Pembaca Setia

Rabu, 25 April 2012

SETIAP PESAKIT YANG BERBEKAM KEMUNGKINAN ADA GANGGUAN TANPA MEREKA SEDARI..

Mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas ada kemungkinan 70% pesakit yang datang berbekam ada unsur gangguan jin tanpa mereka sedari.Bagi mereka yang ada unsur gangguan,secara tak langsung badan mereka ada unsur wap jin dimana wap jin tersebut jika terkena pembekam ia akan mengakibatkan badan gatal-gatal,bisul,kelesuan dan susah tidur malam.Dengan kata lain wap jin ini boleh dikatakan tempias daripada pesakit kepada perawat/jurubekam.Kesimpulannya setiap kali membekam pesakit,jurubekam perlu lakukan mandian dengan air doa yang dibacakan kursi dan 3 qul dan kemudian bilik bekam juga perlu dispray dengan air doa tadi bagi melenyapkan unsur wap jin.