Pembaca Setia

Rabu, 30 Mei 2012

KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA

Minyak zaitun dara boleh didapati dengan mudah disemua hypermarket berhampiran rumah anda.Caranya beli sebotol buka penutupnya dan bacakan ayat lazim seperti fatehah,kursi dan 3qul tiup 10 saat pada minyak tersebut.
-Bagi merawat lelaki pancut awal,lumur dan urut minyak zaitun pada seluruh zakar sejam sebelum bersama,insyaAllah dapat berjimak tahan lama.

-Bagi merawat bayi menangis malam kerana disakat syaitan,sapu sedikit minyak zaitun pada dahi dan 2 cuping telinga bayi tersebut,insyaAllah tidak menangis lagi.

-Bagi merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit,sapu pada tempat yang bermasalah 3x sehari insyaAllah sembuh.

-Bagi merawat anggota badan yang sakit akibat gangguan jin,sapu juga 3x sehari pada tempat yang sakit.

-Bagi merawat penyakit yang berkaitan organ dalaman seperti gastrik,masalah hati,penkreas,ginjal mahupun buasir,minum sesudu 2x sehari,insyaAllah sembuh.

Rasulullah SAW pernah bersabda..

"Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari

”Ada minyak zaitun,makanlan,urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir

Rabu, 23 Mei 2012

DI UGUT JIN MATA MERAH

Ini kisah benar 3 bulan lepas dimana jurubekam wanita kami ingin membuat rawatan bekam sihir di rumah pesakit di Putrajaya.Pesakit tersebut terkena kes sihir pemisah rumahtangga yang agak kuat juga,apabila diruqyah pesakit kerasukan dengan agresif sehingga berjam-jam lamanya.Sehari sebelum temujanji dengan pesakit tersebut,apabila ingin melelapkan mata saja,tiba-tiba datang satu bayangan lembaga hitam bermata merah dan berkata-kata berbaur ugutan "jika kamu pergi,kamu akan sakit !!!"...pada malam tersebut 3-4 kali juga lembaga tersebut datang mengugut jurubekam wanita kami.Tapi keesokan harinya beliau pergi macam biasa membekam pesakit sihir tersebut,alhamdulillah tiada perkara buruk terjadi.Moral of the story dari kisah ini,jurubekam perlu kerap membaca kursi dan 3 qul sebelum pergi membekam pesakit untuk perlindungan diri dari jin/syaitan dan jangan sesekali takut dengan ugutan jin/syaitan ini kerana sesungguhnya mereka itu tidaklah berdaya sangat mencederakan manusia dan ia lebih kepada psiko sahaja.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Selasa, 22 Mei 2012

TANGAN MENGGELUPAS ANGKARA SIHIR RUMAH TANGGA

Malam tadi sepasang suami isteri dari Klang datang berubat dan mengadu sisuami tangannya menggelupas teruk seperti kesan terbakar dan siisteri pula terasa ada benda didalam perut dan sering juga sakit pinggang.Mereka ini seringkali bergaduh dirumah kerana hal remeh temeh dan keadaan rumah juga suhunya agak panas. Dipendekkan cerita saya terus meruqyah mereka,siisteri menangis kerasukan dan sisuami terasa macam ada sesuatu keluar dari tangan beliau.Saya mengesyorkan untuk kulit tangan tu dengan minyak zaitun ruqyah 2x sehari,minum,mandi dan renjis air ruqyah yang saya berikan serta istiqomah beramal ayat perlindungan diri dengan ulangan yang banyak.InsyaAllah lagi 10 hari mereka datang untuk rawatan susulan untuk terapi al quran dan berbekam pula.Rawatan tamat..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Isnin, 21 Mei 2012

KAEDAH RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH PENYAKIT GANGGUAN JIN

