Pembaca Setia

Rabu, 25 Disember 2013

PETANDA TERKENA SIHIR

-Mimpi melihat anjing hitam
-Mimpi melihat ular hitam
-Mimpi menyusukan bayi
-Mimpi rumah lama
-Mimpi tanda
-Mimpi dibawa kehutan/tempat sunyi
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi
-Mimpi hantu
-Mimpi dikejar seseorang
-Mimpi bersetebuh dengan orang yang tak dikenali
-Kerap ditindih ketika tidur
-Lebam-lebam dibahagian peha
-Kerap sakit kepala/dada/pinggang selepas waktu asar keatas
-Kerap bergaduh suami isteri hal remeh temeh
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Bergaduh bila berdekatan,rindu bila berjauhan
-Gatal tekak dan batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Kerap terasa berdebar-debar
-Kerap fikir terasa hendak mati
-Kerap sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal
-Sikap berubah mendadak
-Jatuh cinta/sayang melampau pada orang yang baru dikenali

Ahad, 22 Disember 2013

MERUQYAH SUAMI ISTERI TERKENA SIHIR PEMISAH

Meruqyah pasangan suami isteri yang terkena sihir pemisah disyaki dari isteri no 1.Mereka baru berkahwin poligami sebulan tapi menghadapi masalah ketika bersama,setelah diruqyah dengan set pembatal sihir dan mandi syampu bidara,selepas seminggu mereka boleh bersama dengan izinNya.
 

Sabtu, 21 Disember 2013

HARI KRISMAS KAMI BUKA SEPERTI BIASA


INTIPATI UCAPAN DATO HARUN DIN SEMALAM DI SEMINAR PERUBATAN ISLAM MASJID NEGERI SHAH ALAM


"Ilmu kasyaf tidak boleh dipelajari oleh orang awam,Allah berikan hanya pada Nabi Khidir A.S sahaja,sedangkan Nabi Musa ingin belajar pun beliau enggan mengajarnya dikhuatiri Nabi Musa tidak sabar kelak"

Isnin, 16 Disember 2013

KHASIAT RAWATAN AURA SERI


Ia satu kaedah terapi al quran untuk membuang aura negatif badan,membangkitkan aura positif dan menaikkan seri wajah serta merawat wajah kusam.

-Merawat santau
-Merawat sihir
-Merawat saka
-Merawat kelesuan
-Menghilangkan wajah kusam
-Membangkitkan aura positif badan
-Meningkatkan keyakinan diri
-Meringankan masalah jodoh

Pelanggan boleh datang untuk terapi aura seri dan bawa 9 kuntum bunga ros dan 9 biji limau nipis.Bunga ros boleh didapati di SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam,mahar rawatan RM50 sahaja.

Sabtu, 14 Disember 2013

MEMBEKAM PESAKIT SIHIR DARI KUALA SELANGOR


Semalam membekam pesakit sihir yang kerap mengalami masalah berat kepala menjelang waktu asar.Setelah proses bekam dikepala selesai,lihatlah darahnya agak bertali tu petanda jin bergerak aktif disekitar darah yang kotor di kawasan kepala.Alhamdulillah kepala pesakit agak ringan setelah proses bekam sihir tersebut.

Rabu, 11 Disember 2013

RAWATAN GANGGUAN AKIBAT HISTERIA SEMASA BERKHEMAH



Video diatas Muallij Khairul sedang meruqyah pesakit gangguan yang terkena histeria semasa berkhemah,bagi sesiapa yang ingin rawatan sihir/pagar rumah kawasan Klang/Shah Alam sila SMS beliau 013-326 8047

Isnin, 2 Disember 2013

BEKAM MERAWAT LUTUT BERKUDIS

Semalam saya sempat membekam seorang pesakit yang mengalami kudis dibahagian lutut,banyak juga darah kotor keluar semasa proses bekam dijalankan dikawasan berkudis tersebut..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

ADAKAH ANDA SUDAH TERKENA SIHIR ?



Sila perhati simptom-simptom dibawah ini..

