Pembaca Setia

Jumaat, 30 November 2012

KAUM WANITA JOM BERBEKAM !!!

Bagi kaum wanita yang berbekam di Shah Alam,anda akan mendapat 2 barang percuma iaitu sebotol toner aura seri dan sebotol minyak kasturi ruqyah.Khasiat toner aura seri ialah ia semburan air mawar yang dibacakan ruqyah khas untuk menghilangkan wajah kusam dimuka dan menaikkan seri wajah.Manakala khasiat kasturi ruqyah pula ialah untuk menghindari gangguan makhluk halus,ia dipakai sebelum tidur malam dan juga sebelum solat.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Rabu, 28 November 2012

RAWATAN SANTAU MUNTAH DARAH

Semalam saya dikunjungi seorang pesakit wanita ditemani 3 rakannya,beliau mengalami batuk serius yang berpanjangan dan sudah kerap mengunjungi klinik tapi batuk masih berlarutan juga.Apabila masuk di pusat rawatan,batuk beliau semakin teruk dan banyak keluar darah,petanda sihir santau sudah mula bertindak balas kepada pesakit sebelum rawatan dimulakan.Punca beliau batuk dan mengeluarkan darah ialah baru-baru ini beliau kerap minum minuman berunsurkan limau,dalam kes santau minuman sebegini perlu dielakkan kerana ia boleh membawa maut jika diminum terlalu kerap dan banyak.Saya terus melaungkan azan 1x kerana pesakit sudah mulai kesakitan,lalu saya beri minum madu ruqyah kemudian saya bacakan yunus 81-82 ulang-ulang selama 10min.Pesakit santau mulai kejang dan muntah,saya hentikan ruqyah dan beri lagi madu ruqyah lalu sambung lagi bacaan ruqyah pembatal sihir dan pesakit mulai berguling-guling sambil muntah.Saya kemudian azan dan menyambung semula bacaan ruqyah selama 10min kali ini alhamdulillah pesakit mulai sedar dan tenang serta perut sudah tidak sakit lagi.Sebelum pesakit pulang,saya syorkan pesakit minum madu dan air ruqyah dengan kerap setiap hari demi menawarkan racun dan sihir yang ada dalam badan serta khasiat madu juga dapat memulihkan luka-luka dalaman akibat bahana santau,rawatan tamat...
  
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Ahad, 25 November 2012

TONER AURA SERI PERCUMA SELEPAS AURA SERI

Bagi mereka yang sudah menjalankan rawatan aura seri,anda akan diberi sebotol percuma toner aura seri yang sudah dibacakan ruqyah(air mawar).Khasiat toner aura seri ialah..

-Menghilangkan wajah kusam -Menaikkan seri wajah -Menyegarkan kulit dan otot wajah -Menghilangkan kelesuan muka -Menawarkan sebarang sihir susuk di muka

Bagi mereka yang ada unsur gangguan jin,muka anda akan rasa gatal-gatal dan panas pijar di bahagian muka apabila menggunakan toner aura seri ini.Ia dipanggil tindak balas gangguan,teruskan penggunaan,dalam masa 3 hari insyaAllah tiada tindak balas gangguan lagi.

MASALAH JODOH ?

Alhamdulillah ada sebahagian pelangggan yang mendapatkan rawatan aura seri suatu masa dahulu kini sudah bertemu jodoh.Rawatan aura seri adalah satu rawatan terapi al quran yang digabungkan dengan kaedah mandian bunga,kaedah mandian ini pelanggan lakukan sendiri dirumah masing-masing.

Khasiat rawatan aura seri ialah :-

-Meringankan jodoh -Menghilangkan wajah kusam -Menyegarkan badan -Menawarkan segala bentuk sihir -Meningkatkan keyakinan diri -Menyingkirkan aura negatif badan

Jumaat, 23 November 2012

PELBAGAI KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA


Minyak zaitun dara boleh didapati dengan mudah disemua hypermarket berhampiran rumah anda.Caranya beli sebotol buka penutupnya dan bacakan ayat lazim seperti fatehah,kursi dan 3qul tiup 10 saat pada minyak tersebut.

-Bagi merawat lelaki pancut awal,lumur dan urut minyak zaitun pada seluruh zakar sejam sebelum bersama,insyaAllah dapat berjimak tahan lama.

-Bagi merawat bayi menangis malam kerana disakat syaitan,sapu sedikit minyak zaitun pada dahi dan 2 cuping telinga bayi tersebut,insyaAllah tidak menangis lagi.

-Bagi merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit,sapu pada tempat yang bermasalah 3x sehari insyaAllah sembuh.

-Bagi merawat anggota badan yang sakit akibat gangguan jin,sapu juga 3x sehari pada tempat yang sakit.

-Bagi merawat penyakit yang berkaitan organ dalaman seperti gastrik,masalah hati,penkreas,ginjal mahupun buasir,minum sesudu 2x sehari,insyaAllah sembuh.

Rasulullah SAW pernah bersabda..

"Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari

”Ada minyak zaitun,makanlah,urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir

Jumaat, 16 November 2012

AYOYO.. USTAZ BANYAK DARAH KELUAR..

Ini kisah benar berlaku pada seorang wanita berbangsa India yang datang mendapatkan rawatan terapi ruqyah minggu lepas.Beliau mengalami masalah istihadah dimana sudah 3 bulan darah period beliau keluar tidak henti-henti.Dipendekkan cerita saya meruqyah beliau bersama air yang dibawa selama 10min,selepas rawatan beliau agak panik sedikit kerana darah period semakin deras keluar dan dada semakin sakit.Saya menyuruh beliau pulang segera kerumah untuk minum dan mandi air rawatan selama seminggu.Hari pertama hingga hari ketiga mandi darah period masih keluar dengan banyak,hari keempat hingga hari ketujuh minum dan mandi menggunakan air rawatan,alhamdulillah darah period beliau sudah berhenti sehingga sekarang.Dalam minggu ini beliau kembali lagi untuk mendapatkan rawatan susulan bagi mengatasi masalah kelesuan badan pula.Rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Rabu, 14 November 2012

KAEDAH MERAWAT HISTERIA

-Asingkan individu yang histeria ke bilik kosong dan rehatkan 10min sambil dipantau oleh 2 individu lain.
-Jangan mengerumuni pesakit histeria kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. -Azan 3x pada telinga kiri pesakit bagi melemahkan terlebih dahulu kekuatan jin pengganggu.

-Cari sebotol air mineral kecil dan buka penutupnya,pegang ubun-ubun pesakit histeria dan bacakan kursi 7x lalu tiup ubun-ubun pesakit dan air mineral tu 10 saat.

-Separuh air tu beri pesakit minum dan separuh lagi campurkan dengan sebesen air paip serta sekilo ais,lalu jirus kepala pesakit perlahan-lahan.

-Dilarang menyeksa jin pengganggu dengan menekan-nekan jari/tubuh pesakit kerana ia akan membuatkan pesakit kerasukan lebih lama.

InsyaAllah pesakit akan sedar selepas semua kaedah diatas dilakukan..

Sabtu, 10 November 2012

APA ITU SUSUK

 

Definisi
Amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan

Jenis-Jenis Susuk
  • Susuk Nyata
  • Susuk Ghaib
Susuk Nyata
  1. Susuk emas (popular-untuk pengasihan)
  2. Susuk berlian (kos tinggi)
  3. Susuk Mutiara (suara merdu)
  4. Susuk geliga buaya (nafsu)
  5. Susuk besi /beruang (kebal)
  6. Susuk bunga (pengasihan-konnnya akan keluar 40 hari sebelum mati)
  7. Susuk Raksa (kebal besi)
  8. Susuk bulu rusa (semangat waja diri)
  9. Susuk buluh Perindu (suara merdu & pengasihan)
  10. Susuk tulang manusia (kononnya boleh nampak alam jin)
Susuk Ghaib
Amalan tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Pemakaian Susuk
  1. Pemanis dan seri wajah
  2. Pelaris diri
  3. Pelaris perniagaan
  4. Kebal
  5. Mencantikkan payudara @ kemaluan lelaki
  6. Hebat dalam perhubungan seksual
  7. Memulihkan dara
  8. Menundukkan musuh @ binatang
  9. Pendinding diri
  10. Menjadikan suara merdu
  11. Mengikat kasih sayang
  12. Menjadi muda
Pantang Pemakai Susuk
  1. Pisang emas
  2. Memakan buah kundur
  3. Makan makanan bercucuk seperti sate dan sebagainya
  4. Lalu dibawah jemuran kain basah
  5. Memakan labu
  6. Makan buah @ daun kelor
  7. Melihat bulan penuh dengan niat
  8. Melihat cermin dalam tempoh yang tertentu
  9. Menghadiri Majlis Pengebumian
  10. Diketuk dengan senduk
  11. Mengoyak @ memotong daun palas
Hukum memakai susuk adalah haram disisi agama islam. Bertaubatlah anda sebelum pintu taubat ditutup.

Al-Quran mengatakan:
"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)
 
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. 
 
Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.
Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
 
Untuk rawatan buang susuk,sila SMS 019-307 9883 sejam sebelum datang.

Jumaat, 9 November 2012

KAEDAH YASIN 9 MENANGANI BAYI MENANGIS MALAM

Apabila bayi kerap menangis malam sambil matanya memandang tajam pada sesuatu sudut/syiling,maka kemungkinan besar ada syaitan yang menyakat bayi anda.Jangan panik,ambilkan setengah cawan air paip,bacakan yasin ayat 9 11x lalu tiup 10 saat dan sapukan muka bayi anda,insyaAllah berhenti menangis.

  Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

Rabu, 7 November 2012

SENGGUGUT DIATASI DENGAN BERBEKAM

Penyakit senggugut adalah simptom sakit perut kerana masalah ketidaklancaran pengeluaran darah haid ketika period dan ia kerap berlaku pada wanita bujang.Bagi menlancarkkan semula pengeluaran darah haid setiap bulan,anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.Titik bekam bagi masalah senggugut ialah di kawasan tengkuk,pingang dan pinggul serta dikawasan bawah pusat,insyaAllah kitaran haid anda lancar dan tidak lagi sakit ketika waktu period.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

PETANDA SINONIM BAGI SIHIR

Photobucket

-Kerap sakit kepala bila selepas waktu asar keatas -Kerap sakit dada selepas waktu asar keatas -Kerap sakit tulang belakang selepas waktu asar keatas -Kerap sakit pinggang selepas waktu asar keatas -Badan panas/gatal-gatal menjelang maghrib -Kerap terjaga semasa tidur -Mimpi diserang binatang berwarna hitam -Mimpi terjatuh dari tempat tinggi -Mimpi berada ditandas/tempat kotor -Kerap bergaduh suami isteri perkara remeh temeh -Kerap gagal melakukan hubungan kelamin

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 6 November 2012

RAWATAN SANTAU DI PUNCAK ALAM

Malam tadi kami merawat satu kes santau berat,seorang anak dara 20an muntah darah dan berak darah akibat angkara sihir santau,jika lambat dirawat boleh membawa maut.Tanpa melengahkan masa kami seperti biasa membacakan ayat ruqyah pembatal sihir pada madu,air dan tubuh pesakit selama 15min.Selama diperdengarkan ayat-ayat ruqyah pesakit ketakutan dan menggigil yang amat sangat,selepas sesi ruqyah tamat pesakit merasakan ada sesuatu keluar dari ubun-ubunnya.Pesakit dibekalkan madu dan air doa untuk dibuat minum dan mandi selama 7 hari,pesakit juga perlu berpantang 3 bulan memakan makanan yang ada unsur limau dan cuka.Rawatan tamat..

Bagi rawatan sihir,pagar rumah atau buang saka kerumah untuk kawasan KL/SEL sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449.

Bagi khidmat rawatan bekam kerumah kawasan KL/SEL untuk pesakit wanita,suami isteri atau family sila SMS ke Cik Aini 016-626 4971.

Isnin, 5 November 2012

RAWATAN SIHIR PUKAU DI BANTING

Bulan lepas saya dijemput untuk merawat kes sihir pukau di kawasan Banting,mangsa adalah ibu tunggal berusia 40an.Alkisahnya mangsa ada berkenalan dengan seorang lelaki yang juga seorang pengamal perubatan tradisional di kawasan tersebut.Semenjak berkawan dengan lelaki tersebut mangsa gemar memberi pinjaman duit sehingga habis puluhan ribu ringgit tanpa disedari.Mangsa juga semakin hari semakin kuat termenung dan kelihatan agak bodoh dari dahulu.Dipendekkan cerita,anak kepada mangsa menelefon saya untuk merawat ibunya.Saya terus meruqyah pesakit yang sedang kebingungan itu dalam masa 15min kemudian pesakit diberi minum dan mandi bagi menawarkan sihir pukau tersebut.Semasa di ruqyah pesakit merasa panas pada seluruh badan,alhamdulillah setelah tamat sesi ruqyah,minum dan mandi pesakit sudah mulai sedar dan normal,rawatan tamat..

Bagi rawatan sihir,pagar rumah atau buang saka kerumah untuk kawasan KL/SEL sila SMS ke Utz Haikal 013-347 5449.

Bagi khidmat rawatan bekam kerumah kawasan KL/SEL untuk pesakit wanita,suami isteri atau family sila SMS ke Cik Aini 016-626 4971.

Ahad, 4 November 2012

DIAGNOSIS BEKAM KAEDAH TEKAN KUKU


Ini adalah satu kaedah dianosis penyakit yang agak mudah,tekan kuku ibu jari anda 10saat dan lepaskan semula,jika kuku jari anda agak lambat bertukar menjadi merah,maka organ  reproduksi anda sedang bermasalah contohnya seperti masalah senggugut,haid tidak teratur dan sukar mengandung.

Anda disyorkan menjalani rawatan bekam 10cup disekitar belakang badan,insyaAllah organ reproduksi anda kembali normal dan lancar semula.

  Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

MUKA BERSERI SETELAH RAWATAN AURA SERI

Malam tadi ada seorang wanita dari klang yang menjalani rawatan susulan aura seri untuk sesi kedua,beliau memberikan testimonial bahawa wajahnya yang agak kusam semasa sebelum sesi rawatan pertama dahulu,Alhamdulillah wajah beliau cerah dan tidak kusam lagi.Rawatan aura seri adalah rawatan mandi bunga yang dilakukan oleh pelanggan dirumah mereka masing-masing,tetapi air dan bunga itu perlu dibacakan oleh perawat dengan ayat suci al quran terlebih dahulu. Bagi mereka yang inginkan rawatan aura seri,sila SMS ke 019-307 9883 sejam sebelum datang.

Khamis, 1 November 2012

MENGAPA TIBA-TIBA JANTUNG BERDEGUP KENCANG

Fungsi umum jantung ialah mengepam darah keseluruh organ dan saluran darah sistem badan manusia,tetapi ramai yang tidak tahu fungsi jantung selain mengepam darah ialah dapat mengenalpasti aura jin yang berhampiran pada badan kita.Jika ada jin yang jaraknya lebih kurang 1m dari badan kita,maka secara automatik jantung kita akan tiba-tiba berdebar/berdegup kencang.Subhanallah dahsyatnya ciptaan jantung dari Allah SWT...