Bagi mereka diluarsana yang mengalami masalah pelbagai penyakit gangguan jin,anda diyorkan menjalani rawatan ruqyah dan bekam sekaligus,insyaAllah penyakit ganggun jin anda sembuh kurang daripada sebulan.Kaedah ruqyah dan bekam adalah kaedah sunnah Rasulullah SAW kerana terlalu banyak dalil ayat al quran dan hadis sahih menyokong kaedah tersebut.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Sabtu, 19 Mei 2012

KEDAI DICAKAR PONTIANAK

Sejak seminggu kebelakangan ini dalam lingkungan 3 pagi kedai Utz Haikal di PJ sering dicakar pontianak di tingkap bilik tidur beliau.Ini kemungkinan jin-jin yang mengekori beliau apabila beliau selesai merawat dirumah pesakit.Pada awal gangguan,beliau hanya mendengar kesan cakaran sahaja,tapi semenjak kebelakangan ini,beliau kerap kali melihat tangan pontianak secara live apabila ada terdengar bunyi cakaran di tingkap bilik tidur beliau (dikedai).Itulah dugaan perawat,wat bodo jer..

Khamis, 17 Mei 2012

MENGAPA WAJAH KUSAM ???

1) Terlalu banyak berfikiran negatif
2) Jarang menggunakan pencuci muka
3) Dibelenggu penyakit gangguan jin
4) Stress dan dibelenggu masalah yang berlarutan



Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 15 Mei 2012

PROMOSI BEKAM WANITA !!!

Mulai hari ini bagi pelanggan wanita yang berbekam di PJ/S ALAM akan diberikan sebotol Toner Aura Seri percuma.Khasiat toner aura seri ialah menghilangkan kusam dan menaikkan seri kulit muka.



Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Isnin, 14 Mei 2012

TEKANAN DARAH TINGGI MENJADI STABIL SETELAH BERBEKAM

Alhamdulillah ramai pengidap penyakit darah tinggi mulai pulih dan tidak lagi mengambil ubatan moden setelah berbekam secara konsisten sebulan sekali.Penyakit darah tinggi perlu rawatan bekam yang konsisten kerana jika dibiarkan kita akan terdedah pada serangan jantung,strok dan kerosakan buah pinggang.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Ahad, 13 Mei 2012

RAWATAN AURA SERI MAMPU MERINGANKAN JODOH

Bagi mereka diluarsana yang menghadapi masalah jodoh,anda juga boleh berikthtiar dengan mendapatkan rawatan aura seri dari kami.Ada sebahagian kes mereka yang sukar mendapat jodoh berpunca dari masalah gangguan jin sihir pelalau,saka dan juga masalah gangguan jin asyik.Bila badan kita ada unsur-unsur gangguan,kita mudah menolak lamaran lelaki pada saat-saat terakhir tanpa usul periksa,padahal sedari asalnya memang niat kita berkenalan untuk kejinjang pelamin.Ini semua adalah hasutan jin/syaitan yang mengganggu seseorang supaya tidak meneruskan niat untuk hidup berumah tangga.

Individu yang berminat untuk rawatan aura seri ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga untuk proses terapi ini.Bunga mudah didapati di Kompleks PKN Shah Alam.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Sabtu, 12 Mei 2012

RAWATAN AURA SERI MENGHILANGKAN WAJAH KUSAM

Bagi mereka diluarsana yang mengalami masalah wajah kusam tak bermaya,hidup tak bersemangat,hilang fokus dalam kerjaya,pelajaran,perniagaan dan juga berputus asa dalam mencari jodoh,saya syorkan anda mendapatkan rawatan aura seri dari pihak kami.

Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan,tenang fikiran,menambah keyakinan diri,fokus pada kerjaya,bisnes,menyerikan wajah,meringankan jodoh,menyembuhkan santau,sihir & saka.Pelanggan yang inginkan rawatan ini sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis & 9 kuntum bunga,bunga boleh berlainan warna atau sama warna.Mahar untuk rawatan ini RM50 sahaja..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Selasa, 8 Mei 2012

PERAWAT TIDAK PERLU MENYEKSA JIN SECARA FIZIKAL


Kebanyakan perawat amatur apabila merawat pesakit yang mulai merasuk agak gemar menyeksa jin pengganggu dengan memicit jari kaki pesakit dengan kuat.Kaedah ini melambatkan kadar kesembuhan pesakit,pada masa yang sama pesakit agak trauma untuk dirawat dimasa-masa akan datang dek tak tahan menanggung azab sakit jari kaki apabila dipicit.