-Sering sakit kepala/dada/pinggang pada waktu asar keatas
-Kerap berdebar-debar hingga takut keluar rumah/kerja
-Badan panas ketika waktu malam
-Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Sering gatal-gatal badan dan juga bisul
-Kerap bergaduh suami isteri hal remeh temeh
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Suami isteri panas bila berdekatan/serumah bila berjauhan rindu pula
-Mimpi ular/anjing hitam
-Mimpi rambut/benda tajam
-Mimpi tandas
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi
-Banyak halangan jodoh
-Perniagaan merosot teruk
-Premis perniagaan banyak orang mengadu kerap tutup padahal buka sentiasa
-Kelesuan

Ahad, 1 Disember 2013

PETANDA JIN ASYIK INGIN BERDAMPING...




Jin asyik adalah jin jantan yang suka mencintai/menindih/merogol kaum wanita.Kaum wanita perlu peka pada simptom-simptomnya supaya gangguan ini mudah dirawat...


-Kerap sakit kepala selepas asar

-Badan kerap gatal-gatal

-Ada tanda lebam pada lutut/peha

-Badan jadi sakit/lenguh apabila bangun tidur

-Kitaran haid tidak teratur

-Sakit dibahagian ari-ari

-Halangan dalam bab jodoh

Perkara-perkara yang menyebabkan jin asyik suka mengganggu wanita..

-Suka berpakaian seksi dirumah

-Tidur berseorangan

-Penakut/lemah semangat

-Bilik tidur yang kotor/berselerak

-Suka bersolek

-Suka mengagumi susuk tubuh badan sendiri

-Mandi bogel

-Tidak membaca doa ketika masuk bilik air

-Tidak membaca doa perlindungan sebelum tidur

-Suka mengelamun/termenung

-Kerap menyendiri/tidak bercampur dengan kawan-kawan

Ahad, 24 November 2013

KHIDMAT RAWATAN BEKAM KERUMAH KL/SEL

Bagi kaum wanita,suami/isteri ataupun family yang ingin berbekam dirumah masing-masing,sila SMS/WASAP Sahiira 019-451 2568 yer,terhad untuk kawasan KL/SEL bekam minimum 20cup RM100 transport charges free.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

Rabu, 20 November 2013

JAGA OTOT PINGGANG ANDA DENGAN BERBEKAM


Pinggang akan lenguh/sengal jika..

-Duduk terlalu lama
-Bersukan sehingga terlalu penat
-Memandu/menunggang motosikal terlalu lama
-Kerap onani
-Terlalu kerap melakukan hubungan seks dalam sehari
-Makanan/minuman yang banyak mengandungi angin seperti air gas dan pulut
-Kerap minum minuman berais
-Kerja berat
-Berdiri terlalu lama
-Kandungan toksid/toksin tinggi dalam darah

Untuk merawat semua masalah diatas,anda disyorkan sebulan sekali berbekam dibahagian otot pinggang,insyaAllah otot pinggang anda kuat dan tidak lenguh lagi...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 19 November 2013

BALA AKAN MENIMPA JIKA TAK ENDAHKAN BEKAM SUNNAH..



Mengapa orang melayu bila umur 40an kerap mendapat penyakit 3 serangkai seperti darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.Sebab pertama ialah sistem pemakanan orang melayu yang banyak mengandungi unsur gula dan lemak.Sebab kedua pula ialah gaya hidup orang melayu yang tidak suka bersenam berbanding orang barat yang menganggap senaman adalah perkara yang serius.Sebab ketiga pula ialah sikap orang melayu yang kurang mengambil berat tentang perubatan sunnah lalu mendapat BALA,bekam adalah satu kaedah perubatan sunnah muakkad ataupun sunnah yang sangat dituntut.Rasulullah SAW yang maksum pun istiqomah mengamalkan bekam sebulan sekali,itulah rahsia kesihatan Rasulullah SAW yang tidak pernah sakit sehinggalah beliau wafat pada umur 63 tahun.Adakah kita ini tergolong dikalangan orang yang maksum sehingga mengambil remeh hal ehwal rawatan bekam sunnah ? Fikirkan sejenak..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 18 November 2013

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI (17,19 & 21 MUHARAM)



Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Ahad, 17 November 2013

DARAH BEKAM PESAKIT SANTAU

DARAH BEKAM PESAKIT SANTAU

Dibawah ini adalah salahsatu contoh rawatan bekam sihir dimana darah kotor yang dikeluarkan dari seorang pesakit santau,darah tu bertali dan bersambung.

