Pembaca Setia

Rabu, 1 Ogos 2012

LARANGAN MEMBUAT RAMALAN

Dalam merawat pesakit gangguan jin,perawat mesti mengenal pasti terlebih dahulu tanda-tanda gangguan makhluk halus.Jangan terburu-buru mengatakan bahawa pesakit disihir dan sebagainya.Perawat tidak dibenarkan membuat ramalan terhadap sesuatu penyakit yang dialami oleh pesakit.Ia boleh mengakibatkan perawat setaraf dengan golongan KAHIN iaitu orang yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib dan 'ARRAF iaitu peramal atau tukang tilik yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW seperti yang dijelaskan pada hadis berikut..
Rasulullah pernah bersabda "Sesiapa yang mendatangi 'ARRAF (peramal) lalu bertanyakan sesuatu kepadanya,maka tidak diterima solatnya selama 40 malam" Hadis riwayat Sayidatina Safiyyah RA