Apabila pesakit merasuk teruskan bacaan ruqyah dan azan secara ulang-ulang,insyaAllah pesakit akan muntah ataupun terus sedar.Perawat perlu ingat mereka membacakan ayat ruqyah/merawat dengan niat untuk mendakwah jin pengganggu bukannya untuk menyeksa jin pengganggu secara fizikal,serahkan selebihnya kepada Allah SWT,ini kerana lagi banyak seksaan fizikal kepada jin,secara tak langsung tahap pergantungan kita pada Allah SWT akan berkurangan seolah-olah kita boleh menyeksa/mengeluarkan jumlah jin dari pesakit mengikut kemahuan/kudrat fizikal kita.Wallahuaklam...

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

RAWATAN AURA SERI IALAH RAWATAN 6in1












Khasiat rawatan aura seri ialah :-

-Menawarkan bisa santau

-Menawarkan masalah sihir

-Buang saka

-Menghilangkan wajah kusam

-Menyerikan wajah

-Meringankan jodoh

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Isnin, 7 Mei 2012

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI

Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum,bagi penggemar tarikh sunnah,hari Rabu,Jumaat dan Ahad adalah tarikh 17/19/21 kalendar islam.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.







Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Jumaat, 4 Mei 2012

KHASIAT BEKAM PINGGANG


Anda diluar sana disyorkan berbekam sebulan sekali dikawasan pinggang kerana banyak khasiatnya :-

1) Memulihkan masalah lenguh/sakit pinggang.

2) Meningkatkan nafsu syahwat.

3) Memulihkan masalah senggugut.

4) Meningkatkan kesuburan.

5) Mencegah dari terkena sakit buah pinggang kerana apabila berbekam tekanan darah dikawasan buah pinggang menjadi stabil dan segala toksid tiada lagi pada saluran darah.

6) Menawarkan masalah sihir rumahtangga/tafriq.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Khamis, 3 Mei 2012

SIHAT CARA RASULULLAH SAW

Ada 4 panduan utama yang diamalkan Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan sehingga 63 tahun hayat beliau hanya demam/jatuh sakit beberapa kali sahaja..

1) Pencegahan penyakit dengan senaman. Rasulullah SAW selalu melakukan senaman seperti aktiviti berenang,memanah,menunggang kuda dan bergusti untuk menjaga kesihatan beliau supaya sistem organ tubuh beliau sentiasa mantap dan sihat.

2) Tidak mengambil makananan beracun/haram. Pemilihan makanan yang tidak mengandungi unsur racun dan kandungan merbahaya serta 100% halal amatlah penting,tidak seperti umat islam sekarang yang suka mengambil sumber yang ada unsur-unsur toksid/racun seperti tabiat merokok dan sebagainya.

3) Mengambil makanan yang bergizi dan berkhasiat. Rasulullah SAW kerap mengambil makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi dalam kesihatan seperti telur,madu,kambing,daging,ayam,susu,kurma,buah tin,minyak zaitun dalam rutin makanan seharisn beliau.

4) Membuang toksid/racun dari badan dengan Al Hijamah. Rasulullah SAW berbekam sebulan sekali iaitu pada tanggal 17/19/21 kalendar islam,dengan amalan berbekam menjadikan tubuh beliau semakin sihat,ringan dsan kuat untuk beliau sentiasa aktif dalam segala aktiviti dakwah/berperang dengan musuh.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

Rabu, 2 Mei 2012

KAJIAN TERAPI AL QURAN PADA TUBUH MANUSIA MENGIKUT SAINS MODEN



Saya ingin memetik satu tulisan baru oleh Dr.Abduldaem Kaheel mengenai kesan yang amat menakjubkan hasil kajian beliau mengenai pembacaan Al Quran terhadap pesakit..