Pesakit santau disyorkan berbekam seminggu sekali bagi mengeluarkan segala bisa dalam dalam saluran darah disamping mengambil minuman madu/air kelapa setiap hari yer,insyaAllah sembuh

Dibawah ini adalah salahsatu contoh rawatan bekam sihir dimana darah kotor yang dikeluarkan dari seorang pesakit santau,darah tu bertali dan bersambung.

Pesakit santau disyorkan berbekam seminggu sekali bagi mengeluarkan segala bisa dalam dalam saluran darah disamping mengambil minuman madu/air kelapa setiap hari yer,insyaAllah sembuh..
 
Kos bekam ditempat kami hanya RM5/cup iaitu termurah dipasaran,insyaAllah tak membebankan..

Jumaat, 15 November 2013

APA YANG DIKELUARKAN DARI BADAN SEMASA BERBEKAM..


-Angin
-Uric acid penyebab gout
-Darah yang mengandungi toksid
-Darah yang mengandungi toksin
-Gula yang berlebihan dalam darah
-Kolestrol
-Darah kotor yang bertali akibat gangguan jin

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 14 November 2013

SISTEM IMUN AKAN MENURUN JIKA TIDAK BERBEKAM


Bagi mereka yang pernah mengalami masalah gatal kulit akibat alergi makan makanan laut sudah tentu sistem imun mereka bermasalah akibat toksid/toksin yang tinggi dalam sistem aliran darah tubuh badan.Untuk meningkat sistem imun kembali normal,toksid/toksin dalam saluran perlu dibuang dengan kerap iaitu sebulan sekali dengan kaedah berbekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 11 November 2013

ADAKAH ANDA TERKENA SAKA ?


Simptom-simptom terkena gangguan saka..

-Kerap bermimpi menyusukan bayi
-Kerap bermimpi rumah lama
-Kerap sakit kepala setiap masa
-Badan kelesuan berpanjangan
-Kerap tidur disiang hari dan berjaga sepanjang malam
-Kuat makan tapi badan masih kurus juga
-Boleh mengurut/mengubat/bersilat belajar melalui mimpi

MUSIM BATUK DAN DEMAM SUDAH TIBA..


-Amalkan minum madu pagi dan petang
-Berbekam ditengkuk dan dada setiap 2 minggu
-Kurangkan minum ais
-Kurangkan makanan pedas
-Makan habbatus sawda 1 biji pagi dan petang

InsyaAllah jika anda amalkan panduan yang saya berikan diatas,anda dapat merawat masalah demam dan batuk-batuk dengan pantas iaitu lebih kurang 3 hari.

Jumaat, 8 November 2013

KAKI LEMAH SEMASA DIRUQYAH


Ini kisah semalam merawat seorang wanita yang agak kurus dan mengalami masalah haid tidak teratur serta gangguang hampir 2 tahun.

Semasa ruqyah dibacakan,kaki pesakit terasa lemah dan seolah lumpuh seperti digilis sesuatu.Hampir 45min saya membacakan ruqyah dan meniup kaki beliau,namun tetap longlai dan tidak boleh bangun.

Akhir sekali saya bacakan ruqyah pendek pada cuka makan dan spray seluruh kaki pesakit,alhamdulillah pesakit boleh bangun dan bertenaga semula,andainya jika tak berjaya jugak mau pesakit bermalam di pusat rawatan nanti...

Selasa, 5 November 2013

KAEDAH MANDIAN DAUN BIDARA (DIY)


-Sangat ampuh merawat santau/sihir/saka dan sebagainya
-Guna 7 helai setiap kali mandian
-Boleh didapati di Surau Al Munawarah Section 13 Shah Alam & Masjid Al Falah USJ 9 Sbg Jaya
-Tumbuk hingga lumat guna lesung batu
-Sediakan sebaldi besar air paip
-Bacakan air tersebut kursi dan 3qul 3x tiup 10 saat
-Lakukan mandian bilasan terakhir selepas waktu asar keatas dimulai bahagian kepala
-Biarkan kering tanpa lap

KHASIAT BEKAM OVERHAUL


Bekam overhaul meliputi 20 titik bekam dan caj rawatan hanya RM100 sahaja,ia meliputi titik kawasan tengkuk,titik hayat di kawasan belakang badan,titik belakang peha dan labu betis.

