Pembaca Setia

Jumaat, 27 Julai 2012

MEMULIHKAN KEDAI DOBI YANG BERMASALAH

Semalam ada sepasang suami isteri dari Puncak Alam yang datang mengadu berkenaan kedai dobi yang beliau buka 6 bulan lepas merosot teruk.Selalu kutipan bulanan kasar kedai beliau dalam RM10K,semenjak 2 bulan kebelakangan ini merundum kepada RM3K sebulan.Pekerja yang berkhidmat di kedai beliau juga sudah berhenti kerja akibat sakit-sakit badan dan masalah kelesuan yang teruk.Dipendekkan cerita saya meruqyah sekaligus suami isteri tersebut,si isteri kelihatan menggigil dan suami pula tersengguk-sengguk seolah ada orang sedang menolak badan beliau ketika diruqyah.Sahlah dua-dua ada gangguan dan siisteri ada memberitahu saya bahawa bulan lepas beliau ada menjumpai tanah kubur pada pintu masuk kedai dobi beliau.Dalam hal ini saya menyuruh beliau berlapang dada sahaja,saya syorkan mereka minum dan mandi air ruqyah selama seminggu untuk proses pembersihan diri dan kedai juga perlu dispray dengan air doa baik dalam dan luar kedai untuk mematikan sebarang objek sihir dan unsur gangguan.Selain itu saya nasihatkan beliau untuk memasang cd al baqarah setiap kali kedai memulakan operasi untuk proses pencegahan supaya masalah tidak berulang kembali,rawatan tamat.