Dr. Abduldaem menulis:-

Pembaca yang budiman! Saya dapat mengatakan dengan yakin menurut pengalaman saya suatu perubahan dalam hidup Anda. Anda mampu mendapatkan hasil yang besar yang tidak terduga dapat mengubah hidup Anda benar-benar seperti yang terjadi pada diri saya sebelumnya. Apa yang harus anda lakukan adalah mendengarkan pembacaan A lquran sebanyak yang anda dapat setiap saat: di pagi hari, petang hari, di malam hari, ketika anda sedang tidur, ketika anda bangun dan sebelum tidur. Anda hanya perlukan untuk mendengarkan Al quran adalah memiliki media seperti laptop, tape recorder, sebuah iPod atau mp3 dengan headphone, TV, radio atau peralatan audio yang lain.



Bunyi bacaan Al quran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu. Gelombang ini menyebarkan medan gelombang yang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya. Ini memberikan kesan kekebalan tubuh yang kuat untuk melawan penyakit atau bahkan penyakit seperti kanser sekalipun. Kanser adalah suatu kelainan pada sel, sehingga memperdengarkan Al quran bererti memprogram sel seperti komputer yang penuh virus yang “diformat ulang” dan di-install dengan program-program baru agar dapat bekerja efektif. Inilah program buatan yang manusia lakukan untuk komputer. Bagaimana dengan program yang dilaksanakan dalam kata-kata Allah, pencipta semua manusia?



Efek/kesan yang menakjubkan yang dihasilkan dari mendengarkan bacaan Al Quran terus-menerus mendengarkan bacaan Alquran memberi anda hasil yang nyata berikut :-

– meningkatkan kekebalan tubuh

– meningkatkan kreativiti

– meningkatkan kemampuan konsentrasi

– menyembuhkan penyakit kronik

– mengubah perilaku dan memungkinkan orang untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan

– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf

– menyembuhkan kegelisahan, dan iritasi

– meningkatkan kemampuan mengambil keputusan yang tepat

– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu

– meningkatkan dan memperkuat kepribadian

– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll

– meningkatkan kemampuan pidato

– melindungi dari penyakit seperti kanser dan sebagainya

– Mengubah beberapa kebiasaan buruk seperti makan berlebihan dan merokok.


Pembaca yang budiman! Hal-hal yang saya sebutkan di atas adalah hasil eksperimen yang saya sendiri lakukan terhadap diri saya beberapa ketika dahulu (Pengalaman Dr. Abduldaem) : Seingat saya, saya adalah seorang perokok tegar dan tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok, tapi setelah terus-menerus mendengarkan Alquran ternyata saya berhenti merokok tanpa usaha. Saya benar-benar terkejut “bagaimana hidupku berubah dan mengapa? Tapi setelah saya membaca tentang teknik nubuwah dalam penyembuhan, salah satunya adalah terapi oleh suara dan frekuensi suara, saya tahu rahsia kekuatan Al Quran melalui ruqyah ini membawa perubahan besar dalam hidup saya. Apa yang saya lakukan adalah hanya sekadar mendengarkan Alquran terus menerus.

Kesimpulannya, saya suka untuk menceritakan fakta yang saya temui dan benar-benar mencuba, apapun anda menghabiskan waktu anda dalam membaca atau mendengarkan Al quran, Anda akan menemukan bahwa kali ini tidak akan sia-sia sekalipun. Jika anda sakit atau mengahadapi apa jua bebanan kehidupan, perdengarkanlah Al Quran dan hayati sedalamnya InsyaAllah Al Quran itu syifa dan rahmat untuk anda..


Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82





Selasa, 1 Mei 2012

BAGAIMANA RAWATAN BEKAM BERFUNGSI DALAM KESIHATAN TUBUH BADAN ?

1)Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2)Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3)Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.



 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)