Khasiat bekam overhaul ialah..

-Membuang toksid/toksin/uric acid dari sistem darah secara maksimum.
-Membuang angin badan secara maksimum.
-Menyembuhkan kebas-kebas betis dan peha.
-Menjaga organ dalaman seperti buah pinggang,jantung,hati dan pankreas.
-Mengurangkan stress pada otot tengkuk dan bahu.
-Mencerahkan mata serta menyembuhkan migrain.
-Mencegah penyakit gout.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MANDILAH AIS JIKA DISERANG JIN...


Bagi pesakit yang kerap diserang gangguan jin sehingga menyebabkan kepala terasa berat dan lesu anda disyorkan melakukan mandian ais sendiri dirumah yer..

Caranya sediakan sebaldi besar air paip,masukkan satu pek ais yang dibeli di 7-Eleven tu dan biarkan 15min bagi cair dahulu.

Bacakan kursi dan 3 qul 1x lalu tiup air mandian tersebut.

Jirus dikepala perlahan-lahan dan biarkan kering tanpa lap.

InsyaAllah kepala anda terasa ringan dan badan kembali segar semula,selamat mencuba.

Khamis, 31 Oktober 2013

ADAKAH PREMIS PERNIAGAAN/KEDIAMAN ANDA BERMASALAH ?


-Rumah kerap mendengar bunyi guli jatuh atas lantai.
-Bunyi orang mengalihkan perabot.
-Suhu sentiasa panas.
-Pemandangan yang suram
-Orang kerap mengadu tidak melihat kedai anda.
-Bau najis/busuk pada premis perniagaan.
-Prestasi perniagaan merosot teruk secara tiba-tiba.
-Badan kerap lesu dan tidak bersemengat bila dikedai.

Untuk mengatasinya,anda sediakan air mineral 5 liter buka penutupnya,baca Al Fatehah 1x dan Kursi 21x lalu tiup air tersebut.

Kemudian ambil air tu untuk buat spray seluruh bilik,ruang tamu,dapur,ruang perniagaan luar dan dalam,dan juga air tadi buat mop lantai juga.

Kaedah ini dilakukan semala 3 hari berturut,insyaAllah rumah anda aman dari sebarang gangguan dan premis perniagaan anda pulih seperti biasa semula.

Isnin, 28 Oktober 2013

KAEDAH MERAWAT PENYAKIT KLINIKAL/MASALAH ORGAN (DIY)


Bagi individu yang mengalami sebarang penyakit klinikal seperti gastrik,sembelit ataupun sebarang masalah organ dalaman seperti masalah buah pinggang,jantung dan sebagainya.

Anda disyorkan untuk minum sesudu pagi dan petang minyak zaitun dara yang sudah dibacakan ruqyah yer,dalam masa sebulan anda akan merasai sendiri perubahannya.

-Beli sebotol minyak zaitun dara di hypermarket berdekatan seperti giant/tesco/mydin.
-Buka penutupnya dan bacakan Al Fatehah 41x lalu tiup 10 saat.
-Setiap kali minum lazimkan membaca terlebih dahulu bismillah dan selawat.
-Jika anda sukar minum secara terus kerana geli atau sebagainya,anda boleh renjiskan pada salad lalu dimakan salad tersebut.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati" (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Jumaat, 25 Oktober 2013

BEKAM KEPALA BAGUS DALAM MERAWAT STROKE..


Bagi pesakit yang mengalami stroke/angin ahmar anda disyorkan berbekam dikawasan kepala dan juga anggota badan yang lemah 2 minggu sekali,insyaAllah anda akan merasa saraf anda kembali berfungsi semula.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 22 Oktober 2013

BAKAL PENGANTIN DISYORKAN URUT BATIN...


Bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga,anda disyorkan berurut batin terlebih dahulu,waktu disyorkan ialah 2 minggu awal sebelum tarikh nikah.

Khasiat urutan batin ialah :-

-Dapat berdayung lebih lama
-Ereksi zakar lebih mantap
-Zakar kelihatan besar/tegap ketika ereksi
-Meningkatkan keyakinan diri mengharungi malam pertama

DUA JIN BERJAYA DI ISLAMKAN...


