,pergilah kau wahai jin ke alam kamu dan bertaubatlah kamu pada Allah SWT dengan berkat ayat ....(baca ayat seperti gambar diatas)"

Jumaat, 1 Februari 2013

MENGAPA SANTAU MENJADI BERBAHAYA ?

Sihir santau menjadi begitu berbahaya dan membawa maut kerana 3 faktor,pertama ialah pesakit terlalu lalai beramal seperti tidak mahu solat ataupun membaca al quran.Kedua ialah pesakit santau sering berubat dengan bomoh ataupun doktor moden,disini jika sakit tidak kena dengan ubatnya secara tak langsung akan menyebabkan bisa santau melarat dari hari kehari.Faktor ketiga pula ialah pesakit kerap mengambil makanan larangan santau seperti kerap minum air limau,makan nanas,makanan pedas,rebung,makanan bercuka dan sebagainya.