Pembaca Setia

Ahad, 8 April 2012

MASALAH SIHIR RUMAHTANGGA JIKA TIDAK DIRAWAT AKAN MENGAKIBATKAN PERCERAIAN


Tujuan sihir rumahtangga dikenakan pada pasangan yang sudah berkahwin adalah bertujuaan untuk menceraikan sesama mereka dari berpunca ketidaksefahaman dalam komunikasi.

Bagi mereka yang sudah lama berkahwin tidak semestinya berlaku sihir jika berlaku ketidaksefahaman,tapi bagi mereka yang berkahwin belum sampai setahun dan sibuk nak bercerai,itu kemungkinan ada masalah sihir rumahtangga.

Simptom sihir rumahtangga ialah :-

1) Sering sakit pinggang pada lepas waktu asar keatas tanpa sebab klinikal.

2) Sering sakit kepala pada waktu lepas keatas tanpa sebab klinikal.

3) Sering bermimpi seram,mimpi jatuh tempat tinggi dan mimpi ular.

4) Rumah terasa panas.

5) Bila dekat hubungan terasa panas dan bila berjauhan terasa rindu.

6) Rumah pada syiling terasa ada bunyi guli jatuh atas lantai.

7) Rumah pada syiling terasa ada bunyi orang mengemas perabot.

8) Sering terasa diperhatikan dari belakang.

9) Kerap melihat kelibat dirumah.

10) Kerap gagal melakukan hubungan kelamin.

11) Dingin.

Sila jumpa perawat islam berdekatan untuk terapi al quran bagi menawarkan sihir tersebut..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82