Kisah ini berlaku minggu lepas dimana ada seorang wanita datang berubat sihir pada waktu tengahari.Ketika dibacakan ruqyah wanita tersebut agresif dan bersilat serta melakukan aksi-aksi jurus untuk menyerang perawat.Rawatan ruqyah mengambil masa 45min dan kami tidak melayan sebarang dialog jin pengganggu tersebut,kemudian kami tamatkan rawatan kerana wanita ingin menyambung semula tugasnya setelah habis lunch time.

Selepas waktu kerja kira-kira 6 petang,wanita datang kembali ke pusat rawatan untuk menyambung semula sesi ruqyah,sesi ruqyah dimulakan seperti biasa.Setelah 30min dibacakan ruqyah,jin pengganggu tidak agresif lagi dan jin pengganggu rela hati untuk di islamkan kerana sudah tidak tahan lagi berdamping dengan bomoh,jin mendakwa amalan bomoh tersebut tidak lagi kuat dan ampuh seperti dulu,jin pengganggu merasa terlalu letih dan ingin insaf dan berazam mendalami agama islam.Memandangkan ada 2 beranak jin dalam badan pesakit,maka dengan izin Allah SWT keduanya rela hati memeluk agama islam,setelah saya azan jin dua beranak tersebut keluar melalui mulut pesakit.Pesakit terus sedar dan merasa badan teramat ringan sekali,perawat hanya berikhtiar dan Allah SWT jugalah penyembuh segalaNya.

Sabtu, 19 Oktober 2013

DAPAT BARANG PERCUMA BEKAM WANITA DI SHAH ALAM


Bagi kaum wanita yang berbekam di Shah Alam,anda akan dapat barang percuma Toner Aura Seri iaitu semburan wajah sebelum tidur malam bagi menaikkan seri wajah,menghilangkan wajah kusam dan merawat gatal-gatal muka.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 16 Oktober 2013

DAH MAKAN DAGING BANYAK,JOMLER BERBEKAM..


Dimusim raya korban kebanyakan orang islam di Malaysia akan memakan daging lembu dengan kuantiti yang tinggi dan kerap dalam seminggu ini sempena banyak lembu disembelih pada hari raya korban.Sedikit sebanyak kolestrol dan tekanan darah agak tinggi sedikit dari biasa,untuk menstabilkan semula anda disyorkan menjalani rawatan bekam yer..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 11 Oktober 2013

KHASIAT BEKAM MENINGKATKAN SISTEM IMUN


Bagi mereka yang istiqomah berbekam sebulan sekali,insyaAllah sistem imun badan mereka tinggi dimana penghasilan T dihasilkan dengan banyak,jadi sistem badan mudah melawan sebarang penyakit.Petanda imun lemah ialah kita mudah diserang batuk,selsema,demam dan alergi makanan laut dengan kerap.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Isnin, 7 Oktober 2013

MASALAH JODOH ?


Bagi kaum wanita yang bermasalah dengan jodoh,anda disyorkan menjalani rawatan aura seri dengan pihak kami.Kaedahnya ialah pelanggan perlu bawa 9 kuntum bunga rose dan 9 biji limau nipis.Bunya rose boleh dibeli di Kompleks PKNS Shah Alam.

-Pelanggan akan dibacakan al-quran ayatul syifa dan seri wajah
-Pelanggan akan lakukan kaedah minum dan mandian bahan-bahan aura seri tadi dirumah selama 3 hari berturut.
-Kaedah terapi ini juga menawarkan segala sihir pelalau/saka dalam badan,membuang energi negatif dari badan serta menaikkan seri wajah.

DOA KETIKA BERBEKAM



-A'uzubillah...rojim 1x
-Bismillah.. 1x
-Selawat 1x
-Bismillahillahzi layadhurru..alim 3x

InsyaAllah jurubekam/pesakit dihindari dari sebarang tindakbalas gangguan..

PETANDA RACUN SANTAU BANYAK DALAM SALURAN DARAH


Bagi mereka yang terkena santau,selalunya kuku dan urat bawah lidah akan berwarna biru/ungu dimana petanda kuantiti racun agak tinggi dalam saluran darah.

