Pembaca Setia

Isnin, 2 Julai 2012

MERAWAT APARTMENT BERHANTU SEKSYEN 7

Rawatan ini berlaku minggu lepas,beberapa pelajar UITM mengadu badan terlalu lesu,rumah panas dan kerap pening kepala sejak sebulan kebelakangan ini dikediaman rumah sewa mereka seksyen 7 shah alam.Semasa sesi ruqyah dijalankan seorang pelajar kerasukan dan berlaku sesi dialog antara perawat dengan jin pengganggu tersebut.Jin pengganggu tersebut mengganggu pelajar tersebut kerana mereka tidak selesa apabila manusia berada rumah tersebut.Jin tersebut ada memberitahu sebelum pelajar wanita itu menyewa rumah tersebut,ada pelajar lelaki menyewa rumah itu dahulu dan kerap melakukan maksiat.Jin penggangu tersebut memberitahu kami bahawa ada 7 ekor jin mendiami rumah tersebut,diakhir rawatan saya azan dan spray seluruh rumah tersebut dengan air ruqyah.Saya menasihatkan pelajar-pelajar supaya kerap memasang ayat-ayat ruqyah dibilik mereka dan dilarang memasang lagu-lagu lagho semasa gangguan masih lagi kuat,rawatan tamat..