Pembaca Setia

Selasa, 22 Januari 2013

BAHANA SIHIR PEMISAH,HARI-HARI MENGAMUK TENGOK SUAMI..

Ini mengisahkan sepasang suami isteri dari Puchong yang baru berkahwin 2 bulan,tetapi dek kerana bahana sihir pemisah,si isteri kerap mengamuk bila melihat wajah suami dirumah dan sang suami juga selalu cedera dibahagian muka akibat si isteri yang suka melontar pelbagai objek bila dalam keadaan separa sedar akibat sihir. Dipendekkan cerita,memandangkan kes mereka ini agak berat (kerap kerasukan bila diruqyah) dan nampak gayanya ini memerlukan sesi rawatan susulan seminggu sekali sebanyak 5x sesi bagi menawarkan sihir secara maksimum.

Semalam genaplah 5x sesi beliau menjalankan rawatan ruqyah di pusat rawatan kami di Shah Alam,alhamdulillah dengan izinNya jin pengganggu mudah keluar melalui muntah pada sesi ruqyah pertama.Kemudian kami lakukan sesi ruqyah kedua,semasa sesi kedua dibacakan pesakit tidak menunjukkan sebarang respon lagi maka sahlah semua jin pengganggu telah keluar dari badan pesakit.

Moral dari kisah diatas,bagi pesakit yang kerap kerasukan apabila dirawat,cubalah fokus/disiplinkan diri anda datang seminggu 1x paling kurang 3x sesi,insyaAllah anda akan merasa banyak kurangnya pengaruh sihir tersebut,apabila jin sudah menetap terlalu lama dalam badan ataupun banyak pula kuantitinya,maka serangan ruqyah perlulah kerap dan konsisten berbanding kes yang baru.Rawatan tamat..