Pesakit minum 2biji kelapa sehari iaitu pagi sebiji dan petang sebiji,sebelum tu air kelapa dibacakan Bismillah 5 11x terlebih dahulu.Kaedah ini adalah kaedah utama supaya pesakit muntahkan racun santau keluar dari mulut serta meneutralkan racun dalam dalah dan mencuci buah pinggang.

Pesakit perlu berbekam seminggu 1x sebanyak 3x sesi pada sendi-sendi badan baki mengeluarkan saki baki racun santau.

Jumaat, 4 Oktober 2013

WANITA YANG SEDANG UZUR MUDAH DISERANG GANGGUAN


Bagi wanita yang sedang uzur anda berisiko untuk diserang gangguan kerana kondisi badan pada waktu itu agak lemah dan emosi pula tak stabil.Jadi bagi mereka yang sedang uzur dan mengelakkan dari terkena gangguan haruslah istiqomah mengamalkan zikir diatas 100x pagi dan 100x petang.

Selasa, 1 Oktober 2013

RAWATAN YANG MENYEMBUHKAN ASMA


Bagi mereka yang mengidap asma/lelah anda disyorkan berbekam didada seminggu sekali sehingga 3x sesi serta makan kapsul habbatus sawda 1biji pagi dan 1biji petang,insyaAllah asma anda akan pulih dalam masa 2bulan,jika anda tak percaya anda cuba ler formula tu yer..

Bekam Dada + Habbatus Sawda = Pulihkan Asma

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


KAEDAH MENCEGAH TERKENA SANTAU



Ikut pengalaman yang lepas-lepas,hujung tahun dalam bulan November dan Disember adalah waktu santau banyak dilepaskan diserata tempat,jadi ramailer yang mengalami batuk dan gatal-gatal tekak serta sakit dada masa tu.

Untuk mengelakkan dari terkena santau,anda perlu amalkan membaca ayat diatas 3x sebelum menjamah sebarang minuman/makanan baik didalam ataupun luar rumah.

Doa diatas adalah amalan istiqomah Rasulullah SAW dimana beliau membacanya 3x pagi dan 3x petang.

Bagi orang yang berniaga perlu amalkan secara istiqomah yer supaya anda tidak dilanda sebarang kerugian ketika berniaga.

Isnin, 30 September 2013

ADAKAH ANDA TERKENA SAKA ?


Simptom-simptom terkena gangguan saka..

-Kerap bermimpi menyusukan bayi
-Kerap bermimpi rumah lama
-Kerap sakit kepala setiap masa
-Badan kelesuan berpanjangan
-Kerap tidur disiang hari dan berjaga sepanjang malam
-Kuat makan tapi badan masih kurus juga
-Boleh mengurut/mengubat/bersilat belajar melalui mimpi


SUHU BILIK RAWATAN BEKAM SEBAIKNYA SUAM/PANAS


Bilik untuk rawatan bekam hendaklah tidak sejuk dan suhu yang dianjurkan adalah suam/panas kerana ia akan memudahkan proses pengaliran darah kotor keluar melalui badan.

BEKAM JUGA MENCEGAH PENYAKIT LEMAH SYAHWAT


Bagi kaum lelaki yangb istiqomah berbekam dikawasan pinggang,insyaAllah anda dihindari dari sebarang masalah lemah syahwat dan sakit pinggang,selain itu pengambilan Habbatus Sawda perlu diambil setiap hari secara berterusan.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Ahad, 29 September 2013

RAWAT KELESUAN DENGAN BERBEKAM


Bagi mereka yang sering kelesuan dan tidak bermaya akibat kesan bekerja dan sebagainya,anda disyorkan menjalani rawatan bekam 10cup dibahagian belakang badan,insyaAllah segala angin-angin akan disedut keluar bersama toksin/toksid daripada aliran darah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Jumaat, 27 September 2013

SANTAU OH SANTAU


Petanda terkena santau..

-Kerap mimpi benda-benda tajam/kotor/bahaya
-Dada kerap sakit/menyucuk
-Gatal-gatal badan/tekak
-Batuk berpanjangan
-Bingung/bodoh
-Muntah darah
-Badan panas ketika lepas maghrib
-Cepat penat/semput
-Kelesuan

Cara merawat sendiri dengan kaedah sunnah ialah makan 7biji kurma ajwa setiap pagi selama seminggu dan minum 2sudu madu asli 3x sehari iaitu pagi,petang dan malam sehingga sembuh.

