Pembaca Setia

Rabu, 26 Disember 2012

MERAWAT WANITA TERKENA PELALAU

Pelalau ialah sejenis sihir yang menghalang pernikahan dan ianya selalu terjadi pada pesakit wanita.Petang tadi saya baru merawat seorang pesakit wanita yang terkena pelalau,apabila dibacakan ruqyah pesakit terus rebah pengsan.Sebelum rawatan bermula pesakit ada menceritakan beliau sudah hampir 10 kali putus tunang dan waktu malamnya juga pesakit kerap bermimpi ular dan bermimpi dirinya bertukar menjadi beruk.

Saya syorkan pesakit minum dan mandi air doa selama seminggu,pesakit disyorkan datang untuk rawatan susulan setiap 10 hari,rawatan tamat.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82