Pembaca Setia

Isnin, 6 Ogos 2012

KEDAI DOBI BERMASALAH PULIH KEMBALI

Dalam artikel yang lepas saya ada menceritakan kisah sebuah kedai dobi di puncak alam yang bermasalah dan mereka juga ada terjumpa tanah kubur diperkarangan kedai mereka.Baru-baru ini pemilik kedai tersebut ada berjumpa saya untuk minta air penawar lagi,beliau mengatakan syukur alhamdulillah bahawa kedainya sudah pulih dan pelanggan pun ramai kembali seperti biasa.Semasa beliau memulihkan kedai tersebut dengan merenjis air ruqyah yang saya berikan,badan beliau tersangat seram sejuk dan meremang bulu roma sehingga ketakutan,terpaksalah beliau meminta kawan-kawan beliau menemankannya semasa proses merenjis air ruqyah tersebut keseluruh ruang kedai bagi mematikan objek sihir dan menghalau sebarang gangguan makhluk halus.Bagi para peniaga diluarsana saya syorkan anda merenjis/spray air ruqyah seminggu sekali diseluruh ruang kedai anda supaya segala aura negatif/unsur gangguan tidak menghuni kedai anda.Bila ada unsur gangguan dalam kedai,akan menyebabkan kedai anda suram,sukar dilihat pelanggan,jualan merosot dan badan para pekerja akan kerap kelesuan/sakit-sakit.