Bagi penggemar kaedah tradisional pula minum air kepala 3 biji sehari pada pagi,petang dan malam,setiap biji kelapa perlu dicampurkan 7 butir beras yang telah ditumbuk lumat.

Hindari makanan/minuman yang anda unsur cuka,limau,pedas,nenas dan juga rebung selama sebulan.

Cara nak mengelak santau pastikan baca "Bismillahillazi layadhurru....alim"  3x setiap kali ingin minum/menjamah makanan terutamanya di gerai/restoran.

Jaga lidah anda dari berkata-kata perkataan yang mengguris hati sesama manusia,kerana lidah badan boleh binasa.Jadilah orang yang rendah diri dan hormat-menghormati dikalangan masyarakat.Selalunya kalau kita ada kedudukan tinggi dalam sesuatu pertubuhan ataupun hierarki maasyarakat,ramai orang akan mencuba/test power kita baik sesama ahli pertubuhan mahupun orang luar.

BANYAK KHASIAT RAWATAN AURA SERI NIE..

Rawatan aura seri adalah kaedah terapi al quran dengan menggunakan ayat-ayat seri wajah tertentu disamping ayat pembatal sihir beserta bahan-bahan bunga,limau nipis dan air.Pelanggan akan diterapi secara berhadapan dan bila balik dirumah pelanggan akan minum dan mandi air doa beserta limau dan juga bunga ros selama 3 hari berturut.


-Pelanggan kena bawa 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga ros (beli di kompleks PKNS shah alam)
-Jika anda santau pelanggan akan munta bila dibacakan ruqyah
-Badan akan jadi ringan dan tidak lesu lagi setelah mandian aura seri
-Jika ada saka dalam badan kita mungkin akan menangis/sedih bila dibacakan ruqyah
-Wajah tidak kusam lagi
-Wajah akan berseri
-Meringankan masalah jodoh
-Mudah dalam mencari pekerjaan/lancar perniagaan

Sebotol TONER AURA SERI akan diberikan percuma..

BERBEKAM MENYEMBUHKAN MASALAH ALERGI MAKAN


Bagi mereka yang alergi makan makanan laut/daging,anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah selepas 3 sesi bekam sistem imun anda kembali normal dan kulit anda tidak gatal-gatal lagi bila menjamah makanan laut.Untuk info punca masalah alergi makan ini adalah berpunca daripada sistem imun yang menurun/bermasalah akibat toksid/toksin yang tinggi dalam sistem darah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 25 September 2013

BEKAM TULANG BELAKANG BAGI MENGURANGKAN SAKIT SLIPPED DISC


Bagi mereka yang mengalami sakit tulang belakang ataupun slipped disc,anda disyorkan berbekam sepanjang tulang belakang dalam 10cup,insyaAllah kesakitan tulang belakang anda beransur kurang.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BALA AKAN MENIMPA JIKA TAK ENDAHKAN BEKAM SUNNAH..



Mengapa orang melayu bila umur 40an kerap mendapat penyakit 3 serangkai seperti darah tinggi,kencing manis dan masalah jantung.Sebab pertama ialah sistem pemakanan orang melayu yang banyak mengandungi unsur gula dan lemak.Sebab kedua pula ialah gaya hidup orang melayu yang tidak suka bersenam berbanding orang barat yang menganggap senaman adalah perkara yang serius.Sebab ketiga pula ialah sikap orang melayu yang kurang mengambil berat tentang perubatan sunnah lalu mendapat BALA,bekam adalah satu kaedah perubatan sunnah muakkad ataupun sunnah yang sangat dituntut.Rasulullah SAW yang maksum pun istiqomah mengamalkan bekam sebulan sekali,itulah rahsia kesihatan Rasulullah SAW yang tidak pernah sakit sehinggalah beliau wafat pada umur 63 tahun.Adakah kita ini tergolong dikalangan orang yang maksum sehingga mengambil remeh hal ehwal rawatan bekam sunnah ? Fikirkan sejenak..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)