Pembaca Setia

Isnin, 24 September 2012

JIN MELOMPAT BILA TERKENA AYAT RUQYAH

Lima hari yang lepas saya ada dijemput oleh sekeluarga dari Bandar Sunway untuk melakukan rawatan sihir dirumah mereka.Mereka sekeluarga mengalami sakit kepala yang agak kuat apabila menjelang maghrib.Apabila saya sampai disana,saya terus membacakan set ayat ruqyah pada mereka sekeluarga dan juga air mineral 2 peti.Semasa proses ruqyah dibacakan,pesakit mula kerasukan dengan melompat-lompat seperti katak.Rawatan dihentikan buat sementara waktu,saya terus memberi pesakit air ruqyah,kemudian sesi ruqyah terus disambung.Alhamdulillah pesakit tidak melompat lagi,pesakit merasakan ada sesuatu keluar di hujung jari selepas sesi ruqyah kedua tersebut.Sebelum pulang saya menyuruh semua ahli keluarga untuk minum,mandi dan renjis seluruh rumah dengan air ruqyah yang saya bacakan tadi,mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada mereka sekeluarga.

Bagi rawatan gangguan jin kerumah sila SMS Utz Haikal 013-